Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.28 PM, 16 Julai 2010 nanti (Jumaat), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.
Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.
Ada yang bertanya, mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.
Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari. Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.
Ini semua kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya." (Surah al-Anbiya: 33)
"Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri." (Surah Yaasin: 40)
Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Teknologi yang sedia ada ini semuanya berasal daripada keadah ukuran yang dibuat oleh ilmuwan terdahulu.
Dr.Baharuddin Zainal (UDM) menjelaskan di dalam artikel "Arah Kiblat: Isu Istiwa Adzam" di laman web UDM, bahawa kaedah falak tradisional ini lebih 'mesra pengguna', dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!
Kembali kepada fenomena yang akan berlaku 16 Julai nanti, tepat pada jam 5.28 PM, matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.28 tengahari.
Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.
Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.
sumber
0 comments:
Post a Comment