Penjelasan isu Pembatalan MOU dan Muadalah dengan Al-Azhar

14 June 2008
 Sejak dahulu lagi, pelajar Malaysia dibenarkan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sebarang biasiswa ataupun pinjaman dari pihak kerajaan. Mereka hanya mendapat zakat yang diberikan atas ihsan majlis agama negeri masing-masing ataupun daripada individu tertentu dan yang pastinya perbelanjaan dari ibu ayah sepenuhnya.

Kronologi penyekatan hak pengajian agama di Universiti Al-Azhar

Bagi pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar lepasan pengajian Pondok agama dan pelajar daripada mana-mana kolej yang membuat perjanjian MOU dan Muadalah, layak untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Namun bermula tahun 2001, Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan dan menjadi syarat wajib bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Ini menyebabkan mereka yang mengambil Sijil Tinggi Agama (STA) atau Sijil Tinggi Ugama (STU) tidak layak mendapat tempat di Universiti Al-Azhar. Seterusnya pada sessi kemasukan 2005/2006, sistem peperiksaan tahdid mustawa mula diperkenalkan bagi pelajar muadalah bagi menentukan mereka berada di tahun empat atau tahun 2, sedangkan sebelum ini mana-mana pelajar muadalah akan terus berada di tahun 4. Pada tahun yang sama juga pelajar dari pengajian Pondok tidak dibenarkan datang secara terus ke sini diatas alasan tiada SPM, STAM ataupun Diploma dari mana-mana kolej yang diiktiraf oleh LAN. Dan akhirnya pada tahun 2008, satu sejarah telah terlakar apabila, perjanjian MOU dan Muadalah dibatalkan. Dan kedengaran ura-ura yang terbaru bahawa pelajar STAM yang mendapat keputusan mumtaz dan jayyid jiddan sahaja yang layak menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Semakin sempit peluang pelajar Malaysia yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah ia angkara tangan-tangan ghaib, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Penjelasan terhadap tohmahan yang sering dilemparkan kepada pelajar agama di Universiti Al-Azhar

- Graduan pelajar Al-Azhar kurang berkualiti kerana kurang berilmu dan tidak fasih bercakap dalam bahasa arab-

Realitinya mungkin ada namun adakah kesemuanya? Mungkin wujud seorang dua yang lemah dan kenapa perlunya dinisbahkan dengan beribu lagi graduan yang berjaya. Bukti bahawa graduan Al-Azhar berilmu dan juga mampu dalam berbahasa arab adalah bukan semudah yang disangka untuk meraih graduan di Universiti Al-Azhar ini. Pelajar Malaysia disini tidak pernah diberi kelebihan untuk mereka lulus peperiksaan dengan mudah kerana silibus dan layanan tetap sama dengan pelajar Mesir sendiri. Mereka mampu untuk menjawab peperiksaan didalam bahasa arab dikira sebagai mampu untuk menguasai bahasa arab. Lagipun tidak semua pelajar yang datang kesini mengambil pengkhususan dalam fakulti bahasa arab kerana wujudnya fakulti-fakulti lain seperti syariah, usuludin dan dakwah. Maka apabila mereka mampu untuk menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar menandakan mereka memang layak dari segi ilmu yang dimiliki serta mampu untuk berbahasa arab.

- Graduan lepasan Al-Azhar tidak mampu untuk mengajar matapelajaran bahasa arab-.

Saya ingin membawa satu analogi yang mungkin akan membuat kita merenung kembali serta tidak berat sebelah dalam menghukum, adakah mereka yang belajar matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah orang yang mampu menguasai bahasa inggeris? Jawapannya pasti tidak,kerana ia adalah bahasa yang untuk memahami matapelajaran tersebut dan bukanlah satu pengkhususan dalam matapelajaran bahasa inggeris. Begitu jualah kondisi pelajar Malaysia yang belajar di Al-Azhar kerana tidak semua pelajar yang datang kesini mengambil pengkhususan dalam fakulti bahasa arab kerana wujudnya fakulti-fakulti lain seperti syariah, usuludin dan dakwah namun kenapa hukuman yang sering dilemparkan tidak adil.

Graduan lepasan Al-Azhar tidak mampu membuat kerja

Apakah bentuk kerja yang diberikan? Adakah ia berada didalam ruang lingkup pengajiannya. Diakui mungkin kelemahan itu terjadi namun ia adalah suatu yang tidak adil sekiranya menilai sesuatu kerja tnpa diberi tunjuk ajar. Mana-mana bidang pun, perlu melalui proses latihan ataupun amali dalam perlaksanaanya. Analogi yang hendak dibawa adalah seorang guru mendapat latihan di maktab perguruan, seorang jururawat juga mendapat latihan di kolej kejururawatan hatta seorang D.O sekalipun mendapat latihan di INTAN. Namun kenapa hukuman berat sebelah ini yang disebarkan.


Adakah kesemua kenyataan diatas ini pernah dibuat kajian? Sebenarnya ia bukanlah satu keputusan dari sebuah kajian namun adalah satu kenyataan dari mulut ke mulut. Kadang-kadang apabila satu benda yang bukan kenyataan tapi sering diucapkan akan menyebabkan pemikiran kita juga berfikiran seperti ucapan tadi. Perkara yang jarang-jarang berlaku tidak boleh dijadikan hujah. Salahkan kami yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah hanya kami pelajar agama yang dipandang sebagai bukan bidang professional, maka layak untuk diadili secara kejam. Izinkan kami belajar ilmu Allah Taala…

penjelasan isu pembatalan MOU dan muadalah dengan Al-Azhar,
silalah melawat http://hewipmram55.blogspot.com

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket