Siapa Wikileaks?

10 December 2010
Grafik jam pasir, diwarnakan biru dan kelabu; peta membulat hemisfera barat dunia menitik dari kebuk atas ke bawah jam ituWikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.

2010

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[6]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".
sumber

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket