KHUTBAH PERANGI FITNAH

05 April 2011
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUAREBA30NA8XVvZfMbdV-IT4PDQiCUu22aNro0XKmxqLel2DnEq3DpWTpi0qOjDCrJk_pr1zh3Jyt7SfMsnxjzKVMADjmhU52v4-Rj4X2iBMfadG_ptYbi9axbHkAaoxxTw8e88YBvO0/s1600/umnokingkong+gaduh.jpg 
[sambungan dari artikel sebelum yang bertajuk "Fitnah : Senjata Tertua di Dunia"]

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah sekelian.

1. Fitnah adalah perbuatan keji yang sangat dicela oleh syara' justeru kesan radiasi fitnah jauh lebih dahsyat dari membunuh. Allah swt telah menegaskan perkara ini di dalam firmanNya yang berbunyi :  والفتنة أشد من القتل  : bermaksud Fitnah itu lebih dahsyat [kesan dan akibatnya] dari membunuh. ~ surah al Baqarah Ayat 191 ~

2. Fitnah adalah angkara perlakuan manusia jahat yang suka mencetuskan kekacauan, pergolakan, permusuhan, pengkhianatan, dendam, huru hara dan 1001 kerosakan dikalangan masyarakat ummat manusia. Sedang Islam yang diturunkan oleh Allah swt adalah agama yang harmoni, memelihara kesejahteraan bermasyarakat dan melarang sekeras - kerasnya sebarang tindakan yang mencetus perpecahan dan permusuhan seperti fitnah, tohmah dan khianah.

3. Firman Allah swt :

إن الذين فتنوا المؤمنين و المؤمنات ثم لم يتوبوا فلهم عذاب جهنم و لهم عذاب الحريق

Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Surah Al Buruj. Ayat : 10

4. Sebagai insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. selayaknya kita menjauhkan diri, malah memerangi perbuatan fitnah agar ia tidak menjadi amalan yang berleluasa dikalangan masyarakat di dalam negara kita. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, bahawa fitnah adalah perbuatan yang dicetuskan oleh manusia fujur [jahat] yang dipengaruhi pemikiran dan jiwanya oleh syaithan durjana.

5. Umumnya objektif pelaku dan penyebar fitnah adalah untuk menolak kebenaran yang gagal disangkal dengan hujjah mereka. Fitnah menjadi senjata yang paling murah dan mudah dihasilkan untuk memerangi kebenaran. Ia juga adalah senjata yang digunakan sejak berzaman termasuk untuk menolak kebenaran yang diperjuangkan oleh Nabi saw. Firman Allah swt :

ولقد ابتغوا الفتنة  من قبل و قلبوا لك الأمور  حتى جاء الحق و ظهر أمر الله و هم كارهون

Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu [wahai Muhammad] berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah [kemenangan] ugama Allah [Islam], sedang mereka benci kepadaNya.

Surah At Taubah. Ayat : 48

6. Sungguhpun demikian, akan pasti ada fitnah yang menjalar disetiap zaman dan tempat. Ianya dinyalakan dan ditiup agar ummat manusia bertelagah dan bermusuhan. Justeru itu, kita tidak boleh berpeluk tubuh membiarkan api fitnah ini membakar kesejahteraan ummah dan membinasakan kebenaran yang diperjuangkan. Sungguhpun perit dan sengsara berdepan fitnah yang dihadapi, yakinlah bahawa Allah swt bersama dengan mereka yang memperjuangkan kebenaran. Firman Allah swt :

ثم إن ربك للذين هاجروا من بعد ما فتنوا ثم جاهدوا و صبروا إن ربك من بعدها لغفور رحيم

Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu [memberikan pertolongan] kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnah [oleh kaum musyrik], kemudian mereka berjihad serta bersabar, Sesungguhnya Tuhanmu [sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan] adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An Nahl. Ayat : 110

7. Melalui suara mimbar yang penuh dengan keberkatan ini, saya menyeru seluruh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt agar menghindarkan diri dari fitnah dan bangkit menentang sebarang usaha melakukan fitnah lantaran inilah yang diperintah oleh Allah swt :

و قاتلوهم حتى لا تكون فتنة و يكون الدين لله فإن انتهوا فلا عدوان إلا على الظالمين

dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah satu - satunya cara hidup [yang diamal] milik Allah [Islam], maka apabila ia telah berakhir maka tiada lagi permusuhan kecuali ke atas orang - orang yang zalim.

Surah al Baqarah. Ayat 193

8. Membiarkan fitnah berleluasa tanpa langkah berkesan diambil oleh orang - orang yang beriman dan bertaqwa untuk mencegahnya, maka tunggulah kebinasaan yang akan menimpa masyarakat ini. Kepada Allah swt kita mohon perlindungan dari kebinasaan yang tidak mampu kita hadapinya kelak. Malah apa yang lebih dibimbangi ialah murka dan azab Allah swt di akhirat ekoran sikap mendiamkan diri lalu memberi ruang kepada fitnah tersebar.

9. Nasihat saya jua kepada mereka yang berkuasa. Mereka yang memegang amanah untuk menjaga dan memelihara kesejahteraan rakyat sebagai pemimpin yang diberi mandat agar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Sekali - kali jangan membenarkan fitnah menjadi amalan dalam politik kita. Kerana politik sedemikian hanyalah politik kotor lagi jijik pula berdepan dengan kemurkaan Allah swt.

10. Akhirnya marilah kita berdoa kepada Alllah swt agar menghindarkan diri kita daripada menjadi mangsa fitnah dan dalam masa yang sama, kita juga berdoa agar kita tidak memfitnah orang lain. Sungguhpun antara kita berbeza fahaman politik, namun berpolitiklah dalam batas yang tidak mengundang kemurkaan Allah swt.  Berpolitiklah dalam suasana yang sihat dan saling berlumba untuk berkhidmad kepada rakyat dan negara. Berpolitiklah dengan maksud untuk membebaskan rakyat dan negara dari kemungkaran, penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan. Berpolitiklah untuk mencari redha dari Allah swt.
sumber:http://www.eperjuangan.com/

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket