LARS VILKS-pelukis yg mencabar Islam

27 March 2010

Lars Endel Roger Vilks (lahir 20 Jun 1946) ialah seorang seniman dari negara Sweden. Beliau dilahirkan di Helsingborg, Sweden. Bapanya dari Estonia dan ibunya warganegara Sweden. Beliau memperoleh ijazah Ph.D. dalam kajian sejarah seni daripada Lund University pada tahun 1987 dan bekerja di Oslo National Academy of the Arts dari 1988 hingga 1993. Dari 1997 hingga 2003 beliau merupakan professor dalam bidang teori seni di Bergen National Academy of the Arts. Sebagai seorang penggiat seni, Vilks sangat dikenali dengan institutional theory of art

Kontroversi Kartun Hina Nabi

Pada 11 Jun 2007, Vilks telah dijemput untuk menyertai pameran kesenian dengan tema “The Dog in Art” (Anjing dalam Seni) yang telaj diadakan di pecan kecil Tällerud di Värmland, Sweden. Vilks menghantar tiga lukisan pena dan dakwat diatas kertas A4 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai anjing di bulaytan jalan(roundabout dog). Sebelum ini, Vilks telah pun melukis kartun berkenaan Nabi Muhammad dalam satu pameran kesenian di Vestfossen, Norway, dengan tema “Oh, My God”. Vilks konon menyatakan niatnya hanya untuk mewujudkan amalan “check and balance” terhadap situasi politik melalui sempadan kesenian.

Pada 20 Julai 2007, sehari sebelum pembukaan majlis di Tällerud, pihak penganjur telah mengenepikan lukisan Vilks dari pameran kerana bimbang akan reaksi daripada komuniti Islam. Marta Wennerström, penganjur pameran keseniaan berkenaan, berkata pada mulanya beliau tidak sedar akan ran impak lukisan berkenaan terhadap masyarakat. Namun, selepas menemui agensi kerajaan Sweden dan orang perseorangan beliau mengambil keputusan untuk tidak mempamerkan lukisan tersebut.

Selepas penolakan tersebut, Vilks telah menghantar lukisan-lukisannya ke Gerlesborg School of Fine Art di Bohuslän, Sweden (tempat beliau mengajar sebagai pensyarah) dalam satu pameran berkenaan hasil kerja para pengajar yang akan dibuka pada 18 Ogos 2007. Namun, pihak pengurusan terpaksa menolak atas factor keselamatan.

Walaubagaimanapun, pada 18 August, sebuah akhbar tempatan dari Örebro, Sweden, Nerikes Allehanda telah menerbitkan satu daripada lukisan-lukisan Vilks’s dalam kolum editor berkenaan kebebasan ekspresi. Pihak editor mempertahankan hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam dalam masa yang sama membenarkan Islam dan Nabinya dihina dengan tindakan yang sangat provokatif. Pada masa yang sama lukisan-lukisan tersebut telah pun disiarkan dalam akhbar-akhbar Aftonbladet, Dagens Nyheter, Expressen dan Uppsala Nya Tidning.

Reaksi Umat Islam

Pada 27 Ogos 2007, Kedutaan Sweden di Tehran, telah menerima notis amaran daripada Kementerian Luar Iran berkenaan penerbitan dalam Nerikes Allehanda. Pada 28 Ogos 2007 Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, telah membuat komentar dalam satu siding media. Beliau membacakan petikan daripada Islamic Republic News Agency: “Agama-agama mengajak kepada persahabatan, kesamarataan, keadilan, kedamaian dan rasa hormat kepada para rasul. Golongan Zionis hanya berpura-pura beragama. Mereka berbohong dan menganjurkan permusuhan di benua Eropah dan meletakkan prestij Eropah dalam keadaan yang amat berisiko”.

Selain itu, bantahan turut dikemukan oleh kerajaan-kerajaan serta NGO daripada Pakistan, Afghanistan, Mesir, Jordan. Setiausaha OIC, Ekmeleddin İhsanoğlu, telah menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan undang-undang serta-merta terhadap pelukis dan media serta meminta mereka memohon maaf kepda seluruh umat Islam. Demonstrasi jalanan telah diadakan di seluruh dunia Islam atas sikap kurang ajar tersebut.

Di Sweden sendiri, pada 25 Ogos 2007, sekumpulan 60 orang demonstran Muslim telah mengadakan demonstrasi aman di luar pejabat Nerikes Allehanda’s di Örebro, Sweden bagi membantah penerbitan kartun berkenaan. Pada 31 Ogos 2007, Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt membuat komentar dan menyatakan komitmen kerajaan Sweden bagi mengekalkan keamanan negara dengan rakyatnya Muslim dan Kristian bebas mengamalkan anutan masing-masing. Namun, beliau agak berhati-hati untuk mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis kartun tersebut atas tema kebebasan bersuara yang telah termaktub dalam perlembagaan negara Sweden. Pada hari yang sam juga seramai 300 demonstran yang diketuai pihak Pusat Kebudayaan Islam di Örebro – telah berkumpul di hadapan pejabat Nerikes Allehanda untuk menyatakan protes.

Pada 9 Mac 2010, Colleen R. LaRose dari Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat telah didakwa oleh pihak berkuasa atas tuduhan merekrut sekumpulan penggananas untuk membunuh Vilks. Pada 18 Mac 2010, dalam perbicaraan di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat, wanita yang digelar sebagai Jihad Jane itu mengaku tidak bersalah. (p/s: orang lain yang jadi punca kontroversi, orang lain yang didakwa)

Semalam (26 Mac 2010), Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketua Pemuda, Ust Nasarudin Hassan Tantawi bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah berhimpun di Masjid Tabung Haji seterusnya berarak ke Kedutaan Sweden di bangunan Plaza OSK, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas beberapa akhbar Sweden menerbitkan semula lakaran kartun Vilks. Ust Nasrudin dan Saudara Jais dari GPMS kemudiannya naik ke tingkat 8 di pejabat Kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum bantahan.

sumber

Mabrukk !! buat keluarga Abangku

23 March 2010
Bersama moyangnya Aminah tok raja
Wan Muhammad SyafiQ b Wan Mohd Khalil

Salam kepada bukan islam - M Jusoff Taib

DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya.

Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita.

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi.

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita.

Bebalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.”

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.”

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.”

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru.

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan,
(2) Pemiliohan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya.
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat.

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati beliau menyebut tentang adanya khilaf.

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf) mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.”

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar.

Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.

Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab !
sumber

Mubarak akui Syeik Ahmad Tayyib sebagai syeikh Azhar BARU!

RIYADH,19 Mac: Presiden Mesir Husni Mubarak akhirnya mengesahkan kenaikan Dr.Ahmad Muhammad Ahmad Thayyib sebagai Syaikhul Azhar yang baru,mengisi kekosongan jawatan Syaikhul Azhar, setelah wafatnya Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi, pada hari Rabu (10/3) lalu, di Riyadh, Saudi Arabia.

Sumber dari As- Syarqu Al Awsat Al Mishriyah, yang memberitakan hal ini mengatakan bahawa Presiden Mesir, pada hari Jumaat (19/3) ini telah mengeluarkan perintah tentang pengesahan kenaikan Dr Ahmad Muhammad Ahmad Thayyib sebagai Syaikhul Azhar yang baru.

Keperibadian Ahmad Thayyib

Dr. Ahmad Thayyib dilahirkan di daerah Disyna wilayah Qina, Mesir.Lahir dari keluarga yang memiliki keturunan hingga ke cucu Nabi Muhammad S.A.W, Imam Hassan bin Ali bin Abi Thalib.Menyelesaikan program Lisencenya di Universiti Al-Azhar jurusan Aqidah wal falsafah pada tahun 1969.Beliau menyelesaikan program Machester di kampus yang sama pada tahun 1971 dan program kedoktoran pada tahun 1977.

Beliau juga ditugaskan oleh pihak universiti untuk menjadi dekan di Fakulti Dirasat al-Islamiyah wa al-Arabiyah, Universiti Al-Azhar di Qina, Mesir.kemudian menjawat jawatan yang sama di wilayah Aswan,Mesir. Ahmad Thayyib juga pernah menjadi dekan di Fakulti Usuluddin di Islamic International University Pakistan.

Beberapa ketika kemudian, beliau ditaklifkan sebagai Mufti Negara untuk Repuklik Arab Mesir. Dan pada tahun 2003, beliau dilantik sebagai Presiden Universiti Al-Azhar hingga sekarang. Pada waktu yang sama menjawat sebagai anggota Majma'ul Buhuts al Islamiyah. Dan dengan jawatan barunya sebagai Syaikhul Azhar, kini secara automatik menepati kedudukan sebagai Ketua dari Majma'ul Buhuts al Islamiyah.

Ahmad Thayyib juga merupakan anggota dari Majlis Tertinggi dalam Tarikat Sufi di Mesir, dan juga merupakan Tarikat Al Ahmadiyah Al khalwatiyah, menggantikan ayahnya yang merupakan pengasas dari tarikat yang berpusat di kota Aswan itu. Sehingga kini, beliau menjadi ketua dari Lembaga Dialog Agama yang berada di Al-Azhar.

Thayyib dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dalam menghasilkan buku serta mengkaji tentang ilmiah.Buku-buku beliau banyak bertemakan tentang Akidah Falsafah Islam, beliau juga banyak menterjemah buku-buku berbahasa Perancis yang membicarakan tentang falsafah Islam ke dalam bahasa Arab, beliau juga dikenali sebagai seorang syeikh yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Dengan adanya keputusan kenaikan Syaikhul Azhar yang baru ini, Dr.Ahmad Muhammad Ahmad Thayyib akan menjalankan amanahnya seumur hidup sebagaimana Syaikhul Azhar sebelumnya.Al-Azhar pun akan terus berdiri sebagai pusat keilmuan muslim dunia yang utama, setelah mampu bertahan sejak berabad-abad silam
sumber:
www.map2care.blogspot.com

CABARAN Mesir akan datang..

14 March 2010

PRESIDEN Mesir, Hosni Mubarak bakal menghadapi tentang hebat dalam pilihan raya Presiden tahun depan jika Bekas Ketua Pengarah Agensi Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed El-Baredei dibenarkan bertanding sebagai calon presiden.

Sudah kedengaran desakan dan sokongan dari pertubuhan wanita dan gerakan belia yang mahukan beliau bertanding bagi membawa pembaharuan dan perubahan kepada sistem politik sekular lapuk Mesir yang selama ini mengongkong kuat suara rakyat dari melakasanakan pemerintahan demokrasi yang sebenar. Diplomat berusia 67, yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa sewaktu mengetuai IAEA tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sebagai calon presiden jika gerakan pembaharuan secara besar-besaran sudah mula bertapak di segenap hati rakyat Mesir.

Menurut beliau, sejak pulang ke tanah airnya Mesir banyak sokongan diberikan rakyat seperti wakil pertubuhan wanita dan gerakan belia yang melancarkan petisyen bagi menggesa beliau bertanding. Lebih 100,000 orang menyertai kumpulan Facebook mendokong pencalonan beliau sebagai calon yang layak menentang Mubarak.

El-Baredei, pemenang Hadiah Keamanan Nobel kini muncul sebagai pemimpin pembangkang di Mesir yang sudah menerima gelombang sokongan pejuang pembaharuan dan golongan muda yang melihat beliau sebagai tokoh yang mampu mencabar Presiden Hosni Mubarak, 81, yang telah memerintah Mesir secara kuku besi selama hampir 30 tahun.

Dalam wawancara dengan Assosiated Press, beliau menggesa Mubarak supaya mendengar seruan rakyatnya yang menuntut perubahan sebelum perasaan kecewa terhadap sistem lapuk di negara itu mencetuskan pergolakan yang tidak dapat dikawal. El-Baredei yang tidak dicemari sebarang skandal rasuah yang sekian lama menular di kalangan kakitangan dalam pemerintahan Hosni Mubarak, cuba mendesak segera dilaksankan pindaan dalam Perlembagaan yang akan membenarkan seorang calon berwibawa bertanding dalam pilihan raya Presiden tahun depan.

Undang-undang di Mesir dibawah Presdien Mubarak menyekat dan menghalang sebarang tokoh pembangkang dari bertanding mencabarnya dengan pelbagai alasan yang tidak relevan dan disifatkan agak zalim. Berapa banyak sudah tokoh Ikhwanul Muslimin dan tokoh pembaharu berwibawa yang cuba bertanding tetapi dihalang dari peringkat awal pencalonan lagi. Ada di kalangan mereka yang dikesan didakwa membawa idea gerakan Islam dan mereka di penjara atau diseksa dalam tempuh waktu yang tidak diketahui.

Sesetengahnya hilang tanpa dikesan setelah cuba menunjukkan hasrat bertanding dan mendapat sokongan majoriti rakyat muda yang inginkan perubahan dalam pemerintah Mesir.

Pemerhati politik dan penyokong setia beliau berpendapat, latarbelakang El_Baredei sebagai tokoh antarabangsa yang disegani boleh membantu melindungi beliau dari gangguan kejam pemerintah Mubarak yang selama ini terkenal menjadi antara faktor yang menyekat gerakan pembangkang dari bertapak.

Penganalisis politik barat berpendapat, jika sokongan dari luar khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memihak El-Baredei sebagai calon yang layak, nasib Mubarak bakal berubah dan mungkin tenggelam dibantu sokongan padu majoriti rakyat yang selama ini dahagakan perubahan dan pembaharuan kepada sistem pemerintahan demokrasi Mesir yang dikatakan statis dan menafikan hak rakyat terbanyak.

Dalam perkembangan terbaharu, Mubarak mengakui El-Baredei boleh bertanding selagi beliau menghormati Perlembagaan di negara itu. Menurut Mubarak, beliau boleh memilih atau menyertai mana-mana parti yang disukai atau menjadi calon bebas jika beliau berhasrat bertanding. "Satu-satunya syarat ialah beliau mesti menghormati Perlembagaan", ujar Mubarak kepada wartawan semasa lawatannya ke Jerman sambil menyindir Mesir tidak memerlukan seorang wira baru.

Di bawah undang-undang Mesir, seorang calon Presiden perlu menjadi anggota kanan sebuah parti selama sekurang-kurangnya setahun dan parti itu sendiri perlu wujud selama sekurang-kurangnya lima tahun. Sebagai calon bebas, El-Baredei memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 250 anggota Dewan Tertinggi dan Dewan Rendah Parleiemn serta dari Majlis-Majlis Perbandaran, iaitu badan-badan yang dikuasai Parti Demokratik Nasional pimpinan Mubarak.

Seorang pemerhai politik yang sering mengikuti perkembangan politik Timur Tengah memberi pandangan, tidak mudah bagi mana-mana parti politik dan tokoh pembangkang untuk mencabar Mubarak dalam sistem politik sekular ala barat yang sudah dikuasai dan tunduk kepada telunjuk orang bukan Islam - AS dan Yahudi.

Menurut beliau, sejarah membuktikan, tokoh pembaharu dan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang cuba bertanding mencabar Mubarak telah dikenakan sekatan dan tekanan dalam bentuk undang-undang negara yang disifatkan amat kejam serta tidak demokratik sehingga kebanyakan mereka terpaksa menarik diri, dikenakan hukuman penjara yang lama dan setengahnya hilang tidak dapat dikesan kerana tindakan mereka mengkritik dasar pemerintah Mubarak. Beliau berkata, AS menyokong kuat pemerintah Mubarak dan memberi apa saja bentuk bantuan dan pinjaman kepada Mesir sedangkan situasi sebenar ekonomi tidak berubah - kadar pengagguran yang tinggi dan kurangnya peluang pekerjaan sehingga ramai warganya terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari hidup baru yang lebih selesa.

Rakyat tidak mendapat kebebasan bersuara dan bertindak seperti yang seharusnya ada dan dibenarkan dalam sistem pemerintahan demokrasi tulen. Pergerakan rakyat dan pemimpin yang cuba bersuara lantang mengkritik dan mencabar kewibawaan presiden bakal menemui liku-liku hidup yang berduri dan dahsyat. AS dikatakan menjaga kepentingan dan keselamatan Mesir sebagai benteng bagi menghalang puak militan Islam dari bertapak di negara yang sudah dianggap boneka kepada AS dan Israel. Mesir sudah dianggap sebagai kuasa nuteral dan pendamai kepada negara dan puak-puak yang bertelagah di Timur Tengah tetapi tidak pernah berlaku adil kepada mereka.

Tidak banyak yang dapat dilakukan Mesir kepada jiran-jiran muslimnya yang amat mengharap perlindungannya kerana tangannya sudah terikat ke belakang dan sentiasa tunduk kepada tekanan AS dan Israel yang banyak menunaikan permintaan Mubarak dan membantu kuat ekonomi Mesir. AS dan Israel menggunakan Mesir dengan merujuk Mubarak sebagai perunding yang kononnya boleh menyelesaikan masalah mereka dengan negara-negara bergolak di Timur Tengah seperti Palestin, Lebanon dan Syria. Walaupun mendapat kritikan dan kecaman keras dari negara-negara Islam sekelilingnya serta pertubuhan OIC kerana dasar berat sebelah (bias) Mubarak, tiada tindakan berkesan boleh dilakukan terhadap Mesir kerana sedar AS sentiasa di belakangnya.

Banyak tindakan Mesir sudah mengecewakan umat Islam terutama dalam isu Palestin yang ketara terlalu memihak pihak Yahudi dan menekan kejam rakyat Palestin seperti pembinaan tembok dan larangan menggunakan sempadan negaranya bagi mengirim bantuan asas kepada penduduk Palestin yang amat memerlukan dan sudah lama terseksa dibawah sekatan dan tekanan rejim Yahudi.

Mesir dibawa Mubarak jelas dibawah telunjuk AS dalam apa saja keputusan terutama keselamatan dan kewujudaan terus negara Yahudi. Hal ini perlu disedari EL-Baredei dan jika beliau cuba bertindak melawan arus - bersikap adil dan tidak memihak AS, nasibnya pasti menemui jalan berliku seperti yang pernah dilalui tokoh pembangkang sebelumnya. Beliau boleh selamat sekiranya tunduk kepada kehendak AS dan mendapat restu dari rejim Zionis yang amat memerlukan Mesir sebagai benteng terakhirnya menghalang kemaraan puak militan Islam.

baca dan kaji adakah fakta ini benar atau salah-sumber

PELAJAR CEMERLANG SPM

11 March 2010

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

SUMBER: HARAKAHDAILY

Syeikh Tantawi meningal Dunia , satu kehilangan bagi Ummat Islam



Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun.

Pemimpin agama Mesir Syaikh Muhammad Sayyid Tantawi, yang juga merupakan Syaikhul Kabir al-Azhar, dilaporkan telah meninggal kerana serangan jantung dalam kunjungannya ke Arab Saudi, sebagaimana dilaporkan agensi berita rasmi Mesir Mena pada hari Rabu ini (10 /Mac).

Syaikh Tantawi, 81 tahun berada di Riyadh untuk menghadiri upacara penghargaan "King Faisal Prizes".

Syaikh Tantawi menjadi Imam besar al-Azhar sejak tahun 1996. Al-Azhar adalah salah satu lembaga yang paling terkemuka di dunia Islam .beliau banyak membantu orang orang islam,memberi fatwa dan menjadi idol bagi ummat islam sedunia

semoga Allah memberkati perjuanganmu dan moga ada penerus perjuangan Islam di muka Bumi ini...

"Surely we belong to Allah and to Allah is the return"

Kita masih diPERMAINKAN

08 March 2010


Sekarang samakin banyak manusia bermaharajalela diatas dunia.Yang memerintah ,menggunakan kuasa pemerintahannya menggunakan Hawa nafsu dengan menghalalkan cara apa yang ada.Yang melihat(rakyat) akur dengan kuasa pemerintah tanpa mengetahui apa tujuannya.Asalkan memberi manfaat kepada diri masing-masing
Teringat penulis apabila mengeluarkan posting pada tahun lepas apabila kerajaan Uthmaniah jatuh akibat dari pemimpinnya yang mempersendakan agama,membunuh ulama',menukar Azan dari bahasa syurga(ARAB) kepada bahasa turki,menjadikan niqab haram digunakan disemua kawasan.Apakah perkara ini akan berlaku pada zaman kini?apakah zaman manusia tak mengambil apa yang telah berlaku pada zaman yang lepas?
teringat juga penulis apabila sahabat handai berkata : Wataknya berbeza,Lakonannya tetap serupa :Roda akan berpusing dari bawah ke atas .Perumpamaan ini menyatakan bahawasanya sejarah itu suatu perkara penting untuk membentuk peribadi yang baik.Penulis bawa contoh : perkara semalam adalah sejarah bagi hari ini.perkara esok adalah penerus untuk masa akan datang .apabila kita tak muhasabah pada hari ini,maka ,hari esok tak akan maju sampai hari yang mendatang
Apabila penulis membaca buku suara kampus milik JOHOR (SUKEJ) ada menyatakan bahawa orang yahudi takkan mengikut kita selagi kita tak ikut mereka..Tahukah anda kenapa Yahudi berfikiran demikian?
  1. Kerana mereka tahu mereka telah memegang kuasa besar dunia
  2. Kerana mereka telah memegang ekonomi dunia
  3. Mereka memegang kuasa politik dunia
  4. Mereka telah memegang kuasa media
  5. Mereka memegang kuasa mahkamah
Disebabkan mereka telah memegang kuasa diatas,mereka mampu menenggelamkan Islam ,kristian dan agama lain,maka muncullah fahaman baru dikalangan orang zaman kini iaitu fahaman Freemanson
gerekkan Freeman ini ditubuhkan adalah untuk menjatuhkan Agama , Moral ,Pendidikan ,Intitusi Pemerintah,dan sebagainya.maka apa yang kita lihat sekarang adalah apa yang sedang di lakukan oleh fahaman Freemanson ini.tak perlu kita lihat jauh,kita lihat dalam anugerah Juara Lagu yang lepas..semua ini sebenarnya dah lama dirancang oleh orang yahudi terhadap negara-negara Islam dan perkara ini telah berlaku di seluruh negara arab dan bukan Arab.Industri hiburan adalah industri yang sangat berguna bagi kaum laknatullah ini.INI DINAMAKAN PERMAINAN SARAF(PERANG SARAF).



Penulis memikirkan hal ini akibat dari sahabat handai yang telah dididik oleh keluarga tanpa komputer,tanpa internet,tanpa televisyen,tanpa radio tapi beliau adalah pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan peribadi.adakah suatu hari nanti kita akan melahirkan anak yang sebegitu?adakah anak kita akan didik dengan didikan islam yang Syumul?Adakan kita akan mendapat pahala yang berterusan apabila kita telah bertemu dengan Allah azza Wajalla?

PROTON EMAS

04 March 2010
proton terbaru yang dirasmikan oleh mahathir di geneva....new hybrid
lihat video dibawah
pastikan anda lihat keselamatan,keselesaan dan bajet.bukan saja pengeluaran sahaja
takut-takut masuk TOP GEAR hancur bersepai..






ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

update photo Xpert 2010

02 March 2010




Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket