MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan
penemuanayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi
berusiasembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut AliYakubov
pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapidiganti dengan
beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu
bagaimanafenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula
muncul
padadagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dankeluarga
bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiripada badan
Ali
dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkatkepada
40
darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan diamenangis," kata
ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan
menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusiayang
menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia denganpejuang-pejuang
Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan
bagimenyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli
parlimen
diwilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
0 comments:
Post a Comment