CABARAN Mesir akan datang..

14 March 2010

PRESIDEN Mesir, Hosni Mubarak bakal menghadapi tentang hebat dalam pilihan raya Presiden tahun depan jika Bekas Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed El-Baredei dibenarkan bertanding sebagai calon presiden.

Sudah kedengaran desakan dan sokongan dari pertubuhan wanita dan gerakan belia yang mahukan beliau bertanding bagi membawa pembaharuan dan perubahan kepada sistem politik sekular lapuk Mesir yang selama ini mengongkong kuat suara rakyat dari melakasanakan pemerintahan demokrasi yang sebenar. Diplomat berusia 67, yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa sewaktu mengetuai IAEA tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sebagai calon presiden jika gerakan pembaharuan secara besar-besaran sudah mula bertapak di segenap hati rakyat Mesir.

Menurut beliau, sejak pulang ke tanah airnya Mesir banyak sokongan diberikan rakyat seperti wakil pertubuhan wanita dan gerakan belia yang melancarkan petisyen bagi menggesa beliau bertanding. Lebih 100,000 orang menyertai kumpulan Facebook mendokong pencalonan beliau sebagai calon yang layak menentang Mubarak.

El-Baredei, pemenang Hadiah Keamanan Nobel kini muncul sebagai pemimpin pembangkang di Mesir yang sudah menerima gelombang sokongan pejuang pembaharuan dan golongan muda yang melihat beliau sebagai tokoh yang mampu mencabar Presiden Hosni Mubarak, 81, yang telah memerintah Mesir secara kuku besi selama hampir 30 tahun.

Dalam wawancara dengan Assosiated Press, beliau menggesa Mubarak supaya mendengar seruan rakyatnya yang menuntut perubahan sebelum perasaan kecewa terhadap sistem lapuk di negara itu mencetuskan pergolakan yang tidak dapat dikawal. El-Baredei yang tidak dicemari sebarang skandal rasuah yang sekian lama menular di kalangan kakitangan dalam pemerintahan Hosni Mubarak, cuba mendesak segera dilaksankan pindaan dalam Perlembagaan yang akan membenarkan seorang calon berwibawa bertanding dalam pilihan raya Presiden tahun depan.

Undang-undang di Mesir dibawah Presdien Mubarak menyekat dan menghalang sebarang tokoh pembangkang dari bertanding mencabarnya dengan pelbagai alasan yang tidak relevan dan disifatkan agak zalim. Berapa banyak sudah tokoh Ikhwanul Muslimin dan tokoh pembaharu berwibawa yang cuba bertanding tetapi dihalang dari peringkat awal pencalonan lagi. Ada di kalangan mereka yang dikesan didakwa membawa idea gerakan Islam dan mereka di penjara atau diseksa dalam tempuh waktu yang tidak diketahui.

Sesetengahnya hilang tanpa dikesan setelah cuba menunjukkan hasrat bertanding dan mendapat sokongan majoriti rakyat muda yang inginkan perubahan dalam pemerintah Mesir.

Pemerhati politik dan penyokong setia beliau berpendapat, latarbelakang El_Baredei sebagai tokoh antarabangsa yang disegani boleh membantu melindungi beliau dari gangguan kejam pemerintah Mubarak yang selama ini terkenal menjadi antara faktor yang menyekat gerakan pembangkang dari bertapak.

Penganalisis politik barat berpendapat, jika sokongan dari luar khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memihak El-Baredei sebagai calon yang layak, nasib Mubarak bakal berubah dan mungkin tenggelam dibantu sokongan padu majoriti rakyat yang selama ini dahagakan perubahan dan pembaharuan kepada sistem pemerintahan demokrasi Mesir yang dikatakan statis dan menafikan hak rakyat terbanyak.

Dalam perkembangan terbaharu, Mubarak mengakui El-Baredei boleh bertanding selagi beliau menghormati Perlembagaan di negara itu. Menurut Mubarak, beliau boleh memilih atau menyertai mana-mana parti yang disukai atau menjadi calon bebas jika beliau berhasrat bertanding. "Satu-satunya syarat ialah beliau mesti menghormati Perlembagaan", ujar Mubarak kepada wartawan semasa lawatannya ke Jerman sambil menyindir Mesir tidak memerlukan seorang wira baru.

Di bawah undang-undang Mesir, seorang calon Presiden perlu menjadi anggota kanan sebuah parti selama sekurang-kurangnya setahun dan parti itu sendiri perlu wujud selama sekurang-kurangnya lima tahun. Sebagai calon bebas, El-Baredei memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 250 anggota Dewan Tertinggi dan Dewan Rendah Parleiemn serta dari Majlis-Majlis Perbandaran, iaitu badan-badan yang dikuasai Parti Demokratik Nasional pimpinan Mubarak.

Seorang pemerhai politik yang sering mengikuti perkembangan politik Timur Tengah memberi pandangan, tidak mudah bagi mana-mana parti politik dan tokoh pembangkang untuk mencabar Mubarak dalam sistem politik sekular ala barat yang sudah dikuasai dan tunduk kepada telunjuk orang bukan Islam - AS dan Yahudi.

Menurut beliau, sejarah membuktikan, tokoh pembaharu dan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang cuba bertanding mencabar Mubarak telah dikenakan sekatan dan tekanan dalam bentuk undang-undang negara yang disifatkan amat kejam serta tidak demokratik sehingga kebanyakan mereka terpaksa menarik diri, dikenakan hukuman penjara yang lama dan setengahnya hilang tidak dapat dikesan kerana tindakan mereka mengkritik dasar pemerintah Mubarak. Beliau berkata, AS menyokong kuat pemerintah Mubarak dan memberi apa saja bentuk bantuan dan pinjaman kepada Mesir sedangkan situasi sebenar ekonomi tidak berubah - kadar pengagguran yang tinggi dan kurangnya peluang pekerjaan sehingga ramai warganya terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari hidup baru yang lebih selesa.

Rakyat tidak mendapat kebebasan bersuara dan bertindak seperti yang seharusnya ada dan dibenarkan dalam sistem pemerintahan demokrasi tulen. Pergerakan rakyat dan pemimpin yang cuba bersuara lantang mengkritik dan mencabar kewibawaan presiden bakal menemui liku-liku hidup yang berduri dan dahsyat. AS dikatakan menjaga kepentingan dan keselamatan Mesir sebagai benteng bagi menghalang puak militan Islam dari bertapak di negara yang sudah dianggap boneka kepada AS dan Israel. Mesir sudah dianggap sebagai kuasa nuteral dan pendamai kepada negara dan puak-puak yang bertelagah di Timur Tengah tetapi tidak pernah berlaku adil kepada mereka.

Tidak banyak yang dapat dilakukan Mesir kepada jiran-jiran muslimnya yang amat mengharap perlindungannya kerana tangannya sudah terikat ke belakang dan sentiasa tunduk kepada tekanan AS dan Israel yang banyak menunaikan permintaan Mubarak dan membantu kuat ekonomi Mesir. AS dan Israel menggunakan Mesir dengan merujuk Mubarak sebagai perunding yang kononnya boleh menyelesaikan masalah mereka dengan negara-negara bergolak di Timur Tengah seperti Palestin, Lebanon dan Syria. Walaupun mendapat kritikan dan kecaman keras dari negara-negara Islam sekelilingnya serta pertubuhan OIC kerana dasar berat sebelah (bias) Mubarak, tiada tindakan berkesan boleh dilakukan terhadap Mesir kerana sedar AS sentiasa di belakangnya.

Banyak tindakan Mesir sudah mengecewakan umat Islam terutama dalam isu Palestin yang ketara terlalu memihak pihak Yahudi dan menekan kejam rakyat Palestin seperti pembinaan tembok dan larangan menggunakan sempadan negaranya bagi mengirim bantuan asas kepada penduduk Palestin yang amat memerlukan dan sudah lama terseksa dibawah sekatan dan tekanan rejim Yahudi.

Mesir dibawa Mubarak jelas dibawah telunjuk AS dalam apa saja keputusan terutama keselamatan dan kewujudaan terus negara Yahudi. Hal ini perlu disedari EL-Baredei dan jika beliau cuba bertindak melawan arus - bersikap adil dan tidak memihak AS, nasibnya pasti menemui jalan berliku seperti yang pernah dilalui tokoh pembangkang sebelumnya. Beliau boleh selamat sekiranya tunduk kepada kehendak AS dan mendapat restu dari rejim Zionis yang amat memerlukan Mesir sebagai benteng terakhirnya menghalang kemaraan puak militan Islam.

baca dan kaji adakah fakta ini benar atau salah-sumber

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket