LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH(BKASM)

29 July 2008
untuk makluman lanjut..layari
http://isramikraaj.blogspot.com/

NATIJAH DAH HAMPIR KELUAR !!!

28 July 2008
Assalamualaikum...
Sahabat-sahabatku yang berada diPerlembahan Nil dan Malaysia...moga diberkati Allah disamping mad'u sekalian...

Alhamdullilllah...fengan nikmat Allah kita masih lagi berada di bulan REJAB dan sudah hampir masuk ke bulan Syaaban...manfaatkan bulan ini dengan amalan yang tayyibah wa hasanah seperti dalam usrah ana "amar maaruf nahyu anil mungkar"moga kita buat dalam kehidupan seharian..
berkenaan dengan natijah-keputusan peperiksaan Al-azhar...sesetengah pelajar sudah dapat natijah mereka...alhamdullilah...siapa yang usaha dapatlah hasilnya...kerana tanpa usaha takkan dapatlah natijah yang baik=manusia perlu iktiar untuk sesuatu bendadan tawakkal=Ahli sunnah wal Jamaah

seram jugak nak tahu natijah yang bakal keluar ni....dengarnya syariah lagi 2 minggu lagi,lughah dah kluar,usul tak tau la bila...
takpe...yang penting perlulah tawakkal kepada Allah moga dipermudahkan perjalanan Alazhari yang daif ni...amin ya RAbb

bagi mereka yang lulus..moga-moga Allah memberikan keutuhan kamu dalam semua perkara...ditabahkan diri dan bantulah rakan rakan yang lain...moga mereka ini tidak menyesal datang ke Al Azhar...

bagi mereka yang tidak lulus pula..jangan putus asa..sesungguhnya perjuangan anda tiddak berakhir dan tamat disini malah Allah sengaja menguji hambanya supaya tabah,cekal,menerima ujian,istimah dan sebagainya yang tiada pada orang lain..semoga ini menjadi anda seorang ulama pada masa akan datang yang akan menegakkan kalimah Allah dibumi ini..amin

harapan anda agar anda dapat mendoakan ana supaya najah dalam imtihan ini....supaya ana dapat ilmu baru pada tahun berikutnya..rabbi sahla ma ja'altahu sahlah..amin

Klasifikasi jihad

24 July 2008
Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 71

Klasifikasi jihad

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah (menuju sasaran dengan tepat). Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah. Ingatlah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah memanah."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

"Ajarlah anak-anak kamu memanah dan berenang." Ini kerana kedua-duanya merupakan kekuatan yang membolehkan seseorang itu menunaikan kewajipan jihad untuk menegakkan agama Allah.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang beriman yang ikhlas di kalangan umat Muhammad s.a.w. supaya mereka berjihad menentang orang-orang kafir, keluar pada jalan Allah untuk mempertahankan hukum syariat.

Sementara itu jihad pula terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, fardhu 'ain dan kedua, fardhu kifayah. Menjadi fardhu 'ain apabila musuh sudah masuk ke dalam negeri orang Islam ataupun musuh berada di sempadan negeri orang Islam dalam beberapa marhalah (jarak yang terlalu hampir dengan sempadan), menandakan bahawa musuh akan menyerang pada bila-bila masa sahaja negeri berkenaan. Jihad di waktu itu menjadi fardhu 'ain ke atas setiap orang Islam yang mampu memikul senjata.

Jihad fardhu kifayah pula berlaku apabila Islam mencapai kemenangan di mana mesti ada rombongan di kalangan orang Islam yang keluar berjihad menentang musuh-musuh Allah yang menghalang dakwah atau agama-Nya dari disebarluaskan ke seluruh pelosok dunia.

Kewajipan ini diamanahkan kepada orang Islam, menyerang orang-orang yang zalim di dunia ini bukan tanggungjawab Amerika atau mana-mana pemerintah yang memusuhi Islam dan umatnya.

Menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam mendirikan kerajaan yang kuat dengan menegakkan syariat Islam dan seterusnya mengajar negeri-negeri yang zalim, memberi perlindungan kepada orang yang dizalimi sekaligus mengajak manusia beriman kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak."

(Surah an-Nisa': 71)

Keluar secara berpasukan untuk menyerang mengikut arahan ketua. setengah ulama' berpendapat antaranya Ibnu Faris, perkataan 'an-Nafar' (berpuak-puak) jumlahnya ialah antara tiga hingga 10 orang.

Yang penting di sini ialah apa yang dimaksudkan dengan ayat ini iaitu keluar berperang secara berpasukan.

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Atau keluarlah kamu secara beramai-ramai."

(Surah an-Nisa' : 71)

Apabila diperintah oleh ketua tentera supaya menyerang musuh-musuh Allah serentak secara beramai-ramai , hendaklah kamu mematuhi arahan itu.

Amalan ini dipraktikkan oleh bala tentera Islam bersama-sama Rasulullah s.a.w. Mereka keluar beramai-ramai atau ditugaskan secara berpasukan (Sariyyah) dihantar untuk meninjau, mengintip dan menyerang musuh kemudian lari menyembunyikan diri bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka di samping pelbagai taktik peperangan lain yang dilaksanakan oleh tentera Islam.

Hikmat di sebalik perundangan Islam

Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 92

Hikmat di sebalik perundangan Islam

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisa': 92)

Ertinya jangan sesiapa menunjukkan yang dia lebih mengetahui dengan cara mencari, mereka cipta dan me-laksanakan undang-undang selain undang-undang Allah SWT. Undang-undang Allah sahaja boleh mencegah berlakunya pembunuhan dan mendamaikan permusuhan keluarga.

Apabila hukuman begitu berat dilaksanakan, orang ramai berhati-hati melakukan sesuatu perkara supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Manusia sukar untuk berbunuh-bunuhan walaupun mereka memiliki senjata yang boleh membunuh manusia.

Mereka berhati-hati kerana takut kepada dosa dan denda yang terlalu besar di kenakan ke atas kesalahan yang dilakukan. Denda yang dikenakan itu dibayar kepada keluarga si mati manakala keluarga itu pula berhak memaafkan si pesalah atau sebaliknya. Bererti ada ruang perdamaian diberikan syarak kepada pihak-pihak terbabit.

Bagaimanapun jika keluarga berkenaan berkehendakkan ganti rugi, si pesalah mestilah membayar diat itu dengan jumlah yang banyak dan dengan berkat dari Allah SWT sedangkan keberkatan itu tiada pada undang-undang lain.

Di samping itu, hukuman berkenaan boleh menghilangkan rasa permusuhan dan membangkitkan rasa kasih sayang di antara satu sama lain.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa membunuh orang yang beriman dengan sengaja maka balasannya adalah neraka jahannam serta kekal di dalamnya." (Surah an-Nisa' : 93)

Orang yang membunuh dengan sengaja dijatuhkan hukuman qisos sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu hukuman qisos dalam kes pembunuhan, orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan. Barang siapa mendapat kemaafan dari saudaranya akan sesuatu, maka hendaklah ia mengikut dengan cara yang baik dan membayarkan diat kepada saudaranya itu dengan cara yang baik.

"Demikian itu suatu keringanan dari Tuhan-Mu dan rahmat-Nya. Barangsiapa yang aniaya sesudah itu maka untuknya seksaan yang pedih." (Surah al-Baqarah: 178)

Dalam kes membunuh dengan sengaja, jika seorang pesalah itu sabit membunuh dengan ikrar dan sabit penyaksian dua orang saksi dan bukti-bukti yang jelas berlakunya pembunuhan itu, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman bunuh.

Walaupun hukuman bunuh dijatuhi, keluarga si mati mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memaafkan pembunuh itu. Selepas dimaafkan pembunuh itu dikenakan bayaran diat yang berat (mugollazoh) sebagaimana disebut hukumannya dahulu iaitulah 100 ekor unta termasuk 40 darinya unta betina yang bunting. Dinilai berapa jumlahnya jika dikira dengan wang kemudian dibayar kepada keluarga si mati.

Dalam hal ini pemerintah diberi keizinan untuk melakukan hukuman takzir (dera). Katakanlah, mengikut undang-undang Islam, si pembunuh dijatuhi hukuman bunuh kerana sabit ia melakukan kesalahan membunuh tetapi keluarga si mati memaafkannya. Walaupun keluarga si mati memaafkannya tetapi dia seorang yang bahaya.

Kerajaan boleh menjatuhi hukuman takzir kepada si pembunuh yang telah dimaafkan itu di mana hukuman itu terpulang kepada pemerintah bagaimana cara seharusnya dilaksanakan sama ada memenjarakan, menjatuhi hukuman sebat atau sebagainya.

Kenali Sejarah PMRAM(PERSATUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR)

19 July 2008


PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) menelusuri aluran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap untuk menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.

1923 14 September Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa. Dua orang perwakilan dihantar ke persidangan di Jerussalem iaitu Abu Bakar al-Ashari (Tanah Melayu) dan Abdul Muzakkir (Indonesia).

1930 11 April Pelajar-pelajar Melayu keluar beramai-ramai daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa sebagai tindak balas kepada perpecahan yang berlaku, lalu menubuhkan Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS) secara rasmi mengikut undang-undang dalam negeri dengan Tuan Amin Nuruddin (perak) sebagai Yang DiPetua. Mereka yang terlibat ialah Syeikh Husin Abbas, S Abdul Halim Osman, Tuan Ismail Ali, Hamzah Mukhti, Abdul Jalil Hasan, Nasir Jauhari dan Ismail Hamzah.

1932 Panitia Rumah Melayu dibentuk untuk menyelenggarakan urusan pembinaan asrama dan melancarkan pungutan derma dikalangan masyarakat tanah air serta jamaah Haji Tanah Melayu. Sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar kebangsaan di tanah air memuaskan.

1940 Persatuan Indonesia-Malaya (PERPINDOM) ditubuhkan selepas perhubungan terputus antara Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai dengan mahasiswa di sini akibat Perang Dunia kedua.

1948 Ikatan Pelajar-pelajar Indonesia (IPI) ditubuhkan untuk menyokong kemerdekaan Indonesia. PPS turut memberikan kerjasama.

1950 PPS dan IPI terlibat dalam tunjuk perasaan anti penjajah Inggeris sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir.

1951 PPS bekerjasama untuk menubuhkan Ikatan Indonesia bagi menyatupadukan Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia, Filipina dan Negara Thai. Dasar perjuangan Ikatan Indonesia meliputi sosial, pendidikan dan kebudayaan. Antara anggotanya Dr Zulkifli Muhammad, Harun Nasution, Sulaiman Samadi Ihsan, Ahmad Hasyim, Wan Abdul Kadir, Ismail Nahrawi, Abdul Salam dan Noor Asyik.


1952 PPS terus memperjuangkan pembinaan Rumah Melayu. Resit-resit pungutan dikeluarkan bagi mendapatkan derma daripada jemaah Haji di Makkah dan dikirimkan ke Tanah air. Dalam mesyuarat AJK PPS, ketetapan telah dibuat bagi mengubah nama PPS kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM).

1953 PMM diisytiharkan secara rasmi. Sementara itu, sebuah badan politik ditubuhkan di luar daripada PMM hasil pergolakan politik tanah air yang mengeluarkan pelbagai risalah berbahasa Arab dan disebarkan kepada badan politik asing di sini untuk memperkenalkan perjuangan bangsa Melayu.

1954 PMM menghantar dua orang wakil ke Kongres Pemuda Islam yang diadakan di Karachi.

1955 Sebuah Badan ditubuhkan dalam PMM yang menyokong kemerdekaan tanah air setelah badan politik tidak dapat berjalan dengan lancar. Anggotanya terdiri daripada Wan Abdul Kadir Ismail, Wan Husin Azmi dan Hasan Saleh. PMM menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
Januari: Mesyuarat Agung Tergempar diadakan bersama Anggota Pengurus daripada persatuan pelajar Indonesia. Negara Thai dan Filipina dan Mesir serta membentuk Gabungan Pemuda Asia Tenggara yang memperjuangkan cita-cita pelajar dengan lebih luas, tegas dan aktif.
PMM menggabungkan diri dengan Persatuan Pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah bagi merapatkan hubungan dengan pemuda-pemuda Islam di dunia. Ahli-ahli bersetuju mengeluarkan derma bulanan tetap untuk menyewa pejabat PMM setelah 25 tahun berpindah-randah dari rumah ke rumah. Badan Wanita ditubuhkan sebagai medium organisasi mahasiswi.
Jun: Kerajaan Malaya menghulur bantuan 625 pound sebulan.

25 Oktober: PMM menubuhkan Badan Perjuangan Melayu Se-timur Tengah untuk menyatupadukan anak-anak Melayu di Timur Tengah. Dua orang wakil dihantar kepada Badan Perjuangan Pembebasan Rakyat Islam iaitu saudara Wan Abdul Kadir Ismail dan Dr Wan Husin Azmi.

1958 Januari: PMM mula menjadi tumpuan wakil-wakil kedutaan asing untuk mengenali Persekutuan Tanah Melayu disebabkan kedutaan masih belum diwujudkan di Mesir. PMM mendesak kerajaan Malaysia agar mewujudkan kedutaan di Mesir.

1959 Urusan penyerahan tanah seluas 2.212 meter persegi oleh kerajaan Mesir dibuat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan pada masa depan maka pertengahan tahun 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu. Memperbaharui pendaftarannya secara rasmi di sisi undang-undang kerajaan Mesir dan menguruskan pertukaran pasport baru daripada pasport British kepada Persekutuan Tanah Melayu.

1960 Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah diwujudkan dengan perlantikan Encik Ghazali Hj Jawi sebagai Duta yang pertama hasil desakan pihak PMM.

1962 Suara rasmi PMM ‘WARTA’ diterbitkan untuk menggambarkan segala aktiviti Persekutuan ini kepada ahli yang diasaskan oleh saudara Mohd Zin Senudin, Ketua Badan Penerangan. Jawatankuasa Mentafsir Undang-undang Tubuh ditubuhkan yang dianggotai oleh saudara Wan Mokhtar Ahmad (Dato’ Sri Amar Diraja). Panitia Bulan Bahasa dibentuk bersama pihak kedutaan.
Mac: Lawatan Menteri Pertanian Malaysia dan Syarikat Kerjasama, Encik Abdul Aziz Ishak dan Syed Nasir Ismail (Pengarah DBP). Lawatan Perdana Menteri Singgapura, Lee Kuan Yew. Pertunjukan melalui televisyen Mesir sebagai usaha untuk memperkenalkan Negara. Badan Penerangan mengirim 12 berita ke tanah air untuk memperkenalkan kegiatan PMM.

1963 Panitia Asrama Rumah Melayu dibentuk bagi melicinkan pentadbiran kerana pembinaan Rumah Melayu hampir siap. Badan Pengurus dengan saudara Abu Bakar, Yang DiPertua PMM menolak Majlis Pembukaan Rumah Melayu berdasarkan suara ramai kerana kelengkapan belum mencukupi. Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bagi membincangkan bantahan pembukaan Rumah Melayu yang belum lengkap.
31 Ogos: Rumah Melayu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Ghazali Hj Jawi, Duta Besar Malaysia di Kaherah bersempena dengan perayaan Menyambut Kemerdekaan Tanah Melayu yang keempat.
19 September: Satu Memorandum yang ditandatangani oleh saudara Ghazali Abdul Wahid dan Wan Mokhtar Ahmad dihantar ke Kementerian Pelajaran untuk memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

1964 PMM menghantar kawat takziah atas kematian Zulkifli Muhamad (bekas YDP). Selain itu, kawat tahniah dihantar kepada TYT Tunku Abdul Rahman atas perlantikan sebagai Perdana Menteri.
PMM menghantar 4 orang wakil tetap Kelab Pelajar-pelajar Asing di Kaherah iaitu saudara Ismail Abdul Halim (TDY PMM), Yahya Osman (Setiausaha Agung PMM) dan Ismail Hj Ibrahim. PMM mendesak pihak kedutaan membuat penafian kepada Akhbar al-Ahram kerana menghina kaum Melayu dalam berhubung isu pergaduhan kaum di Singgapura tetapi tidak diendahkan dan PMM melahirkan rasa kesal terhadap kedutaan. Jawatankuasa Memperjuangkan Ijazah Timur Tengah ditubuhkan dan momerandum dihantar ke Tanah air. Lencana dan simbol dicipta serta PMM memperbaharui pendaftaran dengan pihak berkuasa.

1965 Nama PMM ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB).

1967 31 Ogos: Gabungan Mahasiswa Asia Tenggara di Lembah Nil (SOLIDARITA) ditubuhkan yang diwakili oleh mahasiswa Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Tunjuk perasaan bantahan penyelewengan perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diadakan. Mahasiswa diberi amaran keras oleh kerajaan Malaysia.

1968 PMRAB menerbitkan majalah bulanan ‘Susila’. Selain itu, PMRAB menyatakan sokonga terhadap penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

1970 Jun: PMRAB diketuai oleh saudara Awang Pon Sibon. Pembaharuan dilakukan dengan perlantikan seorang siswi sebagai Ketua Badan Pengetahuan iaitu saudari Salehah Osman (siswi yang ketiga dalam Badan Pengurus selepas saudari Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar.
PMRAB menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Asrama Rumah Melayu yang dipengerusikan oleh saudara Wan Ahmad kerana pihak kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang mengkhianati kepentingan mahsiswa Melayu.

1971 Jawatankuasa untuk mempercepatkan pembinaan asrama puteri ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh saudara Abdul Syukur Hashim. Satu jaminan diberikan oleh Kerajaan Malaysia dengan peruntukkan sebanyak RM 300 dan berjanji akan mendirikannya pada 1972.

PMRAM memperbanyakkan kursus dakwah dan berjaya melahirkan 64 orang kader dakwah. Sesi dakwah telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Yang DiPertua saudara Abdul Wahab Zakaria (merangkap Pengerusi Dakwah). PMRAM menerima tamu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman dan rombongan dari Malaysia untuk mengkaji ijazah dari Timur Tengah.

1972 PMRAM menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah dengan saudara Abdullah Abbas Abu Bakar sebagai kader terbaik. PMRAM juga mengutus kawat takziah atas kematian tokoh Negara Tun Dr Ismail.

1973 6 Oktober: PMRAM menderma sebanyak 500 pound kepada Kerajan Mesir atas kemenangan . mereka dalam peperangan tiga serangkai (Inggeris-Perancis-Israel) yang disampaikan oleh Yang DiPertua PMRAM kepada Dr Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar.

1975 PMRAM digantung pendaftarannya sehingga 1979 kerana wujud fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung menyelebungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Selain itu, berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM.

1980 Pendaftaran diperbaharui semula. Bermula zaman peralihan dan perubahan mahasiswa yang diketuai oleh saudara Idris Ahmad, Yang DiPertua PMRAM.Saudara Abdul Ghani Abdul Rahman sebagai Yang DiPertua. Beberapa orang pemimpin berkaliber seperti saudara Harun Taib menyusun program-program yang menjurus ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan banyak kegiatan tradisi hiburan ditinggalkan. PMRAM menghadapi masalah kewangan kerana pihak JPM menyekat bantuan kewangan Kerajaan Malaysia tetapi tidak melemahkan semangat PMRAM dan program tetap dijalankan malah ahli-ahli yang mendermakan wang poket untuk menjayakan program-program.

1982 Perasmian asrama Puteri oleh YAB Datuk Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. PMRAM mengemukakan permohonan peruntukkan sebuah bas bagi siswi untuk ke kuliah kepada YAB. Dalam majlis perasmia tersebut saudara Ghazali Said Yang DiPertua PMRAM menyampaikan ucapan dan mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya melaksanakan undang-undang Islam.

1983 Sebuah bas sebagaimana yang diminta berjaya diperolehi.
1 April: PMRAM menyertai Perayaan sempena Seribu Tahun al-Azhar dengan kerjasama kedutan Malaysia. Perayaan tersebut dihadiri oleh Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar Syeikh Jadul Haq, Menteri al-Auqaf, Syeikh Ibrahim Dasuki dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Waqaf dan pihak Universiti al-Azhar.

1991 PMRAM berperanan menguruskan penempatan urusan kuliah seterusnya membentuk Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. PMRAM mengadakan Pameran Memperkenalkan Malaysia.
6 Ogos: Usrah al-Wadi ditubuhkan.

1992 16 Januari: PMRAM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 59. Barisan kepimpinan PMRAM diterajui oleh saudara Zulkifli Yaacob. Pilihanraya PMRAM kali ini telah menyaksikan bagaimana pegawai keduataan telah terlibat dalam kempen di Asrama Rumah Melayu untuk memberikan sokongan kepada calon-calon tertentu. Namun, kesemua 15 calon PMRAM berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Awal Februari, ura-ura Kedutaan Besar Malaysia Kaherah menaja satu persatuan baru tercetus dengan alasan bahawa PMRAM tidak dapat menyatukan para mahasiswa.
20 Februari: Badan Pengurus PMRAM mengadakan pertemuan dengan TYT Duta Besar Malaysia di kedutaan Besar Malaysia, Mohandiseen untuk membincangkan masalah penubuhan Malay Student Association (MSA) atau Persatuan Pelajar-pelajar Mesir (PPMM). Badan Pengurus PMRAM membuat keputusan membantah penubuhan PPMM kerana PMRAM masih mampu memberi perkhidmatan kepada mahasiswa. Namun, pihak kedutaan tetap ingin menubuhkan sehingga tercetus demontrasi aman mahasiswa Malaysia.
24 Februari: Kedutaan secara rasmi memutuskan hubungan demgan PMRAM dan tidak membenarkan PMRAM menggunakan kemudahan di Asrama Rumah Melayu.
28 April: Kedutaan memalang pintu pejabat PMRAM di Abbasiyah setelah mengeluarkan notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Melayu. Ekoran daripada itu, pihak PMRAM mengadakan demontrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir untuk menuntut kembali hak-hak PMRAM dihadapan Datuk Hamid Othman. Selain itu, PMRAM menyewa khas
sebuah kapal terbang Sudan untuk membawa Jamaah Haji (ahli PMRAM) seramai 150 orang ke Mekah. Kontinjen badminton PMRAM memperkenalkan sukan badminton kepada Majlis Sukan Mesir. Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli yang meruncing ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.

17 September: PMRAM mengadakan Majlis Konvokesyen kali pertama bagi mahasiswa yang tamat pengajian bertempat di Dewan Kuliah Tarbiyah Universiti al-Azhar dan mengadakan sudut pameran untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Mesir.
1993 PMRAM menghantar 450 orang dalam kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar di Mesir anjuran JPM. Dan mengemukakan resolusi agar pihak kerajaan berlaku adil terhadap mahasiswa Malaysia. Selain itu, PMRAM mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan Zamalek Kaherah, Mesir. PMRAM juga menjalinkan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa. PMRAM juga menghantar wakil dalam kursus pentadbiran anjuran Kementerian Mesir.

1994 PMRAM membantu Pusat Islam dalam memberikan penjelasan tentang Jemaah al-Arqam. Berikutan penghantaran mahasiswa ke Muhafazah. Pmram menguruskan penghantaran Mahasiswa ke Dumyat dan Zaqaziq. PMRAM mendapat notis keluar dari Asrama Melayu untuk kerja-kerja baik pulih.

1995 Berpindah dari Asrama melayu sementara waktu kerana baik pulih.
Januari: Mendapat kebenaran daripada Kementerian Kemasyarakatan Mesir membuka cawangan PMRAM di Madinat Nasr.
Julai: Konvensyen PMRAM kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan atas alasan keselamatan.
HEWI menghantar wakil 5 orang menyertai Sarasahan anjuran Persatuan Mahasiswi Indonesia (WEHDAH) di kedutaan Indonesia. HEWI menghantar wakil menyertai perjumpaan PERKEMAS (Singgapura) dan membentuk ikatan mahasiswi Islam Asean (IMIAS)

1997 13 Mac: Majlis perlancaran Homepage PMRAM dan seminar penulisan dan ulang tahun suara kampus kali pertama diadakan di Rumah Melayu.
25 Mac: PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Universiti Ain Sham, Kaherah dan kemenangan di tempat kedua.
22 Jun: PMRAM menghantar kontinjen menyertai pertandingan badminton antarabangsa di nadi Syabab Hayyu Sadis.
22 September: HEWI menerima kunjungan dan mengadakan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan Hizbi.
27 & 28 Julai: HEWI mengadakan Kongres Karisma yang dihadiri oleh mahasiswi Kaherah, mansurah dan Iskandariah di Rumah Melayu Abbasiyah.

1998
22 Februari: -Majalah Tahunan PMRAM (alKasyaf) edisi Perdana dilancarkan.
22-23 :Muktamar Sanawi PMRAM diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan dengan saudara Ahmad Bukhori Ghazali sebagai Presiden. Mesyuarat Bandan Pengurus PMRAM bersetuju untuk menukar nama jawatan Yang DiPertua kepada Presiden.
April Penubuhan jawatankuasa bertindak krisis ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia
Julai : HEWI menganjurkan Mahasiswi Cemerlang yang dihadiri oleh mahasiswi Malaysia, Thailand (Patani), Brunei dan Singgapura.
8 Julai : Kelab Waja diri ditubuhkan yang mengandungi silat gayung dan taekwando
Ogos:
8: Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiwa kali kedua berjaya dilaksanakan di Panorama Umi Kalsom, Mansoura.
14-31: Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan kali 42 dengan benerapa pembaharuan iaitu pertandingan forum, Dakwah kreatif, Musabaqah al-Quran, pantun dan acara Balapan.
Penubuhan jawatankuasa mengkaji pengswastaan Rumah Melayu ekoran cadangan kerajan untuk mengswastaan rumah Melayu yang mengancam kepentingan mahasiswa
Beberapa pertemuan dengan TYT Duta, Pengarah JPM dan Ketua Canseri Diadakan. Hasilnya, pengswastaan Rumah Melayu dibatalkan oleh kerajaan Malaysia.
Oktober:
19: Penubuhan Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur (BKAKLM) dengan Yang DiPertua saudara Muhammad Hasnul Abu bakar menjadikan sekarang 13 buah BKAN bernaung di bawah PMRAM termasuk PERKEMAS.
Penubuhan struktur pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa dengan Timbalan Pengerusi sebagai Ketua Unit Tugas-tugas, mewujudkan Ketua Unit Dakwah dan memecah Ketua Unit Perumahan dan Hal Ehwal Kemasyarakatan kepada dua Unit yang berasingan.
November: PMRAM mengadakan siri Forum Keadilan Ummah sebagai reaksi pergolakan politik tanah air dan krisis keadilan sebanyak 1724 tandatangan telah dikutip dan derma sebanyak LE 4092.15.

2000 Mengadakan sambutan Ulangtahun ke 70 PMRAM dengan sambutan yang menggalakkan dari seluruh bekas pimpinan PMRAM serta ahli.
Pelancaran PMRAM Multimedia Centre (PMC).

2003 Mengadakan Ijtima’ Tergempar bagi membincangkan perubahan undang-undang tubuh baru.

2004 Menganjurkan PMRAM International Knowledge Festival In Egypt (PROFIT) yang melibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.

2005 2-11 Mei: Menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People’s Day Festival Egypt 2005 dengan di anggotai dari 13 Negara. Mendapat tempat pertama.
14 September: Menganjurkan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC 05) yang buat julung-julung kali mengadakan konsert bersama kumpulan nasyid jemputan dari Malaysia iaitu Hijjaz.

2006
31 Mac : Pelancaran Dana Syaqah PMRAM di Asrama Pelajar Terengganu
5 April : Mengadakan kunjung hormat ke KBMK sempena dengan perlantikan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang baru serta mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir bagi mencari titik persamaan dan dalam rangka bekerjasama dengan KBMK dalam meningkatkan kualiti dan martabat mahasiswa-mahasiswa di Mesir.
22-27 Ogos : Mengadakan Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06) yang turut disertai oleh wakil-wakil mahasiswi dari Ireland dan Jepun. Serta menjemput bekas-bekas kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh HEWI PMRAM.
17-19 September : Menganjurkan PMRAM International Konwledge Festival in Egypt yang bertemakan ‘Memacu Perekonomian Islam’. Mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua ahli serta dari negara luar seperti Singapura dan Brunei.

2007 : Mac - PMRAM mengadakan Persidangan Mahasiswa Timur Tengah (PERMIT) melibatkan wakil mahasiswa Syria, Jordan, dan Yaman di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Ogos – Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa III (SEJAK) diadakan di Nadi Zahabiah, Mansurah.
Sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) ditukar kepada AMIND. PMRAM menyambut AMIND dengan beberapa pembaharuan dan mengundang kumpulang INTEAM untuk mengadakan persembahan sembena Konsert Raudhatul Infaq.
diambil laman web pmram

3 hari menjadi Ajk Bazaria Gabungan

17 July 2008
Assalamualaikumm..sahabat sekalian
pergghh letih betul laa...malam sebelum program...macam macam nak buat ..
kalo keje teknikal-lampunya..pa system,mixer,mic,tv,projector dan lain2 la...penat tak penat...tengok laa macam mana bazar tahun ni...meriah ke tak?hehe
tu kalo keje teknikal...kalo keje persiapan lagi laa..kena angkat meja ,kerusi ,tirai..hehe sensitif tirai ni...teringat tahun lepas tak tau laa naper pegawai selangor tu suker sangat tirai??marah dia sampai merajuk tak nak merasmikan bazar tahun tu....alaa merajuk orang tua....tapi akhir dia rasmikan gak..hehe
sampai tahun tu terkenal "BAZAR TIRAI"..hahaha
tapi tahun ni cantik la orang pandang ....TAK NAK IKHTILAT dikalangan ahli dan ibadah adalah terpenting sekali dalam bazar tahun ni...waktu solat semua berhenti dan solat secara berjemaah...
malam kedua tazkirah UST SYED ABDUL KADIR...alhamdullillah...kalo nak simpulkan ramai ramai laa kita tabarrukk untuk ajk ataupun persatuan...moga sedekah tu mandapat pahala seperti pahala abu bakar diamana beliau sanggup serahkan hartanya ke jalan Allah kesemuanya...ALLAH AZIM...
malam pertama adalah malam yang paling best la dalam sejarah aku...wayar lembek pekena watt banyak...haha
mau taknya PA,LAPTOP,MIXER,HANDYCAM,LAMPU,Periuk masakan semua masuk dalam satu wayar...mau tak lembik wqayar tu...abis ucapan perasmian malam tu...ydp dah geleng2 kepala...
tapi Alhamdullilah...dengan takdir Allah ramai tolong...pikirkan cara penyelesaian...selesai..memang Allah nak uji Hambanya..masa tu semua teknikal bersatu dan inilah ukhuwah yang Allah beri....syukur Ya Rabb.
moga2 hari terakhir bazar perasmian penutup,tayangan,dj ngan lain2 berjalan dengan elok selamat dan terurus,mana2 yang tak datang,datang beramai2 macam macam ader..dengan tayangan isu semasanya,nasi dagang,kerabu,mee rojak,apam balik,satey,caramel,kek batik,ikan keli,ayam goreng dan macam2 lagi laa...kalo tak datang tak tau laaa...
Datang ajak ramai2 bawak duit ramai2 jangan tak datang ok....moga moga perjalanan anda dirahmati Allah...amin YA RAbb
doakan ajk ni dipermudahkan urusan semua...amin...
salam..wan

AArgghhh!!!bulan mengambang??

13 July 2008
terasa bahang siang malam sama jer kat mesir ni...ish2 musim panas katakan...nak wat macam macam mana??kalo nak aircone kena pegi imarah selangor..hahaha
balik malaysia??
tak nak laa....biar orang malaysia rindu kat org mesir..hahaha
yang balik malaysia jangan luper bawak la kuih raya ker/biskut craker ker/kicap ker/ikan bilis ker/makanan malaysia laa...senang citer

takpelah hadapi la jugak musim panas ni walaupun bulan ni bulan paling sibuk la jugak
ajk teknikal la katakan..pelapis berapa org sangat..macam mana nak buat ni..lepas ni lagi penat laa....
lepas ni bazar 3 hari lak tu dah la jadi ajk teknikal..pergghhh tahun lepas dah kena dah ketua lagi...mau pening tahun ni.masuk muhasabah tetap sama gak..ust!!tv tak elok,ust!!speaker tak dengar....ish tension la aku..

lepas BAZAR , Mesyuarat Agung Khas untuk kl lak...Ajk teknikal lagi....arggghhhh!!penat nyer 3 hari lagi...ala tulll lak tu...mintak tolong laaa kawan2..jangan duk atas jer...penat ni..harap2 pertolongan Allah bagikan ku kekuatan kudrat untuk melaksanakan semua kerja ini..rabbi yassir wala tu'assir..

lepas ni zakat masuk untuk dak2 yang dapat je laaa..
yang tak dapat kebulur ler....kuruskan badan...nak wat macam mana...tu syarat dia...nak mintak kawan segan la plak...sebab masing-masing lepas dapat hilangkan diri/buat macam2 la duit tu....
p/s : kalo ader lebih huluq2 la sikit ...hehehe

AWAS !!!!

10 July 2008
Ikhwah dan akhawat sekalian...

Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda....
FAKTA
* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.
* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.
* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.
* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.
* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Senarai Barangan Boikot
Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?
Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.

Makanan

-Syarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.
-Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.
-Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.
-Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.
-Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.
-Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, ---Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.
-Syarikat Hadaiq California
-Syarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.
-Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya
-Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, -Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, -Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, -Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.
-Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.
-Minyak Sayuran Rawabi, Fern
-Makaroni Columbus, Hayo ,Chipsy,Delta,Super Market,Sainsburry,Heiz,Edge,Tesco

Kedai Makan/Restoran
-McDonalds,Tikka,Kentucky Fried Chicken (KFC),Kantis,Arby's,Pizza Hut,Chicken Tikka Paradise,McBurger.

Alat Pencuci dan Kecantikan

Syarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat JohnsonProduk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.
Syraikat Revlon Make-up,Syarikat East In Sambel,Syarikat Beverly Hills,Syarikat Sitreen

Bahan Tenaga
Bateri Kenderaan Milestone,Bateri Kenderaan Powder,Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.

Alatan Sukan
Nike,Universal,Power,Paramount,Youngers.

Pakaian
Jean's Basic,Kelvin Klein,Levi's,Basic Lauren

Alatan Pejabat
-Syarikat Delta Egypt,Parker Schiffer,Pen Schiffer,Higher.

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
-Max
-IBM
-Intel
-Uracel
-Nokia
-Motorola
-Digital

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR(BKSAM) DAN KPPT(TERENGGANU)

08 July 2008

BAZARIA GABUNGAN SEL-TERENGGANU 2008

SALAM KEPADA SAHABAT SEMUA.
DIMAKLUMKAN BAHAWA BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR DAN KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU AKAN MENGADAKAN BAZARIA GABUNGAN 2008.
MAKLUMAT LANJUT SEPERTI BERIKUT :-
TEMPAT : DATARAN HAYYU ASYIR,TOOBA RAMLY
TARIKH : 15 HiNGGA 17 JULAI 2008
MASA : 8.00 HINGGA 12.30 MALAM.
JESTERU ITU,KEPADA MANA-MANA SAHABAT YANG INGIN MEMOHON SEBAGAI PENENDER BOLEHLAH MENGHUBUNGI :-
ABDULLAH SHAHRUL: 011-2866468 (SEL)
CHE KU : 010-5839325 (TER'GANU)
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJAYAKAN BAZARIA GABUNGAN 2008!!!
"KEPUASAN ANDA,KEUTAMAAN KAMI"

BERSAMA PMRAM

04 July 2008

PROGRAM PENGHAYATAN REJAB DAN DAURAH KITAB




Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2008 akan mengadakan PROGRAM PENGHAYATAN REJAB DAN DAURAH KITAB. Program akan diadakan pada 5 dan 6 JULAI bertempat di ASRAMA PELAJAR SELANGOR, HAYYU ASYIR.

Bersempena dengan program tersebut juga, pihak Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM mengadakan soalan kuiz khusus untuk merancakkan lagi program berkenaan. Soalan-soalan yang telah dijawab hendaklah dihantar terus ke emel PMRAM ; pmram30@yahoo.com sebelum 6 JULAI 2008. Pemenang akan menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Soalan-soalannya adalah seperti berikut :

Soalan Kuiz Isra’ Mikraj

1. Bilakah terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj? Berikan takrif Isra' dan Mikraj?
2. Dua surah yang menceritakan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj?
3. Nyatakan simbolik disebalik peristiwa Isra' dan Mikraj?
4. Dua jenis minuman yang ditawarkan kepada Rasulullah s.a.w? Minuman yang menjadi pilihan Rasulullah? Apakah rahsia disebalik pemilihan minuman tersebut?
5. Kubur mujahidah yang dilawati Rasulullah s.a.w semasa Isra’?
6. Makhluk yang mengejar Rasulullah s.a.w dan Jibril a.s semasa Mikraj?
7. Perintah teragung dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w? Bilangan waktu yang perlu dilaksanakan pada awal perintah tersebut diturunkan?
8. Nabi Muhamad telah berjumpa dengan Nabi-Nabi yang terdahulu disetiap tingkatan langit,sebutkan nama Nabi-Nabi tersebut mengikut peringkat langit?
9. Tempat Rasulullah s.a.w solat bersama nabi-nabi terdahulu?
10. Sahabat yang mengakui kebenaran peristiwa Isra’ dan Mikraj?

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket