Samsung baru sahaja melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Samsung
Galaxy Note 2 pada awal pagi tadi di dalam majlis IFA yang diadakan di
Berlin. Telefon pintar yang dinanti-nantikan ramai ini sememangnya telah
menepati ramalan awal sebelum ini di mana ia mempunyai saiz skrin yang
lebih besar iaitu 5.5 inci Super AMOLED. Dengan penambahan sebanyak 0.2
inci berbanding Galaxy Note yang asal, pastinya ia memudahkan mereka
yang ingin melukis. Namun saiz 5.5 inci mungkin agak besar jika ingin
dimasukkan ke dalam poket seluar jeans anda.
Menariknya, Galaxy Note 2 ini juga dilengkapi dengan cip pemprosesan
Exynos empat teras 1.6GHz, lebih pantas daripada Galaxy S3. Ia
menggunakan 2GB RAM dan bateri 3,100 mAh yang sudah pasti mengujakan
kerana mampu bertahan dengan masa yang lebih lama. Walaupun baterinya
telah ditingkatkan, Galaxy Note 2 lebih nipis berbanding Galaxy Note
sedia ada denga ketebalan 9.4 mm sahaja. Bagi mereka yang suka menangkap
gambar, kamera sebesar 8 megapixel (belakang) dan 1.9 megapixel
(hadapan) pastinya dapat memuaskan keinginan anda.
Inovasi juga diperlihatkan pada S-Pen apabila ia diubahsuai menjadi
lebih panjang dan tebal agar lebih mudah dipegang. Ia juga dilengkapi
dengan beberapa fungsi tambahan seperti Air-View yang membenarkan anda
melegarkan S-Pen untuk melihat preview emel, gambar ataupun video tanpa
membukanya terlebih dahulu. S-Pen juga dilengkapi dengan fungsi Quick Command untuk memudahkan pengguna membuka aplikasi yang sering digunakan.
Samsung Galaxy Note 2 ini dikhabarkan bakal sampai di Malaysia seawal
bulan Oktober tahun ini. Walau bagaimanapun, harganya masih lagi menjadi
tanya kerana ia tidak diumumkan pada majlis berkenaan.
0 comments:
Post a Comment