MOGA tahun ini lebih baik dari yang lepas

29 December 2010

Ramah Mesra bersama DATO'

27 December 2010

Ramah mesra yang dijalankan di dewan solah kamil di hayyu sadis (H6) mendapat sambutan dikalangan mahasiswa islam & perubatan walaupun berada dalam fasa imtihan di Azhar yang dijangkakan pada 1.1.2011 ini.

Semangat dan komitmen pelajar dalam menjayakan program anjuran Pejabat Hal Ehwal Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) memberikan semangat dan kepercayaan kepada kerajaan negeri Selangor di Malaysia kelak.

Seramai 600 pelajar hadir pada malam semalam dan antara intipati yang boleh diambil ketika program berlangsung ialah PMRAM DAN BKASM adalah persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri.Yang ke2,apabila balik kelak , Jangan lupa untuk berkhidmat untuk masyarakat kelak disebabkan kita memerlukan hampir 2500 imam disetiap masjid untuk memberikan tazkirah dan Islamic circle adalah wajib bagi pelajar yang belajar di Mesir.Tanpa IC (islamic Circle) , mahsiswa akan hilang punca arah.

Dato juga mengalu-alukan Pegawai Hal ehwal Pelajar baru , Ust Farizan Subhi yang baru bertugas di perlembahan nil sejar 2 minggu yang lalu.Dato mengharapkan Komitmen pelajar dalam membantu tugasan Ust Farizan di perlembahan Nil ini

Dalam program tersebut , turut dilancarkan gimik KPI (key performence indicator) bagi membuktikan prestasi mahasiswa/wi yang berlajar di Mesir adalah kedepan dan mengikuti isu yang berada di Mesir dan Malaysia.

akhirnya Dato' dan ahli rombongan mengharapkan mahasiswa/wi supaya kita dapat berbakti untuk sendiri , keluarga , masyarakat , negeri , kerajaan dan umumnya dunia.Moga Allah memberikan kekuatan dalam dada kita semua..wallahu 'alam

Usah lenyapkan SENSITIVITI kita keatas ARMA

20 December 2010


Isu ARMA yang masih diperjuangkan sehingga kini merupakan isu mengenai dengan hak. Ia bukan semata-mata isu menagih simpati di kalangan ahli. Perjuangan yang didokongi abang-abang lama mesti dipertahankan dan dibuktikan kesungguhan perjuangan kita dengan mendapatkan kembali tempat iaitu di anjung ARMA sebagai pejabat tempat beroperasi PMRAM.

Sudah berulang kali isu ARMA ini dilaungkan, namun sensitivti ke atasnya masih kurang dan suram, tidak seperti yang diharapkan. Suasana kebangkitan ahli sebagaimana pada tahun PMRAM mahu diusir daripada ARMA masih belum dapat dirasai kini. Bahkan bahangnya turut tidak dirasai.

Isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja di kalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM selama 80 tahun ini. Bahkan semakin ramai yang membisu walaupun fakta berkenaan dengan ARMA cuba diselewengkan di hadapan mata.

Usah mendabik dada mengatakan kita ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dengan sepenuhnya sebelum ARMA dapat digenggam kembali.

Kini suasana PMRAM di ARMA langsung tiada walau sekali. Sudah bertahun-tahun ARMA semakin menyepi dan jauh daripada kesatuan PMRAM yang merupakan persatuan induk dan gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.

ARMA sebenarnya masih menanti kembalinya semangat 65 sukarelawan terdahulu dan suara yang lantang dalam memperjuangkan isu ini untuk bangkit bersama-sama. ARMA pasti lemah dan tidak berharga tanpa kehadiran mahasiswa/wi Islam yang membawa imej PMRAM. Bertahun-tahun ARMA suram ekoran aura PMRAM yang tidak kelihatan.

Tidak pasti mana kurangnya dan apa lemahnya sehinggakan isu kini yang dahulu hangat diperjuangkan kini semakin suram. Ayuh, hangatkan kembali isu ini di bibir-bibir mahasiswa/wi Islam dan di dada-dada laman maya masing-masing. Usah lenyapkan sensitiviti ke atas ARMA.

Disediakan Oleh : Unit Panitia ARMA 2010

sumber asli : pmram.org

Wallpaper 9

16 December 2010

Al-fatihah

15 December 2010

Salam Takziah buat keluarga Qusyairi yang kehilangan adiknya yang disayangi iaitu (Syukri b Ali) yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di jalan samantan pada pukul 11.30 pg.

Moga Allah tempatkannya di tempat orang yang beriman dan soleh

Buat keluarga beliau yang tersayang,
Moga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.Allah sayangkan beliau lebih awal dari kita.apa yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan balik.begitulah lumrah alam.semoga kita juga mati dalam keadaan yang baik dan beriman..amin

p/s : syukri-x samer.
jasa beliau : link

PUASA DI BULAN MUHARRAM

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

" أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ "

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib (lima waktu) adalah shalat malam.“[1].

Hadits yang mulia ini menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada bulan Muharram, bahkan puasa di bulan ini lebih utama dibandingkan bulan-bulan lainnya, setelah bulan Ramadhan[2].

Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:

- Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Aasyuura’ (puasa pada tanggal 10 Muharram), karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya dan memerintahkan para sahabat radhiyallahu ‘anhum untuk melakukannya[3], dan ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang keutamaannya beliau bersabda,

" يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ "

“Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu“[4].

- Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram digandingankan dengan puasa tanggal 9 Muharram, dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nashrani, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika disampaikan kepada beliau bahwa tanggal 10 Muharram adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka beliau bersabda,

" فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ "

“Kalau aku masih hidup tahun depan, maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram).” [5]



- Adapun hadits,

"صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً"

“Berpuasalah pada hari ‘Aasyuura’ dan selisihilah orang-orang Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“[6], maka hadits ini lemah sanadnya dan tidak bisa dijadikan sebagai sandaran dianjurkannya berpuasa pada tanggal 11 Muharram[7].

- Sebahagian ulama ada yang berpendapat di-makruh-kannya (tidak disukainya) berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, karena menyerupai orang-orang Yahudi, tapi ulama lain membolehkannya meskipun pahalanya tidak sesempurna jika digandengkan dengan puasa sehari sebelumnya[8].

- Sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan puasa tanggal 10 Muharram adalah karena pada hari itulah Allah Ta’ala menyelamatkan Nabi Musa álaihis salam dan umatnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya, maka Nabi Musa ‘alaihis salam pun berpuasa pada hari itu sebagai rasa syukur kepada-Nya, dan ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu karena alasan ini, maka beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

" فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ "

“Kita lebih berhak (untuk mengikuti) Nabi Musa ‘alaihis salam daripada mereka“[9]. Kemudian untuk menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan untuk berpuasa tanggal 9 dan 10 Muharram[10].

- Hadits ini juga menunjukkan bahwa shalat malam adalah solat yang paling besar keutamaannya setelah solat wajib yang lima waktu[11].

***********************************************************************

Penulis: Ustadz Abdullah Taslim Al Buthoni, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

[1] HSR Muslim (no. 1163).
[2] Lihat keterangan Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam Syarhu Riyadhis Shalihin (3/341).
[3] Dalam HSR al-Bukhari (no. 1900) dan Muslim (1130).
[4] HSR Muslim (no. 1162).
[5] HSR Muslim (no. 1134).
[6] HR Ahmad (1/241), al-Baihaqi (no. 8189) dll, dalam sanadnya ada perawi yang bernama Muhammad bin Abdurrahman bin Abi Laila, dan dia sangat buruk hafalannya (lihat Taqriibut Tahdziib hal. 493). Oleh karena itu syaikh al-Albani menyatakan hadits ini lemah dalam Dha’iful Jaami’ (no. 3506).
[7] Lihat kitab Bahjatun Nazhirin (2/385).
[8] Lihat keterangan Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam as-Syarhul Mumti’ (3/101-102).
[9] Semua ini disebutkan dalam HSR al-Bukhari (3216) dan Muslim (1130).
[10] Lihat keterangan syaikh Muhammad al-Utsaimin dalam Syarhu Riyadhis Shalihin (3/412).
[11] Lihat kitab Bahjatun Nazhirin (2/329).

XPERT 2011 Kembali

14 December 2010

Budak kecik pon tahu ikhtilat..kita?

12 December 2010

Wallpaper 8

Siapa Wikileaks?

10 December 2010
Grafik jam pasir, diwarnakan biru dan kelabu; peta membulat hemisfera barat dunia menitik dari kebuk atas ke bawah jam ituWikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

2010

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[6]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".
sumber

Video sekitar DEMO AIR

09 December 2010


Gambar sekitar DEMO AIR

07 December 2010


MB Selangor sedang membaca meorandum

Suara rakyat suara keramat


Syabas kepada anak muda mahasiswa

Yb Ely dan Yb Chang Lih Kang turut hadir

YB Yaakob Safari dan YB Dzulkefly bersama rakyat











Mat Sabu dan demo tak boleh dipisahkan, jka dipisahkan, pincanglah lagu dan rosaklah seni...

Polis apco terima arahan apco dan mula bertindak, rakyat berhimpun secara aman tetapi polis apco umno yang mulakan huru hara, mereka marah sebab geng umno demo pakai baju hitam tak ramai hahahaha..

seramai 48 orang ditangkap

lawan tetap lawan

gas ubat mujarab resdung diberi percuma kepada rakyat

Chegubard sama seperti Mat Sabu, kalau tiada mereka macam tak sah pula demo. Chegubard tidak ditangkap kali ni..

Chegubard tetap lawan hingga ke akhir. Semangat anak muda bernama Chegubard wajar dicontohi. Terus berjuang bersama rakyat.

Reformis Nora mahu bersara dari berdemo? ada pencen ke Nora....cakap jer bersara....tetapi sharpshooter yakin dan percaya Nora dan demo tidak boleh dipisahkan...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Restoran Halal jadi trend di Amerika

27 November 2010

Perniagaan makanan halal berkembang pesat di AS. Outlet-outlet dan restoran yang menjual makanan halal bersaing ketat untuk memuaskan dan menarik pelanggan baik dari kalangan Muslim mahupun non-Muslim.

Fred Zakaria, seorang pendatang asal Afghanistan adalah salah satu pengusaha muslim yang berjaya di AS. Pertama kali datang ke California bersama isterinya pada tahun 1987, Zakaria bekerja di sebuah kedai roti. Sekarang, ia mempunyai sebuah restoran pizza "Milano Pizza" yang ramai dikunjungi komuniti Muslim di San Joaquin County, California.

Milano Pizza yang sudah lima tahun diusahakan Zakaria menawarkan menu makanan halal. Ramainya pengunjung ketika waktu siang, membuktikan kejayaan perniagaan Zakaria. "Sekarang saya sudah punya enam ketua. Saya membuka lapangan pekerjaan untuk orang lain dan melatih mereka," ujar Zakaria.

Di Restoran Zakaria, pepperoni dan sosej yang diperbuat daripada daging lembu, daging hamburger dan daging ayam yang digunakan dijamin berasal dari tempat pemotongan haiwan yang cara pemotongannya mengikuti ajaran Islam.

Saat ini, sekurang-kurangnya ada 10 restoran yang menawarkan menu makanan halal di San Joaquin, sejak munculnya outlet produk halal yang pertama di kawasan itu "Stockton's Islamic Meat & Poultry" pada tahun 1986.

Menurut pengurus portal zabihah.com--portal terbesar yang menjadi database restoran-restoran halal - Shahed Amanullah, trend outlet dan restoran halal berkembang pesat sampai ke luar wilayah California. Pertama kali membina portal itu 12 tahun yang lalu, Zabihah hanya memfokuskan databasenya bagi kawasan Teluk California, di mana terdapat sekitar 200 Restoran. Tapi sekarang, ada 7.000 lebih Restoran halal di seluruh AS yang dipantau portal Zabihah.

"Ada persaingan ketat di bisnes dollar halal itu," kata Amanulah yang juga seorang wartawan dan aktivis sosial di AS.

Berkembangnya perniagaan makanan dan restoran halal tidak lepas dari makin meningkatnya jumlah Muslim di AS. Sesuai hukum ekonomi, semakin banyak permintaan, persediaan juga harus makin besar.

Portal yang dikendalikan Amanullah memberikan maklumat dan mengulas restoran-restoran yang menawarkan produk halal. Dengan adanya ulasan ini, restoran-restoran halal bersaing untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan para pelanggan juga jadi memiliki banyak alternnatif pilihan restoran yang diinginkannya.

"Saat ini, banyak resepi-resepi masakan khas Amerika yang ditawarkan sebagai menu restoran halal. Ini sangat menarik ... dari makanan tradisional berkembang kepada lebih banyak lagi pilihan makanan ala Amerika seperti pizza dan burger," kata Aminullah.

Tak heran jika kalangan non-Muslim pun tak segan-segan makan di resto halal milik Muslim. "Saya selalu ke sini. Makanannya sihat dan segar, saya juga senang dengan pelayanannya," kata Jessica Kaufman, pelanggan setia Milano Pizza. (Ln / HF)sumber

sumber

wallpaper 7

Wallpaper 6

20 November 2010

Kisah jutawan Arab

19 November 2010

Kita selalu mendengar cerita mengenai kekayaan orang Barat dan juga kisah kekayaan Sultan Brunei tapi jarang kita mendengar kekayaan dari orang Arab. Creadit

Selama 20 tahun lebih, tak ada yang boleh mengalahkan kekayaan Al Walid bin Talal bin Abdulazis Alsaud di Timur Tengah. Ia adalah orang terkaya nombor satu di tanah Arab, dan menduduki peringkat ke-13 di seluruh dunia—menurut Forbes. Berapa kayakah Al Walid?

Al Walid bin Talal


Tidak ada yang boleh meramal dengan tepat, berapa kekayaan Al Walid. Termasuk mungkin Al Walid sendiri. Orang hanya menjangka jumlah antara $15 sampai $30 billion! Tidak usah memikirkan seberapa banyak, kerana jumlah ini sungguh tak terhingga banyaknya.

Al Walid bin Talal

Kekayaan A Walid tersebar dalam lima bidang: stok perdagangan awam, perusahaan-perusahaan besar yang dimiliki Al Walid, real estate, aset kekayaan, dan kekayaan yang bersifat tunai dan tersebar di berbagai bank di seluruh dunia.

Jika dikira, maka perusahaan Al Walid menyumbang $7.88 billion, dan menjadikannya sebagai pemilik perniagaan terbesar di Arab Saudi dan Timur Tengah. Perniagaannya meliputi bidang IT, kesihatan, hiburan dan pelancongan. Cittigroup, Apple dan News Corporation adalah tiga nama besar yang dimiliki Al Walid.

Dari perniagaan-perniagaan kecilnya, Al Walid mendapatkan “duit rokok” sekitar $1.611 billion. Perniagaannya yang terkenal di sektor ini adalah Rotana, yang bergerak di bidang hiburan di Timur Tengah. 85% industri muzik dan 45% industri filem di bawah label Rotana.

Sedangkan dari bahagian Real Estate, Al Walid mendapat $3.196 billion. Al Walid sekarang ini memiliki Kingdom Resort. Namun beliau sekarang membangun Kingdom Oasis yang dikatakan jauh lebih mewah daripada Kingdom Resort. Di Kingdom Oasis mengandungi danau dan zoo peribadi.

Ia mempunyai kapal persiaran sangat mewah, pesawat Boeing 747 peribadi, dan pesawat jet Aibus A380, yang merupakan pesawat paling mewah dan paling besar di seluruh dunia. Dia memiliki 300 kereta dan salah satunya konon adalah Mercedes SL600 yang setara dengan $4.8 juta.

Jutawan Al-Waleed bin Talal bin Abdul Aziz Al lahir pada Mac 1955 dan merupakan anggota kerajaan Saudi. Dia adalah cucu dari perdana menteri Lebanon yang pertama. Dia mempunyai tiga orang isteri.

Jutawan Al Walid tinggal di sebuah istana yang berharga $100 juta, mempunyai 317 bilik, berkarpet sutera, 250 unit television, dan pelayan yang siap menyiapkan makanan untuk 2000 orang dalam satu jam. Di istana itu juga terdapat kolam renang yang menyerupai danau dan sebuah bioskop bawah tanah.

Al Walid bin Talal
Kapal persiaran Al-Walid


Istana Al-walid.

Al Walid bin Talal
Kapal terbang peribadi

Al Walid bin Talal

wallpaper map2care

18 November 2010


Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak

17 November 2010
MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.




-- BERNAMA-Sumber2

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=502911

p/s : Ha.. siape yang kaki rokok tu.. hati-hati.. jangan dok gatal cium budak-budak.. mati budak tu nanti.

Sumbangan PMRAM - rakyat Malaysia di Mesir

sumber

Mengimbas kembali kronologi penubuhan DPM yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Al-Azhar cawangan, membuktikan bahawa kebajikan yang dijanjikan oleh PMRAM bukanlah satu retorik semata-mata. Malahan ia menunjukkan PMRAM benar-benar memaksudkan laungan “Satu Fikrah Satu Amal”.

Dewan Perwakilan Mahasiswa atau ringkasannya DPM seperti yang telah diketahui adalah merupakan organisasi pentadbiran di peringkat cawangan yang mewakili PMRAM Pusat. Tujuan penubuhannya adalah bagi memantau permasalahan yang berlaku di peringkat cawangan sama ada permasalahan tersebut berkaitan pengurusan di kuliah mahupun di luar kuliah. Tujuan lain adalah untuk memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam yang menuntut di Mesir.

Berikut adalah kronologi Agung penubuhan PMRAM dan DPM:-

1930 : Penubuhan Putera-putera Semenanjung.

1958 : PMM mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaan di Mesir.

1960 : Kedutaan besar Malaysia diwujudkan hasil desakan PMM.

1971 : Pertukaran nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

1991 : Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi pertama di cawangan Al- Azhar,Iskandariah.

1992 : Menghantar mahasiswa ke cawangan Al-Azhar di Tanta, Damanhur, Shibinn El-Kom Dan mansurah.

1993 –

2009 : PMRAM mewakili Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dalam mambantu menguruskan penghantaran pelajar-pelajar baru dari BAKAN masing-masing ke Universiti Al-Azhar cawangan. Oleh yang demikian satu lajnah khas ditubuhkan oleh PMRAM bagi memudahkan lagi proses penghantaran pelajar-pelajar baru tersebut. Maka Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) mula ditubuhkan.

2010 : PMRAM hanya menumpukan kepada perlaksanaan program Minggu Pengetahuan Silaturrahim (MPS) peringkat PMRAM sahaja. Hal ini berikutan keberjayaan usaha pihak JPMK dalam menidakkan kehadiran mahasiswa baru ke university di cawangan bermula pada tahun ini.

Kronologi yang dipaparkan diatas membuktikan kesungguhan perjuangan PMRAM bagi membantu mahasiswa tanpa membezakan ideologi atau pemikiran. Namun, alangkah sedihnya apabila terdapat beberapa pihak yang sepatutnya bersama-sama mendokong usaha murni ini telah mengkhianati agenda yang ingin dibawa oleh PMRAM. Pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan kesatuan ini sehingga sanggup menafikan hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa Malaysia walhal kewujudan mereka sebenarnya adalah terhasil daripada desakan mahasiswa sendiri.

Bersambung……..

Masjid Süleymaniye Dibuka Kembali

16 November 2010
Pembangunan kembali Masjid Süleymaniye yang berada di kota Istambul telah selesai, masjid yang indah dan bersejarah itu akan dibuka pada saat Aidil Adha. Pembangunan kembali Masjid Sulaimaniah itu memakan masa tiga tahun.


Masjid Süleymaniye dibina selama era Sultan Suleiman, sangat terkenal dalam sejarah Khalifah Turki, iaitu pada 1551-1558, yang dikerjakan seorang arkitek yang sangat terkenal Mimar Sinan.

Pembangunan masjid yang bersejarah yang merupakan warisan Khalifah Turki Osmani itu mengahabiskan biaya sebesar 21 juta Liras Turki. Ini merupakan bayaran pemugaran yang paling banyak yang digunakan oleh kerajaan Turki untuk sebuah masjid.

Pembangunan kembali masjid itu diawasi secara langsung oleh Gur Pembinaan. Sebuah pasukan dianggotai 200 orang terdiri dari arkitek, seniman, kaligrafi, sejarawan seni, ahli pemulihan, konservator dan pekerja telah bekerja siang dan malam untuk menyelesaikan pembangunan kembalii Masjid Süleymaniye, yang dipandang sebagai lambang budaya Islam.

Salah satu hasil penting dari pembangunan semula ini adalah kubah masjid, kini telah diperkuatkan untuk menahan gempa skala 8 pada skala richter, dan berkat teknik pembersihan semen khusus digunakan pada masjid.

Keajaiban Masjid Sulaimaniah itu terdapat 256 kubus akustik ditemui dalam kubah masjid, dan dalam proses pembangunan semula itu, juga menemukan karya-asal dalam liontin gantung yang menghiasi masjid. Beberapa surat hilang dari suatu bahagian dari Al-Quran, yang ditulis 150 tahun yang lalu ke dalam kubah utama, juga diganti atas keputusan dewan pemulihan.

Sebelumnya pernah dilakukan pembangunan semula (pemulihan) Masjid Süleymaniye pada 1847-1849, dan pada tahun 1960-an 1950s. Upaya terkini bermula tahun 2007, dan Ozekinci menjelaskan:

"Sebagai sebahagian daripada pemulihan ini, seluruh Masjid Süleymaniye diperiksa seluruh bangunan yang ada. Pekerjaan bermula pada kubah, dan menggantikannya dengan lengkap. Pekerjaan yang sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang luar biasa itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari Universiti Teknik Istanbul yang menggunakan teknik simulasi untuk menentukan, apakah ada atau tidak kubah bukti gempa. Kemudian kita mendapati bahawa masjid sebenarnya boleh tahan gempa hingga getaran 8 skala Richter. Ada beberapa retakan kecil pada kubah, yang diperkuatkan. Bahagian luar masjid itu dibersihkan ", ujarnya.

Semen Pembersihan

Ozekinci menjelaskan salah satu teknik paling penting yang digunakan dalam pemulihan adalah sebahagian pembersihan semen. Dia berkata, "Kami melihat dengan kesedihan yang dalam pemulihan ini dilakukan pada 1960-an", tambahnya.

Berbicara lebih lanjut mengenai usaha untuk menghilangkan struktur bersejarah, Ozekinci mengatakan,''Kami tidak memperbaharui Masjid Süleymaniye. Kami adalah sebahagian daripada sebuah projek yang sangat serius termasuk konservator, ahli pemulihan, arkitek dan sejarawan seni. Yang penting di sini adalah untuk dapat mengembalikan sesuai dengan struktur asal masjid. Kami tidak memperbaharui, melainkan melindungi dan bekerja sesuai dengan keperluan sejarah dan maklumat. Dalam jenis struktur, sangat penting bahawa mereka tidak kehilangan ciri-ciri sejarah mereka. Generasi mendatang harus dapat melihat dan membaca struktur untuk apa yang mereka dan memahami apa yang berbagai era mereka telah. Jadi pemulihan kami benar-benar sebuah usaha perlindungan yang tetap setia pada esensi dari masjid ini. "

256 Kubus Ditemukan Di Dalam Kubah

Ozekinci mencatatkan bahawa beberapa aspek menarik dari masjid telah dijumpai kembali selama berlangsungnya pembangunan semula itu. Sebagai contoh, katanya, kubah utama masjid itu ditemui mempunyai 256 kubus simetris berukuran 15 cm diletakkan di depan dan 45 cm panjangnya.

''Akustik di Masjid Süleymaniye benar-benar luar biasa. Mimar Sinan menggunakan alat-kubus simetris ditempatkan dengan bahagian dalam berongga untuk mencapai tahap superior akustik ", ucap Ozekinci. (M / wb)sumber

wallpaper 5

wallpaper 4 - Eid Adha

14 November 2010

Wallpaper 3..eid said

13 November 2010

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket