LONDON - Bunga ros pelangi akan dijual untuk pertama kalinya di Britain dan tidak berwarna merah sepenuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Bunga ros berwarna warni itu yang juga dikenali sebagai ros riang dihasilkan menerusi ekstrak warna tumbuhan yang disuntik ke dalam pokok induk.
Syarikat penanam bunga dari Belanda, River Flowers dan F.J. Zandbergen & Zn bergabung tenaga untuk menghasilkan bunga itu.
Belum pernah dijual di Britain, syarikat menjual bunga ros Interrose kini membawa masuk bunga menakjubkan itu ke pasaran negara berkenaan.
Bunga tersebut dijual dengan harga £24.49 (RM117) untuk sekuntum manakala sedozen bunga beraneka warna itu berharga £64.87 (RM311). - Agensi
0 comments:
Post a Comment