Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak

17 November 2010
MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.




-- BERNAMA-Sumber2

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=502911

p/s : Ha.. siape yang kaki rokok tu.. hati-hati.. jangan dok gatal cium budak-budak.. mati budak tu nanti.

Sumbangan PMRAM - rakyat Malaysia di Mesir

sumber

Mengimbas kembali kronologi penubuhan DPM yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Al-Azhar cawangan, membuktikan bahawa kebajikan yang dijanjikan oleh PMRAM bukanlah satu retorik semata-mata. Malahan ia menunjukkan PMRAM benar-benar memaksudkan laungan “Satu Fikrah Satu Amal”.

Dewan Perwakilan Mahasiswa atau ringkasannya DPM seperti yang telah diketahui adalah merupakan organisasi pentadbiran di peringkat cawangan yang mewakili PMRAM Pusat. Tujuan penubuhannya adalah bagi memantau permasalahan yang berlaku di peringkat cawangan sama ada permasalahan tersebut berkaitan pengurusan di kuliah mahupun di luar kuliah. Tujuan lain adalah untuk memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam yang menuntut di Mesir.

Berikut adalah kronologi Agung penubuhan PMRAM dan DPM:-

1930 : Penubuhan Putera-putera Semenanjung.

1958 : PMM mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaan di Mesir.

1960 : Kedutaan besar Malaysia diwujudkan hasil desakan PMM.

1971 : Pertukaran nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

1991 : Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi pertama di cawangan Al- Azhar,Iskandariah.

1992 : Menghantar mahasiswa ke cawangan Al-Azhar di Tanta, Damanhur, Shibinn El-Kom Dan mansurah.

1993 –

2009 : PMRAM mewakili Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dalam mambantu menguruskan penghantaran pelajar-pelajar baru dari BAKAN masing-masing ke Universiti Al-Azhar cawangan. Oleh yang demikian satu lajnah khas ditubuhkan oleh PMRAM bagi memudahkan lagi proses penghantaran pelajar-pelajar baru tersebut. Maka Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) mula ditubuhkan.

2010 : PMRAM hanya menumpukan kepada perlaksanaan program Minggu Pengetahuan Silaturrahim (MPS) peringkat PMRAM sahaja. Hal ini berikutan keberjayaan usaha pihak JPMK dalam menidakkan kehadiran mahasiswa baru ke university di cawangan bermula pada tahun ini.

Kronologi yang dipaparkan diatas membuktikan kesungguhan perjuangan PMRAM bagi membantu mahasiswa tanpa membezakan ideologi atau pemikiran. Namun, alangkah sedihnya apabila terdapat beberapa pihak yang sepatutnya bersama-sama mendokong usaha murni ini telah mengkhianati agenda yang ingin dibawa oleh PMRAM. Pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan kesatuan ini sehingga sanggup menafikan hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa Malaysia walhal kewujudan mereka sebenarnya adalah terhasil daripada desakan mahasiswa sendiri.

Bersambung……..

Masjid Süleymaniye Dibuka Kembali

16 November 2010
Pembangunan kembali Masjid Süleymaniye yang berada di kota Istambul telah selesai, masjid yang indah dan bersejarah itu akan dibuka pada saat Aidil Adha. Pembangunan kembali Masjid Sulaimaniah itu memakan masa tiga tahun.


Masjid Süleymaniye dibina selama era Sultan Suleiman, sangat terkenal dalam sejarah Khalifah Turki, iaitu pada 1551-1558, yang dikerjakan seorang arkitek yang sangat terkenal Mimar Sinan.

Pembangunan masjid yang bersejarah yang merupakan warisan Khalifah Turki Osmani itu mengahabiskan biaya sebesar 21 juta Liras Turki. Ini merupakan bayaran pemugaran yang paling banyak yang digunakan oleh kerajaan Turki untuk sebuah masjid.

Pembangunan kembali masjid itu diawasi secara langsung oleh Gur Pembinaan. Sebuah pasukan dianggotai 200 orang terdiri dari arkitek, seniman, kaligrafi, sejarawan seni, ahli pemulihan, konservator dan pekerja telah bekerja siang dan malam untuk menyelesaikan pembangunan kembalii Masjid Süleymaniye, yang dipandang sebagai lambang budaya Islam.

Salah satu hasil penting dari pembangunan semula ini adalah kubah masjid, kini telah diperkuatkan untuk menahan gempa skala 8 pada skala richter, dan berkat teknik pembersihan semen khusus digunakan pada masjid.

Keajaiban Masjid Sulaimaniah itu terdapat 256 kubus akustik ditemui dalam kubah masjid, dan dalam proses pembangunan semula itu, juga menemukan karya-asal dalam liontin gantung yang menghiasi masjid. Beberapa surat hilang dari suatu bahagian dari Al-Quran, yang ditulis 150 tahun yang lalu ke dalam kubah utama, juga diganti atas keputusan dewan pemulihan.

Sebelumnya pernah dilakukan pembangunan semula (pemulihan) Masjid Süleymaniye pada 1847-1849, dan pada tahun 1960-an 1950s. Upaya terkini bermula tahun 2007, dan Ozekinci menjelaskan:

"Sebagai sebahagian daripada pemulihan ini, seluruh Masjid Süleymaniye diperiksa seluruh bangunan yang ada. Pekerjaan bermula pada kubah, dan menggantikannya dengan lengkap. Pekerjaan yang sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang luar biasa itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari Universiti Teknik Istanbul yang menggunakan teknik simulasi untuk menentukan, apakah ada atau tidak kubah bukti gempa. Kemudian kita mendapati bahawa masjid sebenarnya boleh tahan gempa hingga getaran 8 skala Richter. Ada beberapa retakan kecil pada kubah, yang diperkuatkan. Bahagian luar masjid itu dibersihkan ", ujarnya.

Semen Pembersihan

Ozekinci menjelaskan salah satu teknik paling penting yang digunakan dalam pemulihan adalah sebahagian pembersihan semen. Dia berkata, "Kami melihat dengan kesedihan yang dalam pemulihan ini dilakukan pada 1960-an", tambahnya.

Berbicara lebih lanjut mengenai usaha untuk menghilangkan struktur bersejarah, Ozekinci mengatakan,''Kami tidak memperbaharui Masjid Süleymaniye. Kami adalah sebahagian daripada sebuah projek yang sangat serius termasuk konservator, ahli pemulihan, arkitek dan sejarawan seni. Yang penting di sini adalah untuk dapat mengembalikan sesuai dengan struktur asal masjid. Kami tidak memperbaharui, melainkan melindungi dan bekerja sesuai dengan keperluan sejarah dan maklumat. Dalam jenis struktur, sangat penting bahawa mereka tidak kehilangan ciri-ciri sejarah mereka. Generasi mendatang harus dapat melihat dan membaca struktur untuk apa yang mereka dan memahami apa yang berbagai era mereka telah. Jadi pemulihan kami benar-benar sebuah usaha perlindungan yang tetap setia pada esensi dari masjid ini. "

256 Kubus Ditemukan Di Dalam Kubah

Ozekinci mencatatkan bahawa beberapa aspek menarik dari masjid telah dijumpai kembali selama berlangsungnya pembangunan semula itu. Sebagai contoh, katanya, kubah utama masjid itu ditemui mempunyai 256 kubus simetris berukuran 15 cm diletakkan di depan dan 45 cm panjangnya.

''Akustik di Masjid Süleymaniye benar-benar luar biasa. Mimar Sinan menggunakan alat-kubus simetris ditempatkan dengan bahagian dalam berongga untuk mencapai tahap superior akustik ", ucap Ozekinci. (M / wb)sumber

wallpaper 5

wallpaper 4 - Eid Adha

14 November 2010

Wallpaper 3..eid said

13 November 2010

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket