Kronologi kematangan Dunia Arab

24 February 2011
Revolusi Tunisia memainkan peranan penting dalam menegakkan keadilan terhadap rakyat.sehinggakan mereka percaya dengan kekuatan mereka mampu menjatuhkan rejim Ben Ali yang banyak menindas rakyat,membolot harta negara dan lain-lain.

Dengan takdir Allah, rejim ini tumbang dan Presidennya serta keluarganya lari ke negara arab saudi untuk perlindungan.Kenapa beliau memilih arab saudi?tidak memilih negara eropah atau amerika?apakah ini salah satu taktik untuk melepaskan diri atau tidak dikenakan hukuman mahkamah dunia?perkara ini perlu difikirkan bersama sebab dan musabab yang mendatang

Setelah jatuhnya rejim Tunisia,banyak negara arab menjadikan Tunisia sebagai inspirasi.Mesir adalah salah negara yang terus memainkan peranannya menuntut haknya.Mesir menjadi tumpuan seluruh negara mahupun berita kerana Mesir adalah negara yang menjadi pusat ilmuan ,ekonomi dan lain-lain.Negara yang paling takut dengan rusuhan ini adalah Israel dan Amerika.sehinggakan mereka membuat perbincangan di dalam berita satelit.Mereka risau dengan parti yang lain menguasai mesir dalam pilihanraya bulan 9 ini.

2 pemuda yang menjadi kekuatan revolusi ini adalah Wael Ghonim(gambar diatas).beliau sanggup menggadaikan kariernya sebagai executif google untuk berjuang bersama -sama negara.Beliau juga pernah ditahan oleh polis dan dibebaskan setelah beberapa minggu dalam tahanan.Bukan sahaja dikalangan remaja yang bergerak dalam revolusi ini,bahkan Syeikh Al azhar , peniaga , penjaga , penyanyi , pelajar , kanak-kanak juga terlibat dalam revolusi 25 Januari yang lepas.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/7/72/Tahrir_Square_on_February_8_2011.png
Presiden Husni Mubarak telah meletakkan jawatannya selepas 18hari berdemontrasi dimedan Tahrir .Perletakkannya telah diganti dengan pemerintahan tentera sehingga bulan 9(waktu akan diadakan pilihanraya ).Buat masa ini pemerintah yang sedia ada memohon agar rakyatnya membaiki ekonomi Mesir dengan cepat.(rm1=le1.9 kejatuhan yang mendadak,sebelum ini rm1=le1.6)

kini,Libya negara yang diperintah oleh Muammar al Gaddafi..siapa tak kenal akan Gaddafi..berliau telah memerintah lebih 40 tahun di libya.beliau dahulu adalah Kolonel (dalam askar) dan seangkatan dengan pemerintah dengan Jamal Abdul Naser(pemerintah mesir sebelum Hosni)

Sehingga kini beliau (yang lahir pada tahun 1942) menentang pemberontakan dijalanan dan di masjid,menyelongkar dan mencari pemberontak hingga ke kawasan awam.Beliau mengatakan bahawa beliau akan terus meneraju libya dan sanggup mati melawan rakyat.Dr Yusof al Qardawi menfatwakan bahawa darah beliau halal dibunuh kerana telah membunuh rakyat dengan sengaja semasa rusuhan ini.

Campurtangan dunia luar
siapa yang selalu mencampuri hal - hal negara lain? Amerika? Israel? Russia ? Eropah? China? German?negara -negara yang mempunyai kuasa veto? PBB? para mubaligh kristian? paramedic?

Apakah peranan kita?
  1. Mengetahui isu semasa yang sedang dan akan berlaku didunia
  2. Membantu mereka dari segi fizikal dan mental
  3. Membuat kajian tentang keadaan semasa(seandainya berlaku,apa yang patut kita lakukan)
  4. Sentiasa cuba mengawal masalah bukan lari dari masalah(Ketika diistiharkan darurat)
  5. Sebarkan melalui facebook,blog,twitter dan lain-lain

Anda mampu mengubahnya

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket