We Will unite With Islam
sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Mesir
kita berkorban sepertimana Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Sulaiman a.s bukan dari segi harta bahkan tenaga dan diri untuk islam tercinta
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)
PMRAM mendoakan kejayaan buat pelajar qiraat dan buuth
Di samping itu, PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiwa bagi mempertingkatkan hubungan bersama Allah Taala, memperbaiki hubungan sesama sahabat handai, memperbanyakkan muhasabah diri dan ibadah kerohanian yang lain. Perkara ini bertepatan dengan konsep tawakal yang sentiasa diterapkan kepada ahli PMRAM bagi menghasilkan generasi Rabbaniyah yang unggul. Oleh itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli bagi sama-sama mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita yang sedang dan akan menghadapi imtihan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW "Perumpamaan orang mukmin itu daripada sudut kasih sayang adalah seumpama satu jasad yang apabila sakit satu anggota badan, maka seluruh anggota lainnya akan turut merasa sakit dan berjaga malam." sumber |
Jenayah mesir meningkat?
Tidak dinafikan.jenayah di Mesir memang meningkat dari semasa ke semasa..Lagi-lagi apabila tiada tampuk pemerintahan sehingga bulan September tahun ini.Polis kini sudah mula beroperasi seperti biasa bagi membendung masalah jenayah yang melanda.
Namun ia tidak menjadikan bahawa pelajar tidak perlu dihantar bagi menimba ilmu yang Allah kurniakan di bumi Anbiya'.banyak ulama-ulama lahir di negara mesir dan idola sepanjang zaman . Syeikh Kutub,Syeikh Yusuf Qardawi , Sya'rawi dan lain-lain .ini membuktikan Azhar (Mesir melahirkan ramai tokoh terbilang dalam pengajian islam mahupun perubatan)
"Kini berita diakhbar banyak menceritakan tentang PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
tentang keselamatan..TAHNIAH!!! buat PMRAM kerana mengambil berat dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir.Namun jangan pula ada maksud kedua yang menjadikan pelajar yang ingin belajar di MESIR terhenti niat untuk menimba ilmu disini."
Dr. Usamah Al-Abd Rektor Universiti Al-Azhar Yang Baru
Dr. al-Abd merupakan professor dalam bidang Fiqh Islami yang telah menamatkan pengajiannya peringkat PhD bahagian Fiqh Perbandingan pada tahun 1985 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang). Beliau juga menuntut di jabatan yang sama ketika pengajian di peringkat master pada tahun 1981. Pada tahun 1975, beliau telah mencapai keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik) ijazah sarjana muda Fakulti Syariah dan Undang-undang. Kini, beliau berusia 62 tahun dan mempunyai seorang isteri dan beberapa orang anak.
Dr. al-Abd memulakan kerjaya akademiknya sebagai tenaga pengajar di Universiti al-Azhar sejak tahun 1976 lagi, dan pada masa yang sama berkhidmat di Fakulti Undang-undang, Universiti Mansurah. Kemudian telah berhijrah ke Kuwait dan berkhidmat di Fakulti Pendidikan Asas, Jabatan Am Pengajian Praktik tahun 1988 sehinggalah tahun 1994. Seterusnya berkhidmat pula di Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Kuwait sehingga tahun 2003 dan seterusnya di Akademi Polis Syeikh Saad juga di Kuwait. Selepas itu pulang semula untuk mencurahkan bakti di Universiti al-Azhar sebagai Timbalan Rektor universiti sebelum dilantik sebagai rektor baru-baru ini.
Kehebatan dari sudut keilmuan Dr. al-Abd dapat dilihat apabila beliau berjaya menulis lebih daripada 30 buah kitab dan kajian yang berkaitan hukum dengan muamalat dalam Fiqh Islam selain menyertai pelbagai perhimpunan ilmiah dan islamiah di Mesir dan juga luar negara. Beliau juga merupakan salah seorang pakar rujuk dalam penyediaan tesis master dan PhD di Universiti al-Azhar dan beberapa universiti Arab yang lain terutamanya di Kuwait.
Pejabat PMRAM DIBUKA SEMULA
Waktu tersebut dikeluarkan selepas melihat keadaan semasa negara Mesir yang masih kurang stabil selepas proses Revolusi 25 Januari tempoh hari. Pejabat PMRAM kembali dibuka untuk urusan selepas proses evakuasi besar-besaran yang dibuat oleh pihak kerajaan pusat atas dasar keselamatan rakyat Malaysia ketika Revolusi 25 Januari yang lalu.
Sebarang permasalahan tentang waktu urusan pejabat PMRAM, bolehlah terus menghubungi Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan di talian +20107158769 atau +20148546165.
www.pmram.org
Suasana sekitar Majlis Amanat Kerajaan Negeri Selangor
Kemudian majlis diserikan lagi dengan bacaan Al Quran oleh imam masjid Negeri , ucapan dari Dr Halimah Ali , Menteri Besar Selangor , Y.A.B TanSri Dato' Seri Khalid Ibrahim dan ucapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan.
Diantara amanat kerajaan negeri ialah kerajaan mengharapkan pelajar dapat tabah dan bersemangat dalam menghadapi dengan keadaan yang kini melanda di Mesir meskipun pulang ke negara Mesir yang masih tidak aman dan ketiadaan pemimpin.
Kerajaan juga mengharapkan supaya pelajar dapat menyumbangkan jasa kepada negeri selepas pelajar tamat pengajian di Mesir kelak .
Majlis diakhiri pada jam 6.30 petang dengan sedikit jamuan.
Maklumat terbaru Majlis Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor
Majlis Pelajar Bersama MB :
“Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Hari : Jumaat ( 4 Mac 2011)
Tempat : Dewan Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masa : 02.00 tengahari (Pendaftaran bermula)
06.00 petang (program berakhir)
Agenda : - Amanat dan info daripada MB Selangor ; YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan KepimpinanSelangor
- Penyerahan Passport dan dokumen berkaitan OPS Ehsan
- Semakan nama OPS Ehsan
- · Semua Pelajar diminta membawa bersama :
- Passport dan dua salinan passport muka hadapan
- Dua keping gambar berukuran passport berlatar belakang putih
- Kad pelajar dan dua salinan kad pelajar
- · Semua pelajar yang menuntut di Mesir dan ibubapa dijemput hadir
- · Diharap untuk hadir lebih awal bagi mengelak kesesakan di Hari Jumaat
- · Sebarang perubahan akan dimaklumkan
MAJLIS AMANAT MENTERI BESAR DAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA PELAJAR MESIR
TENTATIF PROGRAM
02.00 ptg : Pendaftaran Majlis Amanat Menteri Besar Selangor Bersama Pelajar Mesir
04.15 ptg : Kehadiran Dif-dif Kehormat
04.30 ptg : Ketibaan Menteri Besar
04.45 ptg : Solat Asar Berjemaah
05.00 ptg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Al-quran & Doa
: Ucapan Y.B Puan Dr. Hjh. Halimah Bt. Ali
: Ucapan Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
06.45 ptg : Minum Petang
07.00 ptg : Bersurai
Majlis Pelajar Bersama MB : “Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Majlis Pelajar Bersama MB :
“Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Hari : Jumaat ( 4 Mac 2011)
Tempat : Dewan Besar Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran bermula)
2.15 - 5.30 petang (Amanat Kepimpinan Selangor)
Agenda : - Amanat dan info daripada MB Selangor ; YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dan Kepimpinan Selangor

- Passport dan dua salinan passport

www.bkasm.org
VISA MESIR
waktu operasi : 10-12tghari isnin hingga khamis
bayaran visa 3 bulan RM67
keperluan yang perlu dibawa :
passport
duit RM67
gambar latar belakang putih
salinan muka depan passport
pen
tarikh pulang ke Mesir
Butiran yang diperlukan untuk memiliki @ memperbaharui visa

Pmram Pusat
Makluman Terkini : PEMBAHARUAN VISA
Untuk kepulangan pelajar-pelajar Mesir,setiap pelajar perlu memperbaharui @ memiliki visa terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak dibenarkan memasuki bumi Mesir.
Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Butiran yang diperlukan untuk memiliki @ memperbaharui visa :
1. Sekeping gambar pasport
2. Salinan muka depan pasport
3. Pasport
4. Bayaran RM 67.00 ( tempoh 3 bln shj )
5. Kad Pelajar ( diperlukan jika ada kes berkaitan shj )
Untuk proses tersebut terus ke Kedutaan Besar Mesir ke Malaysia, Jln Ampang,KL
http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=707&Itemid=422
Pemberitahuan !!!!
Bilik Operasi BPI JAIS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR
Pemberitahuan
kepada semua pelajar selangor yang berhajatkan pembayaran kerajaan selangor untuk pulang ke Mesir , sila daftarkan diri dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM , JAIS di kompleks MAIS Menara Selatan atau hubungi
No Tel :
03-5514 3520
03-5514 3534
03-5514 3538
Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.
Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.
Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
sumber: http://drhalimahali.blogspot.com/2011/02/ops-ehsan-pelajar-mesir-selangor.html
http://ilmam-prihatin.blogspot.com/
peranan wanita dalam menentukan halatuju ummah
Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa’ yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.
Peranan wanita dalam keluarga.
Jika dilihat peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya,
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( surah an-Nisaa’-ayat 58 ).
Di alaf baru ini, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai ibu di dalam rumahtangga. Secara hakikatnya peranan isteri adalah untuk mentadbir sesebuah keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru telah berlakunya perubahan tertentu yang meluaskan lagi skop peranan isteri.
Keterlibatan dan kesibukkan wanita dalam dunia pekerjaan, peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka.. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka.Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan;
" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi" (Al-Hadis).
Tidak dinafikan bahawa kaum wanita juga merupakan pencorak dan pemberi imej kepada sesuatu bangsa dan masyarakat. Kaum wanita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat amat digalakkan untuk turut sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan negara demi kepentingan ugama dan ummah dengan syarat kaum wanita mampu menghindari diri daripada tergadai maruah dan kehormatan serta dapat menjaga kesucian ugama Islam. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala :
Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Surah At-Taubah, ayat 71 ).
Wanita dan kerjaya
Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai ‘kerja dan jaya’. Jika kaum adam mempunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa , mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu di lakukan.
Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang di tentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar’ie, tetapi secara amnya, islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syara’ telah memberu peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kebanyakkan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan.Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.
Peranan wanita dalam mayarakat.
Wanita berperanan untuk melibatkan diri dalam bidang sosial, kaum wanita juga berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani.Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan Negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang.
Oleh yang demikian, untuk mencapai hadaf dalam membentuk hala tuju ummah, selaku wanita islam perlulah berketerampilan seperti kaum lelaki. Wanita dan lelaki adalah saling memerlukan, bekerjasama dan membantu dalam membina pembangunana ummah. Marilah kita sama-sama bangun dan berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah islam dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan kemenangan dari Azzawajalla..
Disediakan oleh :
Hanisah Bt Muslim
Ramah Mesra bersama DATO'

Ramah mesra yang dijalankan di dewan solah kamil di hayyu sadis (H6) mendapat sambutan dikalangan mahasiswa islam & perubatan walaupun berada dalam fasa imtihan di Azhar yang dijangkakan pada 1.1.2011 ini.
Semangat dan komitmen pelajar dalam menjayakan program anjuran Pejabat Hal Ehwal Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) memberikan semangat dan kepercayaan kepada kerajaan negeri Selangor di Malaysia kelak.
Seramai 600 pelajar hadir pada malam semalam dan antara intipati yang boleh diambil ketika program berlangsung ialah PMRAM DAN BKASM adalah persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri.Yang ke2,apabila balik kelak , Jangan lupa untuk berkhidmat untuk masyarakat kelak disebabkan kita memerlukan hampir 2500 imam disetiap masjid untuk memberikan tazkirah dan Islamic circle adalah wajib bagi pelajar yang belajar di Mesir.Tanpa IC (islamic Circle) , mahsiswa akan hilang punca arah.
Dato juga mengalu-alukan Pegawai Hal ehwal Pelajar baru , Ust Farizan Subhi yang baru bertugas di perlembahan nil sejar 2 minggu yang lalu.Dato mengharapkan Komitmen pelajar dalam membantu tugasan Ust Farizan di perlembahan Nil ini
Dalam program tersebut , turut dilancarkan gimik KPI (key performence indicator) bagi membuktikan prestasi mahasiswa/wi yang berlajar di Mesir adalah kedepan dan mengikuti isu yang berada di Mesir dan Malaysia.
akhirnya Dato' dan ahli rombongan mengharapkan mahasiswa/wi supaya kita dapat berbakti untuk sendiri , keluarga , masyarakat , negeri , kerajaan dan umumnya dunia.Moga Allah memberikan kekuatan dalam dada kita semua..wallahu 'alam
Usah lenyapkan SENSITIVITI kita keatas ARMA

Isu ARMA yang masih diperjuangkan sehingga kini merupakan isu mengenai dengan hak. Ia bukan semata-mata isu menagih simpati di kalangan ahli. Perjuangan yang didokongi abang-abang lama mesti dipertahankan dan dibuktikan kesungguhan perjuangan kita dengan mendapatkan kembali tempat iaitu di anjung ARMA sebagai pejabat tempat beroperasi PMRAM.
Sudah berulang kali isu ARMA ini dilaungkan, namun sensitivti ke atasnya masih kurang dan suram, tidak seperti yang diharapkan. Suasana kebangkitan ahli sebagaimana pada tahun PMRAM mahu diusir daripada ARMA masih belum dapat dirasai kini. Bahkan bahangnya turut tidak dirasai.
Isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja di kalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM selama 80 tahun ini. Bahkan semakin ramai yang membisu walaupun fakta berkenaan dengan ARMA cuba diselewengkan di hadapan mata.
Usah mendabik dada mengatakan kita ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dengan sepenuhnya sebelum ARMA dapat digenggam kembali.
Kini suasana PMRAM di ARMA langsung tiada walau sekali. Sudah bertahun-tahun ARMA semakin menyepi dan jauh daripada kesatuan PMRAM yang merupakan persatuan induk dan gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.
ARMA sebenarnya masih menanti kembalinya semangat 65 sukarelawan terdahulu dan suara yang lantang dalam memperjuangkan isu ini untuk bangkit bersama-sama. ARMA pasti lemah dan tidak berharga tanpa kehadiran mahasiswa/wi Islam yang membawa imej PMRAM. Bertahun-tahun ARMA suram ekoran aura PMRAM yang tidak kelihatan.
Tidak pasti mana kurangnya dan apa lemahnya sehinggakan isu kini yang dahulu hangat diperjuangkan kini semakin suram. Ayuh, hangatkan kembali isu ini di bibir-bibir mahasiswa/wi Islam dan di dada-dada laman maya masing-masing. Usah lenyapkan sensitiviti ke atas ARMA.
Disediakan Oleh : Unit Panitia ARMA 2010
sumber asli : pmram.org
XPERT 2011 Kembali
Sumbangan PMRAM - rakyat Malaysia di Mesir
Mengimbas kembali kronologi penubuhan DPM yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Al-Azhar cawangan, membuktikan bahawa kebajikan yang dijanjikan oleh PMRAM bukanlah satu retorik semata-mata. Malahan ia menunjukkan PMRAM benar-benar memaksudkan laungan “Satu Fikrah Satu Amal”.
Dewan Perwakilan Mahasiswa atau ringkasannya DPM seperti yang telah diketahui adalah merupakan organisasi pentadbiran di peringkat cawangan yang mewakili PMRAM Pusat. Tujuan penubuhannya adalah bagi memantau permasalahan yang berlaku di peringkat cawangan sama ada permasalahan tersebut berkaitan pengurusan di kuliah mahupun di luar kuliah. Tujuan lain adalah untuk memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam yang menuntut di Mesir.
Berikut adalah kronologi Agung penubuhan PMRAM dan DPM:-
1930 : Penubuhan Putera-putera Semenanjung.
1958 : PMM mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaan di Mesir.
1960 : Kedutaan besar Malaysia diwujudkan hasil desakan PMM.
1971 : Pertukaran nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
1991 : Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi pertama di cawangan Al- Azhar,Iskandariah.
1992 : Menghantar mahasiswa ke cawangan Al-Azhar di Tanta, Damanhur, Shibinn El-Kom Dan mansurah.
1993 –
2009 : PMRAM mewakili Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dalam mambantu menguruskan penghantaran pelajar-pelajar baru dari BAKAN masing-masing ke Universiti Al-Azhar cawangan. Oleh yang demikian satu lajnah khas ditubuhkan oleh PMRAM bagi memudahkan lagi proses penghantaran pelajar-pelajar baru tersebut. Maka Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) mula ditubuhkan.
2010 : PMRAM hanya menumpukan kepada perlaksanaan program Minggu Pengetahuan Silaturrahim (MPS) peringkat PMRAM sahaja. Hal ini berikutan keberjayaan usaha pihak JPMK dalam menidakkan kehadiran mahasiswa baru ke university di cawangan bermula pada tahun ini.
Kronologi yang dipaparkan diatas membuktikan kesungguhan perjuangan PMRAM bagi membantu mahasiswa tanpa membezakan ideologi atau pemikiran. Namun, alangkah sedihnya apabila terdapat beberapa pihak yang sepatutnya bersama-sama mendokong usaha murni ini telah mengkhianati agenda yang ingin dibawa oleh PMRAM. Pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan kesatuan ini sehingga sanggup menafikan hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa Malaysia walhal kewujudan mereka sebenarnya adalah terhasil daripada desakan mahasiswa sendiri.
Bersambung……..
Carta organisasi BKASM 2010/2011
Kenyataan Rasmi KPT Mesir
| | | | |
| KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir. Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini: 1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK. 2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatan ahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir. 3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya. 4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu. Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga. Sekian, terima kasih. “BERILMU DAN BERAMAL” “KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH” MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR Yang Dipertua, Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir, sesi 2010/2011. sumber |
Pages
Total Pageviews
Categories
Popular Posts
-
Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. ...
-
apa nak jadi dengan dunia kini..anak adalah anugerah Allah yang terbaik buat pasangan yang sudah berkahwin..namun bagaimana ibubapa mencorak...
-
KCB baru.. Setelah Sukses menayangkan KCB Spesial Ramadhan, Sinemart pictures bekerja sama dengan RCTI kembali Menayangkan Serial KCB dala...
-
Miss Thompson, who owns a farm in Tupperville, Ontario, measured 10-year-old Poe at 20.2 hands – or 80.8 inches. The current world record ho...
-
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilm...
07 November 2011
sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Mesir
kita berkorban sepertimana Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Sulaiman a.s bukan dari segi harta bahkan tenaga dan diri untuk islam tercinta
24 August 2011
08 May 2011
PMRAM mendoakan kejayaan buat pelajar qiraat dan buuth
Di samping itu, PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiwa bagi mempertingkatkan hubungan bersama Allah Taala, memperbaiki hubungan sesama sahabat handai, memperbanyakkan muhasabah diri dan ibadah kerohanian yang lain. Perkara ini bertepatan dengan konsep tawakal yang sentiasa diterapkan kepada ahli PMRAM bagi menghasilkan generasi Rabbaniyah yang unggul. Oleh itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli bagi sama-sama mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita yang sedang dan akan menghadapi imtihan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW "Perumpamaan orang mukmin itu daripada sudut kasih sayang adalah seumpama satu jasad yang apabila sakit satu anggota badan, maka seluruh anggota lainnya akan turut merasa sakit dan berjaga malam." sumber |
07 May 2011
Jenayah mesir meningkat?
Tidak dinafikan.jenayah di Mesir memang meningkat dari semasa ke semasa..Lagi-lagi apabila tiada tampuk pemerintahan sehingga bulan September tahun ini.Polis kini sudah mula beroperasi seperti biasa bagi membendung masalah jenayah yang melanda.
Namun ia tidak menjadikan bahawa pelajar tidak perlu dihantar bagi menimba ilmu yang Allah kurniakan di bumi Anbiya'.banyak ulama-ulama lahir di negara mesir dan idola sepanjang zaman . Syeikh Kutub,Syeikh Yusuf Qardawi , Sya'rawi dan lain-lain .ini membuktikan Azhar (Mesir melahirkan ramai tokoh terbilang dalam pengajian islam mahupun perubatan)
"Kini berita diakhbar banyak menceritakan tentang PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
tentang keselamatan..TAHNIAH!!! buat PMRAM kerana mengambil berat dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir.Namun jangan pula ada maksud kedua yang menjadikan pelajar yang ingin belajar di MESIR terhenti niat untuk menimba ilmu disini."
08 April 2011
Dr. Usamah Al-Abd Rektor Universiti Al-Azhar Yang Baru
Dr. al-Abd merupakan professor dalam bidang Fiqh Islami yang telah menamatkan pengajiannya peringkat PhD bahagian Fiqh Perbandingan pada tahun 1985 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang). Beliau juga menuntut di jabatan yang sama ketika pengajian di peringkat master pada tahun 1981. Pada tahun 1975, beliau telah mencapai keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik) ijazah sarjana muda Fakulti Syariah dan Undang-undang. Kini, beliau berusia 62 tahun dan mempunyai seorang isteri dan beberapa orang anak.
Dr. al-Abd memulakan kerjaya akademiknya sebagai tenaga pengajar di Universiti al-Azhar sejak tahun 1976 lagi, dan pada masa yang sama berkhidmat di Fakulti Undang-undang, Universiti Mansurah. Kemudian telah berhijrah ke Kuwait dan berkhidmat di Fakulti Pendidikan Asas, Jabatan Am Pengajian Praktik tahun 1988 sehinggalah tahun 1994. Seterusnya berkhidmat pula di Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Kuwait sehingga tahun 2003 dan seterusnya di Akademi Polis Syeikh Saad juga di Kuwait. Selepas itu pulang semula untuk mencurahkan bakti di Universiti al-Azhar sebagai Timbalan Rektor universiti sebelum dilantik sebagai rektor baru-baru ini.
Kehebatan dari sudut keilmuan Dr. al-Abd dapat dilihat apabila beliau berjaya menulis lebih daripada 30 buah kitab dan kajian yang berkaitan hukum dengan muamalat dalam Fiqh Islam selain menyertai pelbagai perhimpunan ilmiah dan islamiah di Mesir dan juga luar negara. Beliau juga merupakan salah seorang pakar rujuk dalam penyediaan tesis master dan PhD di Universiti al-Azhar dan beberapa universiti Arab yang lain terutamanya di Kuwait.
21 March 2011
Pejabat PMRAM DIBUKA SEMULA
Waktu tersebut dikeluarkan selepas melihat keadaan semasa negara Mesir yang masih kurang stabil selepas proses Revolusi 25 Januari tempoh hari. Pejabat PMRAM kembali dibuka untuk urusan selepas proses evakuasi besar-besaran yang dibuat oleh pihak kerajaan pusat atas dasar keselamatan rakyat Malaysia ketika Revolusi 25 Januari yang lalu.
Sebarang permasalahan tentang waktu urusan pejabat PMRAM, bolehlah terus menghubungi Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan di talian +20107158769 atau +20148546165.
www.pmram.org
04 March 2011
Suasana sekitar Majlis Amanat Kerajaan Negeri Selangor
Kemudian majlis diserikan lagi dengan bacaan Al Quran oleh imam masjid Negeri , ucapan dari Dr Halimah Ali , Menteri Besar Selangor , Y.A.B TanSri Dato' Seri Khalid Ibrahim dan ucapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan.
Diantara amanat kerajaan negeri ialah kerajaan mengharapkan pelajar dapat tabah dan bersemangat dalam menghadapi dengan keadaan yang kini melanda di Mesir meskipun pulang ke negara Mesir yang masih tidak aman dan ketiadaan pemimpin.
Kerajaan juga mengharapkan supaya pelajar dapat menyumbangkan jasa kepada negeri selepas pelajar tamat pengajian di Mesir kelak .
Majlis diakhiri pada jam 6.30 petang dengan sedikit jamuan.
03 March 2011
Maklumat terbaru Majlis Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor
Majlis Pelajar Bersama MB :
“Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Hari : Jumaat ( 4 Mac 2011)
Tempat : Dewan Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masa : 02.00 tengahari (Pendaftaran bermula)
06.00 petang (program berakhir)
Agenda : - Amanat dan info daripada MB Selangor ; YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan KepimpinanSelangor
- Penyerahan Passport dan dokumen berkaitan OPS Ehsan
- Semakan nama OPS Ehsan
- · Semua Pelajar diminta membawa bersama :
- Passport dan dua salinan passport muka hadapan
- Dua keping gambar berukuran passport berlatar belakang putih
- Kad pelajar dan dua salinan kad pelajar
- · Semua pelajar yang menuntut di Mesir dan ibubapa dijemput hadir
- · Diharap untuk hadir lebih awal bagi mengelak kesesakan di Hari Jumaat
- · Sebarang perubahan akan dimaklumkan
MAJLIS AMANAT MENTERI BESAR DAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA PELAJAR MESIR
TENTATIF PROGRAM
02.00 ptg : Pendaftaran Majlis Amanat Menteri Besar Selangor Bersama Pelajar Mesir
04.15 ptg : Kehadiran Dif-dif Kehormat
04.30 ptg : Ketibaan Menteri Besar
04.45 ptg : Solat Asar Berjemaah
05.00 ptg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Al-quran & Doa
: Ucapan Y.B Puan Dr. Hjh. Halimah Bt. Ali
: Ucapan Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
06.45 ptg : Minum Petang
07.00 ptg : Bersurai
02 March 2011
Majlis Pelajar Bersama MB : “Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Majlis Pelajar Bersama MB :
“Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”
Hari : Jumaat ( 4 Mac 2011)
Tempat : Dewan Besar Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran bermula)
2.15 - 5.30 petang (Amanat Kepimpinan Selangor)
Agenda : - Amanat dan info daripada MB Selangor ; YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dan Kepimpinan Selangor
- Penyerahan Passport dan dokumen berkaitan OPS Ehsan
- Semakan nama OPS Ehsan
- · Semua Pelajar diminta membawa bersama :
- Passport dan dua salinan passport
- Dua keping gambar berukuran passport berlatar belakang putih
- Kad pelajar dan dua salinan kad pelajar
- · Semua pelajar yang menuntut di Mesir dan ibubapa dijemput hadir
- · Diharap untuk hadir lebih awal bagi mengelak kesesakan di Hari Jumaat
- · Sebarang perubahan akan dimaklumkan
www.bkasm.org
VISA MESIR
waktu operasi : 10-12tghari isnin hingga khamis
bayaran visa 3 bulan RM67
keperluan yang perlu dibawa :
passport
duit RM67
gambar latar belakang putih
salinan muka depan passport
pen
tarikh pulang ke Mesir
28 February 2011
Butiran yang diperlukan untuk memiliki @ memperbaharui visa

Pmram Pusat
Makluman Terkini : PEMBAHARUAN VISA
Untuk kepulangan pelajar-pelajar Mesir,setiap pelajar perlu memperbaharui @ memiliki visa terlebih dahulu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak dibenarkan memasuki bumi Mesir.
Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Butiran yang diperlukan untuk memiliki @ memperbaharui visa :
1. Sekeping gambar pasport
2. Salinan muka depan pasport
3. Pasport
4. Bayaran RM 67.00 ( tempoh 3 bln shj )
5. Kad Pelajar ( diperlukan jika ada kes berkaitan shj )
Untuk proses tersebut terus ke Kedutaan Besar Mesir ke Malaysia, Jln Ampang,KL
http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=707&Itemid=422
27 February 2011
Pemberitahuan !!!!
Bilik Operasi BPI JAIS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR
Pemberitahuan
kepada semua pelajar selangor yang berhajatkan pembayaran kerajaan selangor untuk pulang ke Mesir , sila daftarkan diri dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM , JAIS di kompleks MAIS Menara Selatan atau hubungi
No Tel :
03-5514 3520
03-5514 3534
03-5514 3538
Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.
Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.
Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
sumber: http://drhalimahali.blogspot.com/2011/02/ops-ehsan-pelajar-mesir-selangor.html
http://ilmam-prihatin.blogspot.com/
15 February 2011
peranan wanita dalam menentukan halatuju ummah
Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa’ yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.
Peranan wanita dalam keluarga.
Jika dilihat peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya,
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( surah an-Nisaa’-ayat 58 ).
Di alaf baru ini, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai ibu di dalam rumahtangga. Secara hakikatnya peranan isteri adalah untuk mentadbir sesebuah keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru telah berlakunya perubahan tertentu yang meluaskan lagi skop peranan isteri.
Keterlibatan dan kesibukkan wanita dalam dunia pekerjaan, peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka.. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka.Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan;
" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi" (Al-Hadis).
Tidak dinafikan bahawa kaum wanita juga merupakan pencorak dan pemberi imej kepada sesuatu bangsa dan masyarakat. Kaum wanita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat amat digalakkan untuk turut sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan negara demi kepentingan ugama dan ummah dengan syarat kaum wanita mampu menghindari diri daripada tergadai maruah dan kehormatan serta dapat menjaga kesucian ugama Islam. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala :
Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Surah At-Taubah, ayat 71 ).
Wanita dan kerjaya
Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai ‘kerja dan jaya’. Jika kaum adam mempunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa , mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu di lakukan.
Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang di tentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar’ie, tetapi secara amnya, islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syara’ telah memberu peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kebanyakkan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan.Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.
Peranan wanita dalam mayarakat.
Wanita berperanan untuk melibatkan diri dalam bidang sosial, kaum wanita juga berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani.Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan Negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang.
Oleh yang demikian, untuk mencapai hadaf dalam membentuk hala tuju ummah, selaku wanita islam perlulah berketerampilan seperti kaum lelaki. Wanita dan lelaki adalah saling memerlukan, bekerjasama dan membantu dalam membina pembangunana ummah. Marilah kita sama-sama bangun dan berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah islam dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan kemenangan dari Azzawajalla..
Disediakan oleh :
Hanisah Bt Muslim
27 December 2010
Ramah Mesra bersama DATO'

Ramah mesra yang dijalankan di dewan solah kamil di hayyu sadis (H6) mendapat sambutan dikalangan mahasiswa islam & perubatan walaupun berada dalam fasa imtihan di Azhar yang dijangkakan pada 1.1.2011 ini.
Semangat dan komitmen pelajar dalam menjayakan program anjuran Pejabat Hal Ehwal Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) memberikan semangat dan kepercayaan kepada kerajaan negeri Selangor di Malaysia kelak.
Seramai 600 pelajar hadir pada malam semalam dan antara intipati yang boleh diambil ketika program berlangsung ialah PMRAM DAN BKASM adalah persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri.Yang ke2,apabila balik kelak , Jangan lupa untuk berkhidmat untuk masyarakat kelak disebabkan kita memerlukan hampir 2500 imam disetiap masjid untuk memberikan tazkirah dan Islamic circle adalah wajib bagi pelajar yang belajar di Mesir.Tanpa IC (islamic Circle) , mahsiswa akan hilang punca arah.
Dato juga mengalu-alukan Pegawai Hal ehwal Pelajar baru , Ust Farizan Subhi yang baru bertugas di perlembahan nil sejar 2 minggu yang lalu.Dato mengharapkan Komitmen pelajar dalam membantu tugasan Ust Farizan di perlembahan Nil ini
Dalam program tersebut , turut dilancarkan gimik KPI (key performence indicator) bagi membuktikan prestasi mahasiswa/wi yang berlajar di Mesir adalah kedepan dan mengikuti isu yang berada di Mesir dan Malaysia.
akhirnya Dato' dan ahli rombongan mengharapkan mahasiswa/wi supaya kita dapat berbakti untuk sendiri , keluarga , masyarakat , negeri , kerajaan dan umumnya dunia.Moga Allah memberikan kekuatan dalam dada kita semua..wallahu 'alam
20 December 2010
Usah lenyapkan SENSITIVITI kita keatas ARMA

Isu ARMA yang masih diperjuangkan sehingga kini merupakan isu mengenai dengan hak. Ia bukan semata-mata isu menagih simpati di kalangan ahli. Perjuangan yang didokongi abang-abang lama mesti dipertahankan dan dibuktikan kesungguhan perjuangan kita dengan mendapatkan kembali tempat iaitu di anjung ARMA sebagai pejabat tempat beroperasi PMRAM.
Sudah berulang kali isu ARMA ini dilaungkan, namun sensitivti ke atasnya masih kurang dan suram, tidak seperti yang diharapkan. Suasana kebangkitan ahli sebagaimana pada tahun PMRAM mahu diusir daripada ARMA masih belum dapat dirasai kini. Bahkan bahangnya turut tidak dirasai.
Isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja di kalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM selama 80 tahun ini. Bahkan semakin ramai yang membisu walaupun fakta berkenaan dengan ARMA cuba diselewengkan di hadapan mata.
Usah mendabik dada mengatakan kita ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dengan sepenuhnya sebelum ARMA dapat digenggam kembali.
Kini suasana PMRAM di ARMA langsung tiada walau sekali. Sudah bertahun-tahun ARMA semakin menyepi dan jauh daripada kesatuan PMRAM yang merupakan persatuan induk dan gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.
ARMA sebenarnya masih menanti kembalinya semangat 65 sukarelawan terdahulu dan suara yang lantang dalam memperjuangkan isu ini untuk bangkit bersama-sama. ARMA pasti lemah dan tidak berharga tanpa kehadiran mahasiswa/wi Islam yang membawa imej PMRAM. Bertahun-tahun ARMA suram ekoran aura PMRAM yang tidak kelihatan.
Tidak pasti mana kurangnya dan apa lemahnya sehinggakan isu kini yang dahulu hangat diperjuangkan kini semakin suram. Ayuh, hangatkan kembali isu ini di bibir-bibir mahasiswa/wi Islam dan di dada-dada laman maya masing-masing. Usah lenyapkan sensitiviti ke atas ARMA.
Disediakan Oleh : Unit Panitia ARMA 2010
sumber asli : pmram.org
16 December 2010
14 December 2010
17 November 2010
Sumbangan PMRAM - rakyat Malaysia di Mesir
Mengimbas kembali kronologi penubuhan DPM yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Al-Azhar cawangan, membuktikan bahawa kebajikan yang dijanjikan oleh PMRAM bukanlah satu retorik semata-mata. Malahan ia menunjukkan PMRAM benar-benar memaksudkan laungan “Satu Fikrah Satu Amal”.
Dewan Perwakilan Mahasiswa atau ringkasannya DPM seperti yang telah diketahui adalah merupakan organisasi pentadbiran di peringkat cawangan yang mewakili PMRAM Pusat. Tujuan penubuhannya adalah bagi memantau permasalahan yang berlaku di peringkat cawangan sama ada permasalahan tersebut berkaitan pengurusan di kuliah mahupun di luar kuliah. Tujuan lain adalah untuk memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam yang menuntut di Mesir.
Berikut adalah kronologi Agung penubuhan PMRAM dan DPM:-
1930 : Penubuhan Putera-putera Semenanjung.
1958 : PMM mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaan di Mesir.
1960 : Kedutaan besar Malaysia diwujudkan hasil desakan PMM.
1971 : Pertukaran nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
1991 : Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi pertama di cawangan Al- Azhar,Iskandariah.
1992 : Menghantar mahasiswa ke cawangan Al-Azhar di Tanta, Damanhur, Shibinn El-Kom Dan mansurah.
1993 –
2009 : PMRAM mewakili Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dalam mambantu menguruskan penghantaran pelajar-pelajar baru dari BAKAN masing-masing ke Universiti Al-Azhar cawangan. Oleh yang demikian satu lajnah khas ditubuhkan oleh PMRAM bagi memudahkan lagi proses penghantaran pelajar-pelajar baru tersebut. Maka Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) mula ditubuhkan.
2010 : PMRAM hanya menumpukan kepada perlaksanaan program Minggu Pengetahuan Silaturrahim (MPS) peringkat PMRAM sahaja. Hal ini berikutan keberjayaan usaha pihak JPMK dalam menidakkan kehadiran mahasiswa baru ke university di cawangan bermula pada tahun ini.
Kronologi yang dipaparkan diatas membuktikan kesungguhan perjuangan PMRAM bagi membantu mahasiswa tanpa membezakan ideologi atau pemikiran. Namun, alangkah sedihnya apabila terdapat beberapa pihak yang sepatutnya bersama-sama mendokong usaha murni ini telah mengkhianati agenda yang ingin dibawa oleh PMRAM. Pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan kesatuan ini sehingga sanggup menafikan hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa Malaysia walhal kewujudan mereka sebenarnya adalah terhasil daripada desakan mahasiswa sendiri.
Bersambung……..
31 October 2010
30 October 2010