Meraikan kemeriahan setelah 30tahun pemerintahan mubarak

16 February 2011

lepas ni..mesir kena pulihkan ekonomi,keamanan,sistem pemerintahan,hubungan luar negara,stokkan makanan negara,pembaikkan pembangunan dan lain2...moga Allah membantu agamaNya

Egypt Protest in bridge 28jan sebelum ke medan tahrir


video yang best..ketabahan pejuang mesir...sampai solat pon kena tembak ngan air...
dan akhirnya semua dapat masuk ke medan tahrir(tempat berkumpul sehingga tumbangnya hosni mubarak)

Jangan iktiraf penghina islam

15 February 2011
1. Negara sekali lagi telah gempar dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa masuk seorang penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo ke KLCC Convention Center pada 18 Feb 2011. Penyanyi ini diberi jolokan sebagai "Iran Bob Dylan" oleh New York Time satu ketika dahulu.

2. Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran. Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telah menghina Islam menerusi lagu - lagu yang dinyanyikannya.

3. Mohsen Namjoo juga dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan ini dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun beliau masih mengulangi perbuatan yang sama . Terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap beliau dengan mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.

4. Mohsen Namjoo sememangnya mendapat sambutan hangat di barat, namun jika benar sebagaimana yang dilaporkan oleh media bahawa beliau adalah seorang penyanyi yang gemar menghina Islam dalam persembahannya, maka saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pihak kerajaan membatalkan permit penganjuran dan menghalang kemasukan beliau ke negara kita untuk membuat persembahan .

5. Saya bimbang kehadhirannya ke negara ini dengan sifat beliau sebagai figure yang suka menghina Islam akan menyinggung dan mencetus kemarahan ummat Islam . Justeru itu, dimasa akan datang kerajaan melalui kementerian terbabit mestilah terlebih dahulu teliti dan mengkaji latar belakang penyanyi ini sebelum memberi tempat kepada beliau untuk membuat persembahan di negara ini.

6. Selayaknya artis yang mempunyai rekod serta masih menghina Islam, mencetus ketegangan antara agama dan kaum, menyinggung perasaan masyarakat dengan persembahan keterlaluan seperti berunsur lucah tidak diberi laluan atau kebenaran [ permit ] oleh pihak berkuasa untuk tampil membuat persembahan dan membiarkan ia menjadi ikon kepada masyarakat.

7. Kami percaya masih ramai artis dalam atau luar negara yang baik dan positif penampilan serta persembahannya yang boleh diundang untuk membuat persembahan. Kenapa mesti mengundang atau membiarkan artis yang mencetus kontraversi sebegini diberi laluan . Apakah kerajaan terlepas pandang atau sengaja tidak memandangnya ?
sumber

peranan wanita dalam menentukan halatuju ummah

SumberIslam adalah satu agama yang syumul iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Segala hukum hakam yang terdapat didalam syariatnya bertujuan untuk membawa pengaruh yang baik kepada individu serta tindakannya dalam masyarakat. Secara tabi’e manusia tidak mampu hidup bersendirian, malahan manusia juga tidak boleh hidup menyendiri. Ketika Allah mencipta nabi Adam, Allah telah menciptakan baginya seorang teman. Sejak penciptaan manusia dari dulu lagi, nabi Adam dan isterinya Hawa telah hidup bersama dengan penuh kasih sayang, dan sifat kasih mengasihani ini merupakan sebahagian daripada naluri atau fitrah penciptaan manusia.

Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa’ yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.

Peranan wanita dalam keluarga.

Jika dilihat peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya,

Yang bermaksud:


“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( surah an-Nisaa’-ayat 58 ).

Di alaf baru ini, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai ibu di dalam rumahtangga. Secara hakikatnya peranan isteri adalah untuk mentadbir sesebuah keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru telah berlakunya perubahan tertentu yang meluaskan lagi skop peranan isteri.

Keterlibatan dan kesibukkan wanita dalam dunia pekerjaan, peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka.. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka.Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan;


" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi" (Al-Hadis).

Tidak dinafikan bahawa kaum wanita juga merupakan pencorak dan pemberi imej kepada sesuatu bangsa dan masyarakat. Kaum wanita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat amat digalakkan untuk turut sama memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan negara demi kepentingan ugama dan ummah dengan syarat kaum wanita mampu menghindari diri daripada tergadai maruah dan kehormatan serta dapat menjaga kesucian ugama Islam. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala :

Maksudnya : "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Surah At-Taubah, ayat 71 ).

Wanita dan kerjaya

Jika dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai ‘kerja dan jaya’. Jika kaum adam mempunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu juga kaum hawa , mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan dan tugas yang perlu di lakukan.

Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang di tentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar’ie, tetapi secara amnya, islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syara’ telah memberu peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kebanyakkan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan.Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.

Peranan wanita dalam mayarakat.

Wanita berperanan untuk melibatkan diri dalam bidang sosial, kaum wanita juga berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani.Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan Negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang.

Oleh yang demikian, untuk mencapai hadaf dalam membentuk hala tuju ummah, selaku wanita islam perlulah berketerampilan seperti kaum lelaki. Wanita dan lelaki adalah saling memerlukan, bekerjasama dan membantu dalam membina pembangunana ummah. Marilah kita sama-sama bangun dan berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah islam dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan kemenangan dari Azzawajalla..



Disediakan oleh :
Hanisah Bt Muslim

Peringatan untuk diri sendiri

Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan Muslim)

keterangan AL HADIS:

Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

MAKNA HASAD:

Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:

1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.

HUKUM HASAD:

Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:

Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

SEBAB-SEBAB HASAD:

Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad (dengki), antaranya yang terpenting:

1. ‘Adaawah (permusuhan).

2. Takabbur (sombong).

3. Ta’azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya)

4. Bakhil (lokek).

5. Khubthun Nafsi (busuk hati).

6. Hubbul Jaah (gila kuasa).

BAHAYA HASAD:

Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya:

• Hasad adalah sifat Iblis. Sedangkan sifat para Rasul dan Wali Allah adalah sebaliknya. Mereka akan memberi tahniah (ucap selamat) kepada orang-orang mendapat nikmat sambil mengucapkan : HuhHuh?? Huh?? HuhHuh Semoga Allah memberkati engkau

• Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.:

Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api.

(H.R Ibnu Majah dinilai dha`if oleh al-Albani dalam ad-Dha`ifah no:1902)

• Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.

HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.

Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

• HASAD (DENGKI):

Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.

• GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).

• MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:

Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.

ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:

• Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.

• Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya.

• Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi. • Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.

• Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.

• Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.

AMAL:

Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu’ (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu. HuhHuhHuh Huh?? HuhHuhHuh?? Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.

Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid’ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa. Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nanti.
sumber

Kerana Allah memuliakanmu..


disebabkan Allah memuliakanmu...maka wajiblah bagi kami untuk memuliakanmu.

Post kali adalah untuk saya mengingatkan diri sendiri yang takutkan derhaka pada ibu dan bapa.walaupun sedikit kita lakukan(dari segi percakapan dan perbuatan)mereka pasti akan terasa.jadi........

Apakah peranan kita sebagai anak?

1. Mentaati dan menghormati kedua ibu bapa

2. memenuhi tuntutan yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan syariah islamiah

3. tidak meninggikan suara walaupun dengan perkataan “ah” kerana ia akan membuatkan ibu bapa anda tersinggung

4. mengambil pendapat mereka kerana mereka telah memikirkan apa yang terbaik buat kita

5. walaupun anda sehebat manapun,tinggi ilmu ataupun harta.punyai dunia mahupun Negara,kita mesti menghormati pendapat mereka sebagai ibu bapa kita

6. berdoa setiap hari kerana doa anak yang soleh dapat membantu mereka diakhirat(kubur) kelak

sebab apa kita perlu menghormati &mengasihi &mentaati &berdoa untuk mereka?

1. Mereka yang membesarkan kita (kalau dikira dari umur 1-24 tahun,dah berapa juta mereka keluarkan duit dan tenaga sepanjang mereka membesarkan kita)

2. Mereka memberikan pendidikan yang terbaik untuk kita (pendidikan rohani dan jasmani)

3. Mereka memberikan agama untuk kita (islam)

4. Mereka menidak pedulikan kerenah kita sewaktu kecil(dengan merosakkan harta benda,menangis waktu malam dll)

5. Mereka wali kita (dalam perkahwinan ,waris dll)

6. Merekalah yang Allah muliakan didunia dan akhirat

Allah tidak membezakan peranan ibu dan bapa..mereka adalah kedua orang tua kita..maka taatlah mereka selagi mereka hidup.

Ku mohon sepuluh jari buat keluargaku yang ku sayangi,

tidak terperi pengorbananya sehingga menazabkan diri

Memberikanku cahaya supayaku berdikari

kelak doa untuk dirimu dapat didengari

“Ya Allah ampunilah dosa kami,kedua ibu bapa kami,keluarga kami,guru-guru kami ,sahabat-sahabat kami dan sekalian umat muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia”

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket