Guna Pembesar Suara: Harussani Kata Hanya Azan. Jakim Kata Untuk Azan dan Lain-lain

22 January 2011
Pemuda PAS Wilayah setuju pendirian Jakim
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta menyemak balik pandangannya mengenai penggunaan pembesar suara di masjid dan surau kerana ia tidak sepatutnya digunakan untuk laungan azan sahaja.

Penggunaan pembesar suara merupakan

Islam melarang bunuh diri dalam demo & Hukumnya HARAM : Al Azhar

19 January 2011
Al-Azhar, pusat paling berprestij untuk belajar agama di dunia Muslim Sunni, mengatakan pada hari Selasa semalam (18 / 1) bahawa Islam melarang bunuh diri dengan alasan apapun.

"Undang-undang Syariah Islam melarang bunuh diri dengan alasan apapun dan tidak menerima pemisahan jiwa dari tubuh sebagai ekspresi stress, marah atau protes," kata juru bicara Al-Azhar Muhammad Rifa al-Thahthawi dalam kenyataan di pejabat berita MENA.

"Al-Azhar tidak dapat mengulas mengenai kes orang yang telah membakar diri mereka sendiri, kerana ini mungkin mereka menderita keadaan mental atau psikologi yang memaksa mereka untuk melakukannya," katanya.

"Kami tidak boleh menghakimi mereka. Kami memohon agar mereka diampunkan oleh Allah dan berdoa untuk mereka."

Dia menambah bahawa "Islam melarang bunuh diri sebagai peraturan yang umum."

Akibat
seorang peniaga muda Tunisia membakar diri di awal Januari, menjadi pencetus pemberontakan rakyat yang menggulingkan kerajaan Tunisia, dan telah mengilhami sekurang-kurangnya sembilan tindakan serupa di seluruh negara .

Seorang peguam berusia empat puluh tahun cuba untuk mengakhiri hidupnya dengan membakar diri di depan markas besar kerajaan di Kaherah Rabu semalam (18 / 1).

Di Alexandria lelaki 25 tahun, yang dijangka mentalnya tidak stabil oleh pihak berkuasa, meninggal dunia di rumah sakit akibat luka bakar diri yang ditimbulkan setelah ia membakar dirinya sendiri.

Lima orang di Algeria dan satu di Mauritania juga melakukan aksi bakar diri pada hari Selasa semalam tetapi gagal untuk menamatkan hidup mereka.
sumber

Setelah 23 tahun , rakyat Tunisia bangkit untuk melakukan perubahan

18 January 2011
Presiden Zine El Abidine Ben Ali telah melarikan diri ke Arab Saudi, didorong oleh protes dahsyat dan ketidak kepercayaan rakyat keatasnya diatas pemerintahanya sebelum ini

Mohamed Ghannouchi, perdana menteri di bawah Ben Ali, diandaikan kuasa presiden sementara pada hari Jumaat tetapi tertolak kerana,keesokkannya , ketua parlimen menjadi pemimpin sementara sesuai dengan Perkara 57 perlembagaan.
12950369201588183803

PM Mohamed Genouchi, Sebagai Pejabat Presiden Sementara.namun menunggu kerana perkara 57 perlembagaan

Krisis di Tunisia semakin membesar dan tersebar di berbagai kota dan diberitakan sudah lebih dari 51 orang meninggal, dan perlakuan askar juga dikritik oleh dunia antarabangsa akibat kekerasan dijalanan. Pihak antarabangsa meminta askar tidak menggunakan kekerasan atau senjata untuk menembak kepada para demonstrasi.

Namun, demonstrasi semakin membesar. Dalam pidatonya kemarin (13/1), Presiden Ben Ali meminta kepada rakyat Tunisia untuk memberikan kesempatan kepada pemerintah untuk membangun negara dan menyelesaikan persoalan bangsa, namun himbauan tersebut dianggap sudah terlambat. Presiden memang ketika kerusuhan pertama di kota Sidi Bousaid menjanjikan melakukan pembangunan kota tersebut dan memberikan bantuan sosial negara kepada alumni perguruan tinggi yang belum bekerja.


أحداث تونس الدامية Sebelum ini , Presiden Ben Ali juga mengatakan bahwa
fenomena pengangguran dan ketidakadaan lapangan kerja dan krisis kewangan bukan hanya dialami oleh Tunisia saja, namun juga menjadi fenomena luas di dunia, dimana negara maju juga terkena krisis kewangan tersebut. Namun, nampaknya himbauan Presiden tidak mendapat respons positif dari rakyat Tunisia.


Dengan demonstrasi yang tidak henti , Presiden Ben Ali melarikan diri ke negara berdekatan bersama keluarganya .namun banyak negara membantah pendaratannya kerana masalah keselamatan.ini akan memberikan impak besar kepada negara-negara berdekatan.sehingga kini,presiden ini dilaporkan berada di jeddah.isteri ke-2 nya berada di dubai.

Tunisia adalah negara islam dan presidennya mestilah beragama islam.ekonomi utamanya adalah pertanian, perlombongan, perkilangan produk minyak bumi, dan pelancongan.sumber tenaga adalah minyak , gas dan nuklear


Kesimpulannya , adalah baik bagi kita untuk berjaga-jaga dengan apa yang ada.banyakkan berdoa supaya Tunisia bersatu dibawah lembayung islam dan tidak berpecah seperti sudan
Location of Tunisia (dark green)in the Arab League (green) — [Legend]
kedudukan tunisia dipeta dunia

Keluarga Ben Ali dilaporkan telah melarikan emas bernilai 45 juta euro

http://www.hespress.org/photos/pan/ben-ali.jpg
Keluarga Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidin Ben Ali dilaporkan meninggalkan negara itu dengan membawa 1,5 ton emas bernilai lebih dari 45 juta euro.

Informasi yang diterima dari pejabat rahsia Perancis, Surat Khabar Perancis, Le Monde,Isnin (17/1) mengungkapkan bahawa Leila Trabelsi, isteri Presiden yang diguling , telah membawa
jonkong emas ke luar negeri sebelum runtuhnya rejim Ben Ali.

Pemerintahan Ben Ali selama 23-tahun telah berakhir pada hari Jumat lalu setelah berminggu-minggu protes jalanan terjadi di seluruh negara Afrika Utara tersebut.

"Menurut informasi yang dikumpulkan di Tunisia, Leila Trabelsi, isteri Presiden telah pergi ke Bank of Tunisia untuk mengambil
jonkong emas . Namun Director Bank menolak permintaan isteri Ben,kemudian isteri Ben Ali(Leila Trabelsi) memanggil suaminya, tetapi director bank juga pada awalnya menolak permintaannya, namun akhirnya setuju," kata surat khabar tersebut.

Setelah menerima jonkong emas , Trabelsi terbang ke Dubai sebelum berangkat ke Jeddah Arab Saudi, kata surat khabar itu.

"diandaikan isteri Ben Ali adalah pihak yang pergi dengan 1,5 ton emas senilai 45 juta euro," kata seorang pejabat senior Perancis kepada Harian Le Monde.

Laporan juga menegaskan bahwa Trabelsi telah berada di Dubai selama beberapa hari.

Dalam beberapa minggu terakhir, telah terjadi protes jalanan besar-besaran di Tunisia terhadap apa yang telah digambarkan sebagai pencurian kekayaan Tunisia dan penguguran kerja bagi warga masyarakat.

Banyak anggota keluarga Ben Ali telah meninggalkan negara Afrika itu karana takut akan keselamatan peribadi mereka.

Pada hari Sabtu lalu, sehari setelah Ben Ali melarikan diri ke Jeddah, banyak kereta mewah dihancurkan , kedai-kedai dan rumah dirompak dan dibakar di ibukota Tunisia

Ben Ali memerintah lebih dari dua dekad di Tunisia. Era kekuasaannya dirosak oleh pelanggaran hak asasi manusia dan penyeksaan.

sumber

Riwayat Israiliyat menurut perspektif islam

15 January 2011

http://pmram-manhal.blogspot.com/2010/12/riwayat-israiliyyat-menurut-perspektif.html
klik disini
Muqaddimah
Kita sering mendengar berleluasanya kisah-kisah Israiliyat di ceramah-ceramah atau pengajian yang dihadiri. Ada kalanya perkara tersebut di luar pengetahuan kita, malah ketika mendengar buat pertama kalinya terus berasa seronok dan terpegun dengan kisah yang diceritakan. Namun, bagaimanakah pandangan agama Islam terhadap kisah-kisah ini? Adakah para ulama' terdahulu menolak daripada menerima cerita Israiliyat?

Asal Kalimah

1. إسرائيليات – kata jama' kepada kalimah إسرائيليةyang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 :
58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Sejak dahulu, mereka dikenali dengan nama Yahudi di samping golongan Nasrani yang beriman dengan Nabi Isa a.s. Allah S.W.T. menyebutkan pada beberapa tempat berkenaan dengan Bani Israel sebagai tanda sifat kebaikan yang ada pada Nabi Ya'kub sehingga keturunannya akan mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan serta meninggalkan perbuatan yang keji dan tercela.

2. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud :
• Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani.
• Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani.
• Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.

Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.

Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat

Pada tahun 70M, masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di kawasan Yathrib, Taima’, Himyar, dan Wadi Al-Qura’. Tetapi orang Arab hanya mengetahui tentang agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila masyarakat Yaman memeluk agama ini hasil dakwah Tubba’ (lelaki yang ingin menyerang Madinah sebelum Islam tetapi telah dihalau) yang membawa bersamanya dua orang pendeta yang menyebarkan ajarannya di sana.

Berbeza dengan keadaan orang Nasrani yang sering ditindas oleh pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum Yahudidan kerajaan Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin menjauhkan diri daripada penindasan yang disebabkan perbezaan agama ini. Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah membuahkan hasil apabila beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah bin Naufal, Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya.

Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan Nasrani) memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain itu, aktiviti perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada masyarakat dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan Ahli Kitab seperti yang banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang memeluk agama Islam setelah jelas dan nyata di hadapan mereka bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah agama yang benar. Namun, ada yang baik Islamnya sedangkan sebahagian yang lain menjadi munafiq, sebagai dalang kepada kaum Yahudi dan musyrikin dalam menghancurkan Islam dari dalam.

Perselisihan antara dua kelompok ini (Muslimin dan Ahli Kitab) tidak terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi dialog antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah seorang muslim memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan : Tidak, sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam, dan pelbagai lagi yang menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Tetapi, Nabi S.A.W. pada waktu itu berperanan sebagai orang tengah yang memperjelaskan keadaan sebenar kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan ini. Perkara ini berterusan pada zaman para sahabat apabila mereka bertindak sebagai pihak rujukan masyarakat pada ketika itu setelah wafatnya baginda S.A.W.

Pada zaman tabiin pula, pendustaan dan pemalsuan banyak berlaku kerana menurut hawa nafsu sehingga menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di kalangan para tabiin (asal Yahudi atau Nasrani yang memeluk agama Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam meriwayatkan sesuatu, sehinggakan bukan kisah Israiliiyat sahaja yang diriwayatkan bahkan khurafat dan dongeng yang tidak mempunyai sandaran. Faktor lain yang membantu penyebaran ini ialah dakwaan mereka yang mengatakan para sahabat dan tabiin berkeinginan untuk mengetahui semua perkara daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

Ibnu Khaldun menyebutkan dalam kitabnya, “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah disebabkan dua perkara :

1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf.
2. Sifat manusia yang ingin mengetahui semua perkara.

Di samping itu, kisah-kisah ini tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam yang seterusnya menyebabkan ia terus ditulis dan diceritakan kepada orang ramai.

Pembahagian Israiliyyat

Para ulama’ telah membahagikan Israiliyyat kepada tiga iaitu :

1. Bahagian yang selari dengan syariat dan Al-Quran ; seperti kisah Al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dariy dan diperakui oleh Nabi S.A.W. (hadith dalam Sahih Muslim, kitab Fitnah, bab Kisah Al-Jassasah). Antara lain ialah kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir, kisah Juraij seorang ‘abid dan sebagainya yang turut diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Maka kisah-kisah sebegini berfungsi sebagai sokongan kepada apa yang telah disebutkan oleh keduanya.

2. Bahagian yang bertentangan dengan syariat dan Al-Quran : seperti mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya. Dalam hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ أَخْبَرَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَيْفَ تَسْأَلُونَ أَهْلَ الْكِتَابِ عَنْ شَيْءٍ وَكِتَابُكُمْ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْدَثُ تَقْرَءُونَهُ مَحْضًا لَمْ يُشَبْ وَقَدْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ بَدَّلُوا كِتَابَ اللَّهِ وَغَيَّرُوهُ وَكَتَبُوا بِأَيْدِيهِمْ الْكِتَابَ وَقَالُوا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أَلَا يَنْهَاكُمْ مَا جَاءَكُمْ مِنْ الْعِلْمِ عَنْ مَسْأَلَتِهِمْ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَيْنَا مِنْهُمْ رَجُلًا يَسْأَلُكُمْ عَنْ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَيْكُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ibn Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bahwa Ibn Abbas radliyallahu'anhuma berkata, "Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah dan menggantinya, dan mereka tulis alkitab dengan tangannya dan mereka katakan, 'Ini dari sisi Allah' untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit, tidak sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah kalian dari bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan kulihat lagi seseorang diantara mereka bertanya kalian tentang yang diturunkan kepada kalian.' (Hadith ke-6815 riwayat Imam Bukhari)

Abdullah bin Mas’ud pernah menyatakan : (Janganlah kamu bertanyakan Ahli Kitab kerana mereka tidak memberi petunjuk kebenaran bahkan menyesatkan kamu. Maka, kamu akan mendustakan yang benar dan membenarkan yang bathil).

3. Bahagian yang tidak terdapat dalam syariat dan Al-Quran samada selari atau bertentangan : bahagian ini paling banyak kedapatan pada zaman sekarang namun tiada larangan padanya dan tidak juga mendustakannya. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَقْرَءُونَ التَّوْرَاةَ بِالْعِبْرَانِيَّةِ وَيُفَسِّرُونَهَا بِالْعَرَبِيَّةِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ الْآيَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata, 'Ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa arab untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Jangan kalian benarkan ahli kitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu) '." (Hadith ke-6814 riwayat Imam Bukhari).

Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan bilangan mereka, kisah burung dan Nabi Ibrahim a.s., pokok yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan sebagainya. Para ulama’ mengatakan kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng dengan dosa menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini kerana, suatu kitab tafsir contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang penuh dengan cerita yang tidak boleh diterima akal dan syara’ kerana ia merupakan khayalan dan rekaan pendeta terdahulu yang disebarkan kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat yang asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan memberikan khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu.

Pendirian Ulama’ Tentang Israiliyyat

Sejak dahulu lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh para ulama’ dalam membersihkan kisah Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab terdahulu. Namun, usaha ini amat susah dan memerlukan kepada kesungguhan dan dilakukan dalam tempoh yang berpanjangan. Tanpa disedari, kisah-kisah ini mudah disebarkan kepada masyarakat awam tanpa kawalan yang menyebabkan ia terus diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ الضَّحَّاكُ بْنُ مَخْلَدٍ أَخْبَرَنَا الْأَوْزَاعِيُّ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي كَبْشَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Abu 'Ashim adl-Dlahhak bin Makhlad telah mengabarkan kepada kami Al Awza'iy telah bercerita kepada kami Hassan bin 'Athiyyah dari Abi Kabsyah dari 'Abdullah bin 'Amru bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sampaikan dariku sekalipun satu ayat dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (dosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".Imam Malik menyebutkan : (Maksud hadith ialah dibenarkan meriwayatkan daripada mereka selagi mana ia adalah perkara kebaikan. Adapun pada perkara yang diketahui bahawa ia adalah dusta maka ia dilarang). (Hadith ke-3202 riwayat Imam Bukhari)

• Imam As-Syafie : (Sedia maklum bahawa baginda S.A.W. melarang berbicara dusta, jadi maksud hadith ialah - ceritakanlah daripada Bani Israel pada perkara yang kamu tidak ketahui bahawa ia adalah dusta. Adapun perkara yang dibenarkan maka tidak menjadi suatu dosa kepada kamu untuk meriwayatkannya. Inilah petanda kepada hadith baginda :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْمَرْوَزِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي نَمْلَةَ الْأَنْصَارِيُّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ رَجُلٌ مِنْ الْيَهُودِ مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ هَلْ تَتَكَلَّمُ هَذِهِ الْجَنَازَةُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ أَعْلَمُ فَقَالَ الْيَهُودِيُّ إِنَّهَا تَتَكَلَّمُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا حَدَّثَكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ فَإِنْ كَانَ بَاطِلًا لَمْ تُصَدِّقُوهُ وَإِنْ كَانَ حَقًّا لَمْ تُكَذِّبُوهُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Tsabit Al Marwazi telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ibnu Abu Namlah Al Anshari dari Ayahnya bahwa ketika ia sedang duduk di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu di sisi beliau ada seorang Yahudi, lewatnya jenazah di hadapan beliau. Lalu orang Yahudi itu berkata, "Wahai Muhammad, apakah jenazah ini berbicara?" Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian menjawab: "Allah lebih mengetahui." Orang Yahudi itu pun berkata, "Sesungguhnya jenazah tersebut berbicara." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang diceritakan oleh orang-orang ahli kitab kepada kalian maka janganlah kalian percayai atau kalian dustakan. Tetapi katakanlah, 'aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya'. Jika mereka dusta maka kalian tidak mempercayainya dan jika benar maka kalian tidak mendustakannya." (Hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud)

; yang tidak menyebutkan keizinan dan larangan ketika meriwayatkan pada perkara yang dipastikan kebenarannya.

• Imam Ibnu Hajar : (ولا حرج iaitu janganlah menyempitkan dada kamu dengan apa yang kamu dengar daripada perkara yang mengagumkan dan itu yang banyak berlaku kepada mereka. Apa yang dimaksudkan dengan jangan bersusah-payah ialah pada pihak yang menceritakan kisah Israiliyyat disebabkan di dalamnya terdapat perkataan yang tidak baik seperti dalam surah Al-Maidah ayat 24 :


24. mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu".
; dan surah Al-A’raf ayat 138 :


138. dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum Yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil.

Pendapat Ibnu Hajar ini merupakan pemahaman yang baik dalam memahami maksud hadith kerana ada beberapa perkataan dan ungkapan dalam kisah Israiliyyat yang boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi, ia hanya diceritakan sebagai suatu peringatan dan manfaat bersama.

Adapun hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud di atas, ia ditujukan kepada mereka bukannya kita kerana Nabi tidak menyuruh di dalamnya supaya meriwayatkan sesuatu daripada Ahli Kitab bahkan seolah-olah ia mengajar kepada umat Islam supaya beradab ketika berbicara dengan mereka selari dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-'Ankabut ayat 46 :


46. dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri."
• Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab “Ma’arij Al-Usul” : (Al-Quran adalah sendiri pada zatnya, dan orang yang membaca Al-Quran tidak berhajat kepada kitab-kitab terdahulu yang menjelaskannya. Berbeza dengan orang Nasrani contohnya, mereka memerlukan kepada kitab Taurat untuk memahami hukum-hakam dalam agama mereka).

; kemudian beliau berkata lagi : (tetapi hadith-hadith yang menceritakan tentang Israiliyyat ini disebutkan untuk sokongan bukannya sebagai suatu pegangan).

Kesimpulan :

Berdasarkan kepada pendapat para Imam yang disebutkan, kita membuat ulasan seperti berikut :

1. Boleh meriwayatkan kisah Israiliyyat yang selari dengan syariat hanya sebagai sampingan bukan pegangan.
2. Boleh meriwayatkan kisah pada bahagian ketiga – yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah – hanya sebagai i’tibar seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah.
3. Tidak boleh meriwayatkannya pada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama – bahagian yang kedua – melainkan perlu ingkar dan menjelaskan kesalahannya.


Rujukan :

1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Al-Israiliyyat Wal Maudhu’at Fi Kutub At-Tafsir, karangan Dr. Muhammad bin Abu Syahbah.
5. Al-Israiliyyat Wal Maudhu’at Wa Bida’ At-Tafasir Qadiman Wa Hadithan, karangan Hamid Ahmad At-Tahir Al-Basyuni.

Muslim di China tetap pertahankan Iman Mereka.Kita?


Masjid bersejarah Nanguan di pusat kota Yinchuan yang dibangun 400 tahun yang lalu.

ISLAM telah berevolusi menjadi agama terbesar kedua di Cina. Warisan kekayaannya dapat ditelusuri sejak para utusan Muslim dan pedagang dari Persia menyebarkan agama ke wilayah ini antara tahun 630 masihi dan 751 masihi selama Dinasti Tang.

Pada tahun 651 masehi, Kaisar Tang Li Shimin menerima utusan yang dikirim oleh Khalifah Uthmani dan ini diikuti oleh 16 kunjungan rasmi dengan delegasi yang lebih banyak dari khalifah Umayyah di abad berikutnya.

Perdagangan antara umat Muslim dan pedagang Cina menjadi lebih teratur pada saat Dinasti Song menunjuk seorang Muslim sebagai directur jenderal pelayaran dan mengundang 5,300 orang muslim dari wilayah Bukhara Uzbekistan untuk menetap di Cina.

Agama Islam terus berkembang pada zaman dinasti Yuan dan dinasti Ming dengan imigrasi Muslimyang diberikan posisi penting di pemerintahan, dan apabila tiba dinasiti Qing Manchu yang memimpin,mereka melakukan tekanan terhadap umat Islam.

Sepanjang 1.400 tahun terakhir, Cina Muslim terutama dari 10 kelompok etnis minoritas seperti Hui, Uyghur, Kazakh, Dongxiang, Kyrgyz, Salar, Tajik, Uzbek, Bonan dan Tatar mempertahankan iman mereka dan kepercayaan serta budaya, membentuk satu bangsa Asia terbesar yang memiliki populasi umat Muslim.

Di antara 21 juta muslim yang diperkirakan ada di Cina, banyak di antara mereka hidup di daerah barat laut Xinjiang, Gansu dan Ningxia, tetapi beberapa dari mereka telah menyebar ke bahagian lain dari Cina termasuk Yunnan, Henan, Beijing, Guangdong dan Shanghai.

"Kedua istri saya dan saya sendiri adalah suku Hui Cina, dan kami adalah muslim seperti nenek moyang kami dahulu," kata penduduk Beijing, Shan Chongshan.

"Kami akan memastikan bahawa anak-anak kami akan mengamalkan agama ini dan membantu mereka membesarkan dua cucu kami dengan cara Muslim. Hal ini sangat penting dalam keluarga kami. "

Shan dan istrinya tinggal di sebuah permukiman Muslim di Niujie yang bersejarah (Oxen Street) di ibukota Cina. Ketika ia bekerja sebagai operator lokomotif di masa mudanya, ia merindukan untuk melakukan amal dan banyak kunjungan ke masjid-masjid.

Sekarang, setelah bersara, dia telah menemukan kedamaian dan bebas untuk melakukan Salat lima kali sehari di Masjid Niujie, dengan berjalan kaki sekitar lima minit dari rumahnya. Dia bergabung dengan teman-temannya setiap Aidul Fitri-(Hari Raya Puasa) dan Aidul Adha (Hari Raya Haji) di masjid tersebut.

Han Yaohua, Lelaki yang masih bujang, selalu pergi ke masjid setiap hari tanpa melambatkan waktu-waktu salat.. Dia akan membawa makanan yang dimasak di rumahnya dan membawanya kesana untuk berbuka puasa dengan muslim lainnya selama bulan Ramadhan.

"Saya menyiapkan makan sahur saya malam sebelumnya. Saya hanya memasak hidangan sayur dan menambahkannya dengan roti dan kuih, kemudian memanaskan makanan tersebut pada pukul 3:00 pagi untuk sahur pada puasa untuk hari itu, "katanya.

"Selama Tahun Baru Cina, ada banyak pameran candi di Cina yang pengunjung dapat melihat peristiwa budaya itu. Namun bagi saya, Aidul-Fitri yang lebih meriah(utama) karena hari itu merupakan festival etnis saya. "

Shan mengatakan bahwa Aidul Adha, lebih dikenal sebagai hari pengorbanan, adalah kesempatan yang sangat penting dalam kalender Muslim Cina.

"Saya saya akan senang jika dapat melakukan ibadah haji ke Mekkah dengan istri saya, namun pembiyaannya terlalu tinggi. Tapi, saya sangat berharap bahwa saya dapat melaksanakan ibadah haji setidaknya sekali dalam seumur hidup saya, "katanya.

Cina Hui sebagian besar keturunannya dari para peziarah 'jalan sutra', dan nenek moyang mereka adalah produk dari perkawinan antara orang Asia Tengah, Arab, Persia, Han Cina (bangsa dominan di Cina) dan Mongol.

Banyak orang Cina Han yang masuk Islam juga dianggap sebagai orang Hui. Hui fasih berbahasa Cina sebagai bahasa ibu mereka, tidak seperti Muslim dari sembilan kelompok etnis lain yang berhubungan dengan bahasa mereka sendiri yang non-Cina.

Wakil Presiden Persatuan Cina Muslim Ma Zhongjie mengatakan bahwa meskipun latar belakang berbeza leluhur dan budaya, umat Islam dari 10 kelompok etnis memiliki perilaku yang sama terkait soal makanan, ajaran Islam dan code berpakaian seperti memakai topi putih untuk lelaki dan jilbab bagi perempuan.

Ada lebih dari sembilan juta Muslim yang tersebar yang berasal asal Hui di Cina. Xinjiang adalah wilayah unik dan memilki penduduk muslim sekitar 8,4 juta Muslim dari Uyghur, Kazakh dan kelompok Kyrgyz yang minoritas.

Umat Islam Cina melakukan doa bersama sebelum berbuka puasa di Masjid Niujie Beijing.

Meskipun populasi Muslim hanya menyumbang kurang dari 2% dari total penduduk China, namun mereka terus berkembang, dan lebih banyak Muslim dari barat daya telah pindah ke selatan dan timur, dan membangun masjid di sana.

Selama tiga perayaan hari raya Islam yang paling penting - Aidul-Fitri, Aidul Adha dan Maulid (ulang tahun Nabi Muhammad) - semua Muslim Cina akan diberikan hari cuti, kata Ma menambahkan.

Dia menambahkan bahwa jumlah Muslim Cina yang melakukan haji tahunan di Mekkah telah meningkat selama satu dekad terakhir.

Tahun lalu, sekitar 13,100 jamaah haji dari Cina mengunjungi Mekkah. Mereka menaiki penerbangan yang bertolak dari kota-kota seperti Beijing, Urumqi, Lanzhou, Yinchuan dan Kunming, sejak Oktober.

Sejarahnya, Cina Muslim telah dilarang melakukan haji selama masa Dinasti Qing. Status agama mereka dipulihkan setelah kejatuhan dinasti terakhir empayar Cina tersebut.

Ketika masa bergolak di Cina, sangat sedikit jamaah haji yang diizinkan untuk melakukan perjalanan ke tanah suci tetapi pemerintah mulai memainkan kebijakannya terhadap Muslim pada tahun 1978.

Sejak penyelenggara haji diperbarui pada tahun 1985, jumlah jamaah haji asal Cina telah meningkat menjadi ribuan dalam 20 tahun terakhir.

Pada tahun 2007, jumlah itu melebihi 10,000 untuk pertama kalinya dan mencapai 12,700 tahun lalu.

Ma mengatakan hal itu menunjukkan bahwa tidak hanya umat Islam Cina yang tetap menjaga iman mereka di bawah bimbingan asosiasi muslim, namun mereka juga semakin kaya dengan mampu membayar perjalanan haji.

"Ada lebih dari 40,000 imam berpendidikan(mendapat ijazah) (guru agama) yang melaksanakan tugas mereka di lebih dari 30,000 masjid di Cina. Kebanyakan dari mereka menerima pendidikan Islam dari Institut Agama Islam Cina yang dijalankan oleh persatuan, dan sembilan perguruan tinggi lainnya di Xinjiang, Lanzhou, Yinchuan, Kunming dan Hebei, "katanya menegaskan.

Jumlah imam meningkat setiap tahunnya dan mereka juga memberikan pelajaran di masjid-masjid. Setelah mereka telah menyelesaikan pelajaran mereka dalam beberapa tahun, para siswa akan menjadi imam di masjid-masjid lainnya.

Namun, Ma mengatakan mereka menghadapi tantangan besar dalam mendorong generasi muda untuk memeluk agama Islam.

Kenyataan bahwa banyak orang tua Muslim tidak menerima pendidikan Islam atau mengunjungi masjid secara istiqamah membuat hal tersebut menjadi lebih sulit bagi anak-anak mereka untuk ikut melakukannya.

Sehingga kini , tidak ada pelajaran agama di sekolah karana di Cina sistem pendidikan dipisahkan dari ajaran agama.

Selain itu, pendidikan keluarga sering tidak dipelihara, sehingga anak-anak secara beransur-ansur kehilangan hubungan dengan agama mereka dan akhirnya banyak yang tidak puasa dan melakukan shalat, ia menambahkan.

Sarjana Muhammad Hasan mengatakan ia tak punya pilihan selain tidak berpuasa selama bulan Ramadhan karena suasana di universitas tidak efisien bagi umat Islam untuk melakukannya.

"Pada dasarnya, sekitar 40% sampai 50% dari mahasiswa Muslim tidak berpuasa pada bulan ramadhan. Namun di rumah, saya pasti tidak akan menangguh bulan puasa dan berpuasa bersama dengan abang , nenek dan semua orang di keluarga saya," kata Hui 24 tahun dari Ningxia.

Dia mengatakan keyakinan yang kuat dalam iman "masih mengalir dalam darahnya dan dari seluruh masyarakat di kota kelahirannya", yang padat penduduknya dengan umat Muslim.

"Apa yang dapat kami lakukan jauh dari rumah adalah memperkuat iman kami dengan memperdalam ilmu agama, mempelajari Quran dan mengambil pelajaran agama di masjid," katanya.

Ma mengatakan bahwa tidak hanya para pemimpin agama harus memberikan bimbingan yang tepat bagi umat Muslim tetapi mereka juga harus meningkatkan integrasi etnis antara Muslim dan non-Muslim di negara ini.

Persatuan Muslim Cina, dan Persatuan Islam lainnya di wilayah dan daerah, memiliki tugas untuk membina imam yang akan menyebarkan ilmu dan mempromosikan pendidikan Islam di masjid-masjid.

"Dengan demikian, generasi muda akan menjadi orang yang baik yang dapat memberikan kontribusi terhadap pembangunan negeri ini,"ujarnya

sumber

Doa Rabitoh

11 January 2011


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

p/s:moga Allah mematikankami dengan husnul khatimah

Keputusan yang ku tunggu!!!

Bismillah walhamdulillah.

http://www.mansibhatia.com/wp-content/uploads/2010/05/ban-facebook1.jpg
Mark Zuck
erberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
http://tcattorney.typepad.com/.a/6a00d834208fd253ef0147e06dde5a970b-800wi
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

p/s : salah satunya mungkin disebabkan :
1)isalam dapat tersebar dengan meluas keseluruh dunia
2)isu semasa dunia dapat kita lihat tanpa ada sekatan
3)pengaruh orang yahudi dan kristian makin merundum
4)statistik kerosakkan yang melampau yang dibuat oleh anak muda kita
5)zuckerburg memang jiwa remaja..ingin dunia remaja kembali disebabkan tertekan dengan majikan
kita tengok..samaada dia akan buat atau tak?

kan BEST jika islam diterima semua

10 January 2011




Program: Solat Hajat (isu Selangor) dan Pidato Perdana 'Selamatkan Malaysia'
Lokasi: Stadium Melawati Shah Alam
Tarikh: 9 Januari 2011
Anjuran: PAS Pusat & PR Selangor


































(Bob Lokman turut hadir bersama ribuan rakyat Selangor!..)

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

(Best)Juzuk Quran-Matematik

08 January 2011

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Coptic Christians are still open "rampage" in Egypt

04 January 2011



Hundreds of Coptic Christians are angry, once again took to the streets in Cairo to protest the explosion at the church in Alexandria that killed 21 people.

The demonstrators, who gathered at the gate at the Cairo headquarters of the Coptic papacy on Sunday yesterday (2 / 1), hurled rocks at security forces and government officials, including throwing stones at the Egyptian minister of economic development.

Reports said that the demonstrators pursuing minister until his car and banged on the vehicle window.

The protesters also threw stones at Egyptian Muslim cleric, Sheikh Ahmad al-Tayyib. The protesters, mostly youths, dispersed by riot police with tear gas to them.

Nearly 100 others were also wounded in the attack which came at New Year's Mass had just ended on Saturday night and caused some people to leave the church building.

The attack sparked angry street protests in the Mediterranean port city among Christians, who accused the government of not doing enough to protect minority groups who are responsible for 10 percent of the total Egyptian population of 80 million.

Egypt said they had arrested 17 people in connection with the attack.

President Hosni Mubarak on Saturday blamed the "foreign hand" for the deadly attack and promised to stand against terrorist acts and urged unity between Muslims and Christians.

Earlier, Pope Benedict XVI Had Called on-the-world nations to defend the Christians.

Earlier, Pope Benedict XVI has called on countries of the world to defend the Christians.

Pope's statement was highly criticized by Sheikh al-Azhar Sheikh Ahmad al-Tayyib as "interference in internal affairs is not acceptable in Egypt." sumber

Top 5 Fastest Bikes in the World

Here is the brand new list of the top 5 fastest bikes in the world! Includes the BMW K1200S, Ducati 1098s, Aprilia RSV 1000R Mille, Yamaha YZF R1 and the Honda CBR 1100XX!

Top 5 Fastest Bikes in the World

5. BMW K1200S 167 mhh (268 km/h)
With enough raw power to shock even the most seasoned adrenaline junky, the K 1200 S hurls you from a dead stop to sixty mph in just 2.8 seconds. Once you're over the whiplash, you'll keep climbing, topping out at speeds that run neck-and-neck with the fastest production motorcycles in the world.


FastestBikes


FastestBikes



4. Ducati 1098s 169 mph (271 km/h)


FastestBikes


The Ducati 1098 is a 1099 cc L-twin sport bike manufactured by Ducati. It was announced on November 8, 2006 for the 2007 model year and replaces the 999. The 1098 makes a manufacturer claimed 160 horsepower, 90.4 ft-lb torque, and weighs 173kg. These figures gives the 1098 the highest torque-to-weight ratio of any production sport bike ever made.




FastestBikes


3. Aprilia RSV 1000R Mille 175mph (281 km/h)


FastestBikes


The RSV Mille and limited-edition RSV Mille Factory are high performance V-twin powered motorcycles made by Aprilia with a 143 HP 998 cc engine built by the Austrian company Rotax. For 2006. the RSV Mille Factory won the Maxisport category for Masterbike 2006 and overall Masterbike of the year.


FastestBikes



2. Yamaha YZF R1 176mph (283 km/h)


FastestBikes


The Yamaha YZF-R1 motorcycle, introduced in 1998, was the first significant motorcycle in the true litre class (1,000 cc) "handling arms race" between the Japanese Big Four motorcycle manufacturers (Honda, Kawasaki, Suzuki and Yamaha). When introduced, it took the class closer to a true racing motorcycle, and increased the handling capabilities.



FastestBikes


1. Honda CBR 1100XX Super Blackbird 178mph (286 km/h)


FastestBikes


Honda CBR 1100 XX Super Blackbird is a sport-touring motorcycle built by Honda. It combines big engine power, Easy operational error-tolerance with touring comfort. The Blackbird production started in 1997 and the last year of production was 2006. The Blackbird was the result of Honda's attempt to build the world's fastest production motorcycle, stealing the crown from Kawasaki.


FastestBikes

Dubai New Hotel



Peringatan pengguna Komputer

For you always worked by using Computer, Offence in the use MOUSE everyday,
Will result to KARPAL SINDROM! USE MOUSE NICELY AND TRUE!
Patient 's Surgery With CARPAL SYNDROME








How to avoid KARPAL SINDROM?









Hand exercise's











Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket