LARS VILKS-pelukis yg mencabar Islam

27 March 2010

Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden. Bapanya dari Estonia dan ibunya warganegara Sweden. Beliau memperoleh ijazah Ph.D. dalam kajian sejarah seni daripada Lund University pada tahun 1987 dan bekerja di Oslo National Academy of the Arts dari 1988 hingga 1993. Dari 1997 hingga 2003 beliau merupakan professor dalam bidang teori seni di Bergen National Academy of the Arts. Sebagai seorang penggiat seni, Vilks sangat dikenali dengan institutional theory of art

Kontroversi Kartun Hina Nabi

Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema “The Dog in Art” (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulaytan jalan(roundabout dog). Sebelum ini, Vilks telah pun melukis kartun berkenaan Nabi Muhammad dalam satu pameran kesenian di Vestfossen, Norway, dengan tema “Oh, My God”. Vilks konon menyatakan niatnya hanya untuk mewujudkan amalan “check and balance” terhadap situasi politik melalui sempadan kesenian.

Pada 20 Julai 2007, sehari sebelum pembukaan majlis di Tällerud, pihak penganjur telah mengenepikan lukisan Vilks dari pameran kerana bimbang akan reaksi daripada komuniti Islam. Marta Wennerström, penganjur pameran keseniaan berkenaan, berkata pada mulanya beliau tidak sedar akan ran impak lukisan berkenaan terhadap masyarakat. Namun, selepas menemui agensi kerajaan Sweden dan orang perseorangan beliau mengambil keputusan untuk tidak mempamerkan lukisan tersebut.

Selepas penolakan tersebut, Vilks telah menghantar lukisan-lukisannya ke Gerlesborg School of Fine Art di Bohuslän, Sweden (tempat beliau mengajar sebagai pensyarah) dalam satu pameran berkenaan hasil kerja para pengajar yang akan dibuka pada 18 Ogos 2007. Namun, pihak pengurusan terpaksa menolak atas factor keselamatan.

Walaubagaimanapun, pada 18 August, sebuah akhbar tempatan dari Örebro, Sweden, Nerikes Allehanda telah menerbitkan satu daripada lukisan-lukisan Vilks’s dalam kolum editor berkenaan kebebasan ekspresi. Pihak editor mempertahankan hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam dalam masa yang sama membenarkan Islam dan Nabinya dihina dengan tindakan yang sangat provokatif. Pada masa yang sama lukisan-lukisan tersebut telah pun disiarkan dalam akhbar-akhbar Aftonbladet, Dagens Nyheter, Expressen dan Uppsala Nya Tidning.

Reaksi Umat Islam

Pada 27 Ogos 2007, Kedutaan Sweden di Tehran, telah menerima notis amaran daripada Kementerian Luar Iran berkenaan penerbitan dalam Nerikes Allehanda. Pada 28 Ogos 2007 Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, telah membuat komentar dalam satu siding media. Beliau membacakan petikan daripada Islamic Republic News Agency: “Agama-agama mengajak kepada persahabatan, kesamarataan, keadilan, kedamaian dan rasa hormat kepada para rasul. Golongan Zionis hanya berpura-pura beragama. Mereka berbohong dan menganjurkan permusuhan di benua Eropah dan meletakkan prestij Eropah dalam keadaan yang amat berisiko”.

Selain itu, bantahan turut dikemukan oleh kerajaan-kerajaan serta NGO daripada Pakistan, Afghanistan, Mesir, Jordan. Setiausaha OIC, Ekmeleddin İhsanoğlu, telah menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan undang-undang serta-merta terhadap pelukis dan media serta meminta mereka memohon maaf kepda seluruh umat Islam. Demonstrasi jalanan telah diadakan di seluruh dunia Islam atas sikap kurang ajar tersebut.

Di Sweden sendiri, pada 25 Ogos 2007, sekumpulan 60 orang demonstran Muslim telah mengadakan demonstrasi aman di luar pejabat Nerikes Allehanda’s di Örebro, Sweden bagi membantah penerbitan kartun berkenaan. Pada 31 Ogos 2007, Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt membuat komentar dan menyatakan komitmen kerajaan Sweden bagi mengekalkan keamanan negara dengan rakyatnya Muslim dan Kristian bebas mengamalkan anutan masing-masing. Namun, beliau agak berhati-hati untuk mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis kartun tersebut atas tema kebebasan bersuara yang telah termaktub dalam perlembagaan negara Sweden. Pada hari yang sam juga seramai 300 demonstran yang diketuai pihak Pusat Kebudayaan Islam di Örebro – telah berkumpul di hadapan pejabat Nerikes Allehanda untuk menyatakan protes.

Pada 9 Mac 2010, Colleen R. LaRose dari Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat telah didakwa oleh pihak berkuasa atas tuduhan merekrut sekumpulan penggananas untuk membunuh Vilks. Pada 18 Mac 2010, dalam perbicaraan di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat, wanita yang digelar sebagai Jihad Jane itu mengaku tidak bersalah. (p/s: orang lain yang jadi punca kontroversi, orang lain yang didakwa)

Semalam (26 Mac 2010), Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketua Pemuda, Ust Nasarudin Hassan Tantawi bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah berhimpun di Masjid Tabung Haji seterusnya berarak ke Kedutaan Sweden di bangunan Plaza OSK, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas beberapa akhbar Sweden menerbitkan semula lakaran kartun Vilks. Ust Nasrudin dan Saudara Jais dari GPMS kemudiannya naik ke tingkat 8 di pejabat Kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum bantahan.

sumber

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket