Pengistiharaan Ajkt BKASM

29 October 2008
19 Oktober 2008, menjadi tarikh keramat bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-33 sejak 4 tahun yang lepas. Di samping itu, proses pemilihan pimpinan baru telah dibuat melalui pilihanraya seterusnya dapat mempraktikkan amalan demokrasi di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Perlembahan Nil ini sebagai persediaan awal sebelum pulang ke Malaysia kelak. Apa yang menarik, semua calon yang dikemukakan menang tanpa bertanding termasuk calon Yang Di-Pertua (YDP). Beberapa muka baru dan sebahagian muka lama kekal untuk menjawat jawatan bagi sesi baru pentadbiran BKASM sesi 2008/2009. Jawatan bagi setiap Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) belum ditentukan sehingga mesyuarat induk AJKT kali pertama diadakan sepertimana yang tertulis di dalam Buku Perlembagaan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir pada Fasal 16 (a). Berikut adalah senarai AJKT BKASM bagi sesi 2008/2009.

Senarai AJKT BKASM di bahagian siswa:

1. Abdul Aziz Akhimullah bin Roslan (YDP)

2. Muhammad Yusuf bin A. Kadir.

3. Azwan bin Sarjidin.

4. Wan Mohd Za'im bin Wan Sapiansori

5. Abdul Hakim bin Sazali

6. Mohd Yazid bin Ahmad

7. Mustaffa bin Nor

8. Muhammad Faroaq bin Mohd Ghazali

9. Mohamad Azharuddin bin Mohd Ali

10. Muhammad Nor Radzie bin Bohari

11. Muhammad Najih Irsyad bin Ahmad Puhad

12. Abdul Mu'izz bin Abdul Talib

13. Khairul Amri bin Helmi Azhar

Senarai AJKT BKASM di bahagian siswi:

1. Aimie binti Muhamad Suyat

2. Siti Nurul Amirah binti Ibrahim

3. Siti Hawa binti Abdul Majid

4. Nusaibah binti Roslan

5. Nadiah binti Nor Azman

6. Rozana binti Masnan

7. Siti Najwa binti Md. Zin

8. Siti Nadiah binti Mohd Anip

9. Zulaikha binti Ali

10. Siti Fairuz binti Abdul Razak

11. Siti Fatimah binti Haziz

Diharapkan kepada semua AJKT BKASM bagi sesi 2008/2009, dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat memikul amanah Allah S.W.T dengan penuh rasa amanah dan taqwa serta dapat menjalankan tugas tersebut semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T demi menjaga kebajikan seluruh anak Selangor yang berada di bumi Mesir ini. Selamat manjalankan tugas selaku pimpinan baru BKASM.

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket