Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

33 Kalam terhebat

03 September 2011
1. “Apabila kata-kata keluar daripada hati, maka ia akan masuk ke dalam hati, apabila kata-kata keluar daripada lidah, maka ia akan hilang begitu sahaja” – Nabi Muhammad S.A.W

2. “Bukanlah yang dikatakan kuat itu dengan hebatnya bergusti, sesungguhnya orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dirinya daripada sifat marah” – Nabi Muhammad S.A.W


3. “Bukanlah yang dikatakan kaya itu adalah kaya harta benda, tetapi hakikat sebenar kaya adalah mereka yang kaya jiwa (budi pekerti)” – Nabi Muhammad S.A.W

4. “Permulaan itu itu adalah 1.dengar 2.faham 3.hafal 4. amal 5.sebar (dakwah)” – Ibnu Mas’ud (Kitab Hilyatu Aulia’)


5. “Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan” – Saidina Umar R.A

6. “Makin bertambah ilmuku makin terasa kebodohanku” – Imam Syafie


7. “Katakan siapa kawan saudara, kemudian saya akan katakan siapa sebenarnya saudara” – Imam al-Ghazali

8. “Rumahku Syurgaku” – Ibnu Taimiah

9. “Barangsiapa yang tidak berubat menggunakan al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya” –Ibnu Qayyim al-Jauzi

10. “Orang yang tidak melalui dunia (ambil dunia), maka dia tidak akan dapat masuk syurga” – Ibnu Taimiah

11. “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya tempat cari makan (menjual agama dengan harga yang murah)” – Imam al-Ghazali

12. “Ya Allah seandainya aku beribadat kepada-Mu semata-mata kerana takutkan azab api neraka-Mu, maka Kau masukkanlah aku ke dalam neraka” – Rabiatul Adawiah

13. “Sesungguhnya hidayah itu tidak akan sampai melainkan dengan ilmu” – Ibnu Qayyim al-Jauzi

14. “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan kenal siapa Tuhannya” – Ulamak Sufi

15. “Ilmu yang bermanfaat itu adalah sesuatu yang mendatangkan takut kepada Allah S.W.T” – Imam al-Ghazali

16. “Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang lain yang menangis engkau yang gembira” – Hamka

17. “Memisahkan agama dan politik adalah cara yang paling mudah untuk menjadi kafir” – Syeikh Mustafa Sobri

18. “Sesiapa yang meniru golongan yang soleh, maka ia akan dimuliakan sebagaimana mereka dimuliakan, sesiapa yang meniru golongan yang fasik ia tidak akan dimuliakan” – Al-‘Aqomi

19. “Orang yang buta huruf pada zaman ini adalah mereka yang tidak bersedia untuk belajar perkara baru” – Troffler

20. “Jangan tanya apa yang negara boleh sumbang kepada anda, tanyalah apa yang anda boleh sumbang kepada negara” – Washington Kennedy

21. “Keberanian mengandungi keajaiban, kuasa dan kebijaksanaan di dalamnya” – Geothe (pujangga Itali)

22. “Pengikut bukannya menyokong pemimpin tapi mereka hanya menyokong perjuangannya” – Mahatma Gandhi

23. “Pemimpin yang hebat dilihat sebagai hamba kepada organisasi” – Greenleaf

24. “Ramai orang berusaha mencari siapa yang bersalah daripada menyelesaikan masalah itu” – Robert Schuller

25. “Apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan keterampilan saudara banyak bergantung kepada kebolehan saudara dalam menyampaikan ucapan dan idea” – Peter Druker

26. “Kemahiran berucap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma dan hebat” – Conger dan Konungo

27. “Berikan saya 10 orang pemuda, nescaya saya akan gegarkan dunia” – Sukarno

28. “Harga sesebuah kemasyhuran adalah tanggungjawab” – Winston Churchill

29. “Apa yang seseorang lakukan dalam kehidupan sosialnya adalah cerminan daripada kehidupan peribadinya” – Steven R. Covey

30. “Tatacara saudara menjadi tidak bermakna sekiranya ia tidak dilakukan dengan keyakinan” – Elisabeth Egan

31. “Tiada terpelihara kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-tiap bahagian tubuh” – Hamka

32. “Saya fikir kita harus kembali kepada agama” – tokoh Athies

33. “Barangsiapa yang masih lagi tidak meninggalkan maksiat walaupun umurnya mencecah 40 tahun maka bersiap-siaplah untuk dihumbankan ke dalam neraka” – Imam al-Ghazali

Pujangga Arab

1. “Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak potong masa, maka dia akan potong kamu”

2. “Air mata adalah senjata bagi wanita”

3. “Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tiada buahnya”

4. “Alangkah kecilnya duniaku ini, kalau tidak kerana besarnya cita-citaku”

5. "Istiqamah itu lebih baik daripada 1000 karamah (kemuliaan)"

http://ibnuzaid359.blogspot.com/2009/03/33-kata-kata-hebat.html

Kisah Perang BAdar 7 Ramadhan

29 July 2011
Perang Badar terjadi pada 7 Ramadhan, dua tahun setelah hijrah. Ini adalah peperangan pertama yang mana kaum Muslim (Muslimin) mendapat kemenangan terhadap kaum Kafir dan merupakan peperangan yang sangat terkenal karena beberapa kejadian yang ajaib terjadi dalam peperangan tersebut. Rasulullah Shallalaahu 'alayhi wa sallam telah memberikan semangat kepada Muslimin untuk menghadang khafilah suku Quraish yang akan kembali ke Mekkah dari Syam.

Pelajar UIA BERMIMPIN BERJUMPA RASULLULAH S.A.W

19 July 2011
Mari kita saksikan bahawasanya
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.
 keajaiban yang telah berlaku kepada pelajar yang sembuh dari penyakit yang ganjil



SUBHANALLAH

Perbualan Rasullullah Sallalahualaihi Wasalam bersama Iblis laknatullah

01 July 2011
Sama-samalah kita mangambil iktibar dari peristiwa ini.
Soalan Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang BERDOSA, BERSUMPAH BOHONG, SAKSI PALSU, PEMUNGKIR JANJIi."

Soalan Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta TIDAK MEMBACA DOA PELINDUNG SYAITAN, maka hamba GOSOK-GOSOKKAN NAJISNYA SENDIRI KE BADANNYA TANPA DIA SEDARI.

Soalan Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. JIKA TIDAK, hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan TANPA MEMBACA BISMILLAH, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan
masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah
hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah Subhanahu Wa Taala : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam

Menghargai pengorbanan bapa lebih dari video ini

20 June 2011
Bahkkan lebih daripada video ini...
Selamat Hari Bapa..Moga Allah membalas pengorbananmu dengan Syurga Allah subhanahu wataala

SAYANGI IBU BAPA ANDA

17 June 2011
Kenapa kita perlu menyayangi ibu bapa kita?kenapa kita perlu menghormati ibu bapa kita?kenapa kita tidak boleh sama sekali berkata "uf @ ah" kepada ibu bapa kita?

Semua ini akan terjawab apabila kita sudah mendirikan rumahtangga kelak.setelah kita mendirikan rumahtangga,adakah kita mahukan anak kita tidak menghormati kita?Islam menitik berat perbuatan menyayangi keluarga terutamanya ibu bapa :

"..dan hendaklah kamu berbuat baik terhadap kedua ibu bapamu dengan sebaik-sebaiknya.Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam memeliharamu , maka sekali-seklai jangan kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan jangan menyinggung perasaan mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia" : Surah Al-Israq : 23.
 dan disambung dengan ayat seterusnya :
"dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah " wahai Tuhanku ,kasihanilah mereka keduanya , sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil"Surah Al Israq :24
bahkan inilah yang diajar dalam islam..mendoakan kebaikan untuk keduanya dan doa ini biasa kita amalkan dalam kehidupan seharian..salah satunya doa memohon keampunan diri,ibubapa,keluarga ,sahabat dan umat islam keseluruhannya.


Moga Allah menjadikan kita seperti tokoh-tokoh yang menyintai ibu bapa kita seperti nabi musa dengan ibunya  , nabi Yaaqub yang mencintai yusuf (anaknya) dan lain-lain.AMIN~

Motivasi diri...

22 May 2011
Alamakkk!!!! pekse nak dekat dah..macam mana ni?apa aku nak buat ni?
perkara biasa bila nak menghadapi imtihan...nak buat macam mana ..masa tetap berlalu..kita kenalah berusaha dengan sepenuhnya..biarlah usaha kita seiring dengan doa dan tawakkal...

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali. Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,

"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"

Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".



Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".

"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.



Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.

Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".



Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.

Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".



Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.

Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".





Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.

Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".



Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.

Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".



Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.

Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".



Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.

Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".



Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.

Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)



Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (58:11)



belajar , belajar dan terus beramal...doakan sesama muslim yang lain

Sebenarnya berapa harga diri kita?

28 March 2011
kita orang kaya?kita tak berhutang?kesederhanaan adalah satu nikmat yang telah diajar oleh nabi untuk kita..selamat beramal

Jom Berfikir Panjang

14 March 2011

Apabila melukis...cubalah berfikir kesan lukisan anda..jangan sesekali menggangu sensitiviti manusia dan umat lain..
Cuba untuk berfikir panjang dalam sesuatu perkara..duit bukan ukuran dan jaminan didunia dan akhirat , tapi ISLAM DAN IMAN yang akan menjamin kita didunia mahupun diakhirat.

"barangsiapa yangberiman kepada Allah dan hari akhir ,maka muliakanlah tetamunya , barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka muliakan jirannya"....

sekadar mengingatkan diri sendiri...

Empat sifat Mukmin

08 March 2011


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang

Penyakit iri dengki dan sombong dan cara mengubatinya

01 March 2011




Hati (bahasa Arab Qalbu) adalah bagian yang sangat penting daripada manusia. Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amal kita:

Rasulullah saw. bersabda, “….Bahawa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Sebaliknya, orang yang

Ya Allah ,ampunkan kami...

25 February 2011
Solat itu tiang agama....seandainya kalo kita tak solat...bagaimana?
Diantara soalan kubur pon tanya pasal solat...
Nak membezakan antara muslim dan kafir pon dengan solat....
Solat jugalah yang banyak mengajar kita dari segi kepimpinan (imam = pemimpin agama yang wajib kita taat ketika dalam solat)begitu juga dalam kehidupan seharian..

Jadi kalo anak dibawah tidak sempurna..tapi beliau bersungguh-sungguh beribadah pada tuhannya..apakah bezanya dengan kita....(peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan sekalian)

masih ada masa untuk bertaubat...
Allah menerima taubar sekalian hambanya kecuali syirik (menyekutukan Allah dengan mahkluk lain)

Al-Quran tidak terbakar dalam kebakaran kereta

Maha suci Allah yang memerintahkan apa yang ada dilangit dan dibumi..
kisah ini dah lama disiarkan diblog-blog lain...namun untuk perkongsian bersama..ia perlu disiarkan kembali..

Sebelum ini kita dah dengar dengan masjid tak hancur dilanda tsunami dan lain-lain..kali ini Al Quran yang Allah pelihara menunjukkan bahawasanya dia berkuasa atas sesuatu..

Seperti yang pernah dikisahkan dalam kisah nabi Ibrahim yang dihukum oleh kaumnya dengan dibakar di atas api..namun dengan kuasa Allah api itu menjadi sejuk sesejuknya dan nabi Ibrahim alaihisalam terselamat dari api tersebut.

jom lihat gambar dibawah

Keindahan Ciptaan Pencipta...Allahu akbar

hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan alam , binatang tumbuhan dan segala isinya
pernah tak kita terfikir..seandainya kita mahukan ikan...kita kena tangkap bukan?cuba kita bandingkan dengan udara...seandainya Allah menyuruh hambanya menangkap udara...nescaya kita tak mampu dengan kuasa , anugerah dan nikmatNya yang yang meluas..

Sebab itu dalam Al-quran dalam ayat Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang) membuatkan kita sentiasa mengingatkan betapa besarnya rahmat Allah keatas kita..jadi apa peranan kita?

Jom lihat salah satu kebesaran Allah dimuka bumi ni

Hukuman maut dahulu kala dan sekarang

23 February 2011

Hukuman-hukuman mati bukan semua diambil oleh negara-negara,cuma negara-negara tertentu saja yang mengambil hukuman maut ini untuk kesesuaian budaya dan undang-undang negara mereka. Hukuman ini dijatuhkan bagi mereka yang telah disabit kesalahan yang serius/berat seperti membunuh,berzina,pembelot ne

peranan wanita dalam menentukan halatuju ummah

15 February 2011
SumberIslam adalah satu agama yang syumul iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Segala hukum hakam yang terdapat didalam syariatnya bertujuan untuk membawa pengaruh yang baik kepada individu serta tindakannya dalam masyarakat. Secara tabi’e manusia tidak mampu hidup bersendirian, malahan manusia juga tidak boleh hidup menyendiri. Ketika Allah mencipta nabi Adam, Allah telah menciptakan baginya seorang teman. Sejak penciptaan manusia dari dulu lagi, nabi Adam dan isterinya Hawa telah hidup bersama dengan penuh kasih sayang, dan sifat kasih mengasihani ini merupakan sebahagian daripada naluri atau fitrah penciptaan manusia.

Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa’ yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.

Peranan wanita dalam keluarga.

Jika dilihat peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya,

Yang bermaksud:


“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( surah an-Nisaa’-ayat 58 ).

Di alaf baru ini, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai ibu di dalam rumahtangga. Secara hakikatnya peranan isteri adalah untuk mentadbir sesebuah keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru telah berlakunya perubahan tertentu yang meluaskan lagi skop peranan isteri.

Keterlibatan dan kesibukkan wanita dalam dunia pekerjaan, peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka.. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka.Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan;


" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi" (Al-Hadis).

Tidak dinafikan bahawa kaum wanita juga merupakan pencorak dan pemberi imej kepada sesuatu bangsa dan masyarakat. Kaum wanita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat amat digalakkan untuk turut sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan negara demi kepentingan ugama dan ummah dengan syarat kaum wanita mampu menghindari diri daripada tergadai maruah dan kehormatan serta dapat menjaga kesucian ugama Islam. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala :

Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Surah At-Taubah, ayat 71 ).

Wanita dan kerjaya

Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai ‘kerja dan jaya’. Jika kaum adam mempunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa , mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu di lakukan.

Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang di tentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar’ie, tetapi secara amnya, islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syara’ telah memberu peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kebanyakkan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan.Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.

Peranan wanita dalam mayarakat.

Wanita berperanan untuk melibatkan diri dalam bidang sosial, kaum wanita juga berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani.Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan Negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang.

Oleh yang demikian, untuk mencapai hadaf dalam membentuk hala tuju ummah, selaku wanita islam perlulah berketerampilan seperti kaum lelaki. Wanita dan lelaki adalah saling memerlukan, bekerjasama dan membantu dalam membina pembangunana ummah. Marilah kita sama-sama bangun dan berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah islam dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan kemenangan dari Azzawajalla..



Disediakan oleh :
Hanisah Bt Muslim

Peringatan untuk diri sendiri

Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan Muslim)

keterangan AL HADIS:

Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

MAKNA HASAD:

Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:

1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.

HUKUM HASAD:

Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:

Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

SEBAB-SEBAB HASAD:

Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting:

1. ‘Adaawah (permusuhan).

2. Takabbur (sombong).

3. Ta’azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya)

4. Bakhil (lokek).

5. Khubthun Nafsi (busuk hati).

6. Hubbul Jaah (gila kuasa).

BAHAYA HASAD:

Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya:

• Hasad adalah sifat Iblis. Sedangkan sifat para Rasul dan Wali Allah adalah sebaliknya. Mereka akan memberi tahniah (ucap selamat) kepada orang-orang mendapat nikmat sambil mengucapkan : HuhHuh?? Huh?? HuhHuh Semoga Allah memberkati engkau

• Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.:

Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api.

(H.R Ibnu Majah dinilai dha`if oleh al-Albani dalam ad-Dha`ifah no:1902)

• Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.

HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.

Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

• HASAD (DENGKI):

Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.

• GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).

• MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.

ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:

• Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.

• Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya.

• Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi. • Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.

• Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.

• Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.

AMAL:

Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu’ (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu. HuhHuhHuh Huh?? HuhHuhHuh?? Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.

Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid’ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa. Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nanti.
sumber

Doa Rabitoh

11 January 2011


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

p/s:moga Allah mematikankami dengan husnul khatimah

(Best)Juzuk Quran-Matematik

08 January 2011

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Peringatan pengguna Komputer

04 January 2011
For you always worked by using Computer, Offence in the use MOUSE everyday,
Will result to KARPAL SINDROM! USE MOUSE NICELY AND TRUE!
Patient 's Surgery With CARPAL SYNDROME








How to avoid KARPAL SINDROM?









Hand exercise's











Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket