Peringatan untuk diri sendiri

15 February 2011
Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan Muslim)

keterangan AL HADIS:

Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

MAKNA HASAD:

Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:

1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.

HUKUM HASAD:

Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:

Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

SEBAB-SEBAB HASAD:

Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting:

1. ‘Adaawah (permusuhan).

2. Takabbur (sombong).

3. Ta’azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya)

4. Bakhil (lokek).

5. Khubthun Nafsi (busuk hati).

6. Hubbul Jaah (gila kuasa).

BAHAYA HASAD:

Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya:

• Hasad adalah sifat Iblis. Sedangkan sifat para Rasul dan Wali Allah adalah sebaliknya. Mereka akan memberi tahniah (ucap selamat) kepada orang-orang mendapat nikmat sambil mengucapkan : HuhHuh?? Huh?? HuhHuh Semoga Allah memberkati engkau

• Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.:

Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api.

(H.R Ibnu Majah dinilai dha`if oleh al-Albani dalam ad-Dha`ifah no:1902)

• Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.

HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.

Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

• HASAD (DENGKI):

Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.

• GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).

• MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.

ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:

• Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.

• Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya.

• Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi. • Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.

• Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.

• Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.

AMAL:

Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu’ (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu. HuhHuhHuh Huh?? HuhHuhHuh?? Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.

Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid’ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa. Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nanti.
sumber

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket