Laporan polis Nor Arlene berkenaan Makcik Hajjah

03 September 2011
GAMBAR WAJAH SEBENAR MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA
*Seperti yang disebarkan oleh Gaysec
Mungkin masih ada antara anda yang tak tahu apa-apa berhubung isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini, jadi kami berikan sedikit kronologi untuk memberi gambaran kepada anda.
1. Wujud sebuah blog (http://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com) yang mana kandungannya menjurus kepada penghinaan terhadap agama Islam. Ditulis oleh seseorang yang tidak dikenali dan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara sebagai pengenalan diri.
2. Ekoran kewujudan blog tersebut, ramai pihak terutamanya yang beragama Islam berang mengenainya. Bermula dari situ, ramai yang ingin mengenali siapakah orang disebalik blog tersebut dan pengguna nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu.
3. Setelah beberapa ketika, akhirnya kumpulan penggodam Malaysia yang dikenali dengan nama Gaysec (nama macam Gay Section. LOL) ‘berjaya’ mendapatkan info yang kononnya milik Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Nama yang dikeluarkan oleh Gaysec ialah Nor Arlene Tan binti Khalid.
4. Info yang diperolehi oleh Gaysec itu kemudiannya didedahkan kepada umum. Dengan pendedahan itu, ramai blogger yang mengambil kesempatan dengan menyebarkannya di blog masing-masing. Paling parah, ada yang membuat ugutan.
5. Setelah info (atau lebih tepat privasi) Nor Arlene Tan binti Khalid disebarkan secara meluas dan menerima ugutan, dia telah membuat laporan polis mengenainya dan menafikan yang dia bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seperti yang didakwa oleh Gaysec.
Harap sedikit jelas dengan kronologi yang kami berikan di atas dan kat bawah ni adalah salinan laporan polis yang telah dibuat oleh Nor Arlene Tan binti Khalid pada 8 Ogos 2011. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
GAMBAR WAJAH SEBENAR MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARADalam kes ini, kami tak tahu siapa betul siapa salah. Tapi kalau betul Nor Arlene Tan tu bukannya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, rasanya anda tahu siapa yang salah. Kesian dia, kerana Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tak pasal-pasal privasi dirinya tersebar satu Malaysia. Apa-apa pun, kita nanti apa kesudahan isu ini.
sumber http://www.malaysiasensasi.net/2011/08/laporan-polis-nor-arlene-berkenaan-isu.html

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket