9 Oktober 2010 – Jika Di Perak kita dikejutkan apabila ahli mesyuarat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Pakatan Rakyat membuat sidang tergempar di bawah pokok. Lokasi asal persidangan tersebut adalan di DUN Perak, namun satu permohonan injunksi difailkan bagi menghalang sebarang persidangan DUN yang tidak sah seperti dirancang Pakatan Rakyat.
Di Mesir pula sebuah persatuan pelajar yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor (BKASM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 35 di sebuah dataran permainan. Lokasi dataran tersebut adalah di Hayyu ‘Asyir yang berada di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi oleh bangunan rumah anak negeri Pahang, Kedah, Selangor dan Terengganu. Oleh kerana Rumah Anak Negeri Selangor sedang melalui proses pengubahsuaian maka ia memaksa adhoc MAT mencari lokasi lain sebagai ganti.
Menurut sumber yang diperolehi menyatakan bahawasanya dataran tersebut bukanlah menjadi lokasi pilihan yang dibincangkan dalam mesyuarat adhok pelaksana MAT. Malahan ia merupakan lokasi yang diputuskan secara mengejut setelah beberapa masalah berlaku.
Untuk makluman pembaca, sebelum ini pihak pelaksana MAT telah berusaha untuk mendapatkan Dewan Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA) sebagai lokasi yang paling strategik dan selesa untuk diadakan MAT. Namun pihak pengurusan ARMA tidak membenarkan atas alasan dewan tersebut akan digunakan untuk acara reheasal bagi majlis konvokesyen JPMK.
Usaha diteruskan apabila pihak pengurusan cuba membuat permohonan terhadap Pegawai Rumah Johor bagi mendapat kebenaran untuk menyewa Dewan Asrama Rumah Johor Rabaah. Namun permohonan tersebut juga ditolak kerana dewan tersebut telah disewa oleh pelajar Indonesia. CBR tidak pasti adakah layak diberi kebenaran terhadap persatuan atau pelajar dari negara lain untuk menyewa Dewan Asrama Rumah Johor Rabaah. CBR menganggap mungkin tidak terdapat dalam terma syarat secara khusus berkenaan dengan hal penyewaan ini.
Sasaran lokasi berikutnya adalah di Dewan Asrama Pelajar Terengganu. Sekali lagi permohonan dibuat bagi mendapatkan keizinan menggunakan lokasi tersebut. Pada awalnya permohonan tersebut diluluskan oleh pihak Keluarga Pelajar Terengganu (KPT). Namun permohonan tersebut terpaksa dibatalkan apabila Pegawai Rumah Terengganu mengambil bahagian dalam mengesahkan permohonan tersebut.
Rentetan dari masalah tersebut pihak pelakasana MAT telah membuat keputusan untuk memilih dataran sebagai lokasi yang paling terbaik untuk diadakan MAT kali ke 35 pada tahun ini. Tahniah CBR ucapkan kepada adhoc pelaksana serta kepada seluruh ahli BKASM kerana berusaha menjayakan MAT kali ke 35 ini walaupun menempuhi berbagai halangan dan kepayahan. Hal ini menunjukkan ahli BKASM memiliki komitmen dan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan mengadakan MAT ini bagi memastikan kesinambungan perjuangan BKASM dapat diterus dan diperjuangkan.
0 comments:
Post a Comment