Mencuri di HAyyu Asyir satu kebiasaan?

29 May 2010

Post kali ni nak bagitau kepada semua penduduk malaysia di bumi mesir bahawasanya kawasan 'asyir masih lagi tak selamat.sedang penduduk hayyu asyir dibuai mimpi , ada yang study dan ada yang qiamulail...masih lagi kejadian ini berlaku. Pagi tadi,motosikal haojiang milik orang pahang di hayyu asyir buat kali ke-3 hampi dicuri oleh orang arab dengan menggunakan pemotong besi (yang biasa digunakan di kedai alatan rumah) .Namun perkara ini sempat ditangkis oleh beberapa pelajar pahang yang masih belajar hingga larut malam. kejadian ini disedari oleh penghuni aras 1 di rumah pahang apabila mereka perasan bahawa ada orang arab berada di kawasan perumahan melayu. kejadian ini membawa erti bahawasanya :
1) Motosikal yang hendak dicuri adalah motorsikal yang diminati oleh pembeli.sekiranya mereka(arab) dapat motosikal ini , para pembeli akan meletakkan harga yang tinggi untuk pencuri
2) Motosikal ini adalah kenderaan yang sangat di minati oleh arab kini
3) Kejadian ini adalah kali ke-3 , motosikal yang sama , jadi,dengan semangat kemencuriannya,dia membawa alat pemotong rantai dan kunci.khabarnya kunci telah di potong .ini menunjukkan nekad dan semangat juangnya yang tidak kena pada jalannya. jadi tak mustahillah ,sekiranya pencuri ini akan dipukul sekiranya di tangkap.
Penulis menceritakan hal ini kerana penulis sendiri tidor dan sedar pada pukul 3 ,bila dilihat di luar , masih lagi selamat..penulis pon rehat diatas katil.namun pada pukul 3.45pagi ,tersentak penulis apabila terlihat ramai yang berkerumun di bawah rumah pahang.tanpa berfikir panjang, penulis bergegas kesana untuk mengetahui apa yang berlaku...

namun ini bukan penyelesaiannya.dimanakah pemilik2 rumah negeri ini?adakah

1)Pelajar yang perlu jaga imarah masing-masing?
2)Adakah mereka melepaskan tangan?
3)Adakah dah terkena baru nak bertindak?

Ini bukan kali ke-3 . dah banyak kali rumah negeri diceroboh,dirompak,motorsikal dicuri,pintu imarah dicuri dan lain2.

Dan penulis mencadangkan bahawasanya perlu ada polis yang menjaga di kawasan hayyu asyir.kerana kawasan ini adalah kawasan yang boleh diiktirah kawasan wafidin ( kawasan orang asing).apabila bercerita pasal keselamatan mesir , orang mesirlah yang paling memuliakan duyuf(tetamu).jadi apa salahnya kawasan ini dipelihara oleh polis mesir


2)Penulis mencadangkan kawasan ini dipagar dikeseluruhan Rumah Negeri

3)Kawasan ini dijaga oleh pak guard (keselamatan)

muslimah pertama di kabinbet UK

27 May 2010

Lady Warsi menjadi wanita Muslim pertama untuk memegang jawatan di kabinet Inggeris.

Muslimah @ isu hangat

David Cameron, Perdana Menteri baru United Kingdom dari Parti Konservatif , telah menamakan, Baroness Warsi Sayeeda, 39 tahun dari Dewsbury yang keluarganya berasal dari Gujjar Khan, Pakistan, sebagai Menteri tanpa portfolio dalam kabinetnya.

Bagaimanapun Lady Warsi bukanlah orang yang berasal dari Pakistan yang menyertai kabinet di sana kerana sebelum ini , Sadiq Khan, yang berketurunan Pakistan juga telah menjadi Menteri Pengangkutan semasa dalam kabinet Gordon Brown menjadi Muslim pertama di kabinet di UK

Hati2 dengan barangan CROCS

Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam

Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan

kasut crocs

Posted @ www.isuhangat.net . Sebarkan kepada rakan-rakan

Mengintip kepekaan Umat Islam

26 May 2010


Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untuk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Islam sebenar yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya)
sumber

Doakan ea...



IMTIHAN fasa 2

31st - Quran tahriri
3 rd - Usul fiqh
14 -Fiqh syafiee


Syafawi - Lepas Tahriri

doakan sahabat anda didalam solatmu
Moga Allah berikan kita kejayaan bersama

Adobe after effect






best belajar bagi mereka yang nak dalami dunia edit mengedit..hehe..kalo nak tutorial:tgk youtube jer..hehe

kami SAYANG RASULLULAH !!

22 May 2010

Anda sayangkan NABI MUHAMMAD S.A.W ?sayangkan umat islam yang lain?
kerajaan pakistan , iran dan china dan haramkan facebook di negara masing-masing..
sensitiviti anda dengan islam bagaimana?
jangan takut...banyak lagi laman web yang lain yang masih boleh digunakan berbanding dengan facebook yang merasmikan peperangan dengan umat ISLAM dengan memainkan pemikiran dan sensitiviti dengan kemuliaan ISLAM

Baca berita berikut: ISLAMABAD: Muka surat rangkaian sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan menyebabkan laman itu diharamkan di Pakistan sudah dikeluarkan, kemungkinan oleh penulisnya.

Menurut Facebook, ia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap muka surat itu yang menarik lebih 100,000 pengunjung di mana ia menggalakkan mereka meletakkan imej Nabi Muhammad SAW, kononnya sebagai menyokong kebebasan bersuara.
Umat Islam menyifatkan sebarang tindakan memberi gambaran atau menghasilkan lukisan, walaupun yang baik adalah satu amalan kufur.
Setiausaha Kementerian Teknologi Maklumat Pakistan, Najibullah Malik, berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menutup Facebook Rabu lalu selepas diarahkan mahkamah.

“Kami tahu sesetengah pihak menderita disebabkan penutupan ini, tetapi kami perlu mematuhi arahan mahkamah,” katanya.

Pakistan berkata ia akan menimbang untuk membenarkan semula Facebook atau laman lain dengan kandungan serupa jika mereka mengeluarkan muka surat yang dianggap menghina Islam. - AP



ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Selamat Hari Guru

16 May 2010




peristiwa jamadil akhir

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Jamadilakhir :-

Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

Fadhilat :-

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui.
Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita. Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

peristiwa bersejarah bulan Jamadil awal

Peperangan-peperangan Besar Islam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1. Pada 2 Jamadiul Awal 3 H (21 Oktober 624 M) Rasulullah s.a.w. mengutuskan Zaid bin Harithah mengetuai satu sariyah (gerila) untuk menahan rombongan dagang Quraisy. Mereka berjaya melakukan misi tersebut di satu tempat bernama al-Qirdah. Ini adalah peristiwa pertama umat Islam berjaya mendapat ghanimah (harta rampasan perang).

2. Pada 27 Jamadiul Awal 13 H (3 Julai 634 M) berlaku peperangan Ajnadain. Peperangan ini berlaku di antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan tentera Rom di bawah pimpinan Cobcular. Kemenangan tentera Islam di dalam peperangan ini membuka jalan untuk menyempurnakan pembukaan Islam di seluruh bumi Syam.

3. Pada 10 Jamadiul Awal 36 H (4 November 656 M) berlaku ‘Peristiwa Unta’ di al-Kharib berhampiran bandar Basrah.

4. Pada 2 Jamadiul Awal 666 H (19 Januari 1268 M) umat Islam diketuai oleh Zahir Bibris berjaya membebaskan bandar Yafa dari penjajahan tentera Salib setelah bertempur selama hanya 12 jam.

5. Pada 20 Jamadiul Awal 857 H (29 Mei 1453 M) Sultan Muhammad al-Fateh berjaya membuka kota Costantinople. Cubaan untuk membuka kota ini telah pun bermula sejak zaman Muawiyyah bin Abi Sufyan di era pemerintahan Bani Umayyah lagi. Kota Costantinople berjaya dibuka setelah menjadi ibu kota Empayar Baizantyne selama 2125 tahun.

6. Pada 2 Jamadiul Awal 1418 H (5 September 1997 M) pejuang Islam Lubnan berjaya membunuh 12 tentera laut elit Israel di bandar Ansoriah.

Kelahiran Tokoh-tokoh Besar Islam

1. Pada 4 Jamadiul Awal 555 H (13 Mei 1160 M) lahir Ali bin Abi al-Karam Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim yang lebih dikenali sebagai Ibnu al-Athir. Beliau adalah seorang ulama’ besar Islam di dalam bidang sejarah. Di antara karya beliau adalah al-Kamil dan Asad al-Ghabah fi Makrifah as-Sohabah.

2. 27 Jamadiul Awal 1282 H (18 Oktober 1865 M) lahir Muhammad Rasyid Redha, murid kepada al-Imam Muhammad Abduh. Dilahirkan di Lubnan dan kemudian berpindah ke Kaherah. Menerbitkan majalah al-Manar yang memberikan sumbangan di dalam menyebarkan idea-idea Islam. Di antara karangannya yang masyhur adalah Tafsir al-Manar.

3. Pada 3 Jamadiul Awal 1299 H (Mac 1882 M) lahir seorang ulama’ hebat Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beliau adalah seorang ulama’ yang mempunyai jasa besar di dalam mentahqiq (membuat analisa semula) kitab-kitab turath (tradisional) Islam. Di antara karangannya yang masyhur adalah Mu’jam Lafaz al-Quran, Musnad Sahih Bukhari dan Mu’jam Lafaz Hadis Nabawi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

4. Pada 2 Jamadiul Awal 1328 H (12 Mei 1910 M) lahir al-Imam al-Akbar Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar yang ke 40. Beliau adalah seorang ulama’ agung, menguasai ilmu yang bersumberkan dari ilmu-ilmu Islam dan karya-karya ilmu Perancis. Mempunyai karangan yang banyak terutamanya di dalam bidang Falsasah dan Tasawwuf.

5. Pada 14 Jamadiul Awal 1371 H (10 Februari 1952 M) lahir penasyid Islam yang terkenal, Ridhwan Khalil Annan yang lebih dikenali sebagai Abu Mazin. Dilahirkan di Damsyik dan mempunyai jasa di dalam menaikkan semangat kebangkitan umat Islam melalui nasyid-nasyidnya. Kebanyakan senikata nasyid-nasyidnya diambil dari sajak-sajak penyajak Islam.

Kewafatan Tokoh-tokoh Besar Islam

1. Pada 14 Jamadiul Awal 73 H (1 Oktober 692 M) kembali ke rahmatullah Abdullah bin az-Zubair bin al-Awwam. Beliau adalah bayi pertama yang lahir ketika umat Islam berada di era daulah. Beliau dilahirkan di Madinah al-Munawarah. Seorang yang berani dan menyertai peperangan sejak mudanya. Terlibat di dalam pembukaan Afrika Utara di zaman Osman bin Affan. Beliau mati dibunuh oleh al-Hajjaj bin al-Thaqafi di zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.

2. Pada 11 Jamadiul Awal 150 H (14 Jun 767 M) kembali ke rahmatullah an-Nukman bin Thabit bin an-Nukman yang lebih dikenali sebagai Abu Hanifah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Dilahirkan di Kufah dan menjadi ketua ulama’ Kufah sesudah kematian gurunya.

3. Pada 2 Jamadiul Awal 413 H (3 Ogos 1022 M) kembali ke rahmatullah Abul Hasan Ali bin Hilal yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Bawwab. Beliau adalah seorang penulis khat yang hebat sepanjang sejarah Islam. Pernah menulis mushaf al-Quran tulisan tangan sebanyak 64 mushaf.

4. Pada 10 Jamadiul Awal 458 H (9 April 1066 M) kembali ke rahmatullah al-Imam Abu Bakar Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Abdullah yang lebih dikenali sebagai al-Imam al-Baihaqi. Beliau adalah salah seorang ulama’ hadis yang terkemuka pada kurun kelima hijrah. Di antara karangan beliau adalah as-Sunan al-Kubra (Sunan al-Baihaqi), Dalail an-Nubuwwah dan al-Asma’ wa as-Sifat.

5. Pada 10 Jamadiul Awal 660 H (2 April 1262 M) kembali ke rahmatullah Abdul Aziz bin Abdul Salam bin Abi al-Qasim yang dikenali sebagai Izzudin bin Abdul Salam. Beliau adalah seorang ulama’ terkemuka di dalam bidang Fiqh, Hadis dan perundangan. Terkenal kerana beberapa pendiriannya yang tegas terhadap pemerintah sehingga dikenali sebagai ‘Sultan kepada para ulama’ dan ‘Penjual Raja-raja’

6. Pada 19 Jamadiul Awal 911 H (20 Oktober 1505 M) kembali ke rahmatullah Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar yang dikenali sebagai Jalaluddin as-Sayuti. Seorang ulama’ fiqh dan hadis yang terkenal dengan karyanya di dalam ilmu yang pelbagai. Di antara hasil karyanya adalah Jam’ul Jawami’, Husnu al-Muhadharah, Baghiyah al-Wu’ah dan al-Isybah wa an-Nazoir.

7. Pada 8 Jamadiul Awal 1323 H (11 Julai 1905 M) kembali ke rahmatullah al-Imam Muhammad Abduh, perintis gerakan islah di Mesir. Dilahirkan di negeri al-Buhairah, Mesir. Mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar dan pernah menjadi anak murid kepada Jamaludin Afghani. Melibatkan diri di dalam Revolusi Arab dan dibuang daerah ke Beirut. Kembali semula ke Mesir lalu dilantik sebagai Mufti Mesir.

8. Pada 4 Jamadiul Awal 1350 H (September 1931 M) pemimpin harakah jihad Islami di Libya, Omar Mukhtar menemui syahid. Beliau dijatuhkan hukuman gantung setelah mengepalai gerakan jihad menentang penjajahan Itali selama 20 tahun bermula sejak tahun pertama penjajahan lagi iaitu 1911 M.

9. Pada 23 Jamadiul Awal 1354 H (22 Ogos 1935 M) kembali ke rahmatullah Muhammad Rasyid Redha, murid kepada al-Imam Muhammad Abduh. Dilahirkan di Lubnan dan kemudian berpindah ke Kaherah. Menerbitkan majalah al-Manar yang memberikan sumbangan di dalam menyebarkan idea-idea Islam. Di antara karangannya yang masyhur adalah Tafsir al-Manar.

10. Pada 8 Jamadiul Awal 1378 H (19 November 1958 M) kembali ke rahmatullah Ahmad Abdul Rahman al-Banna, seorang ulama’ hadis di Mesir. Beliau adalah ayah kepada al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna. Di antara buku karangan beliau adalah al-Fathu al-Rabbani li tartib musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani.

Peristiwa-peristiwa Bersejarah

1. Pada 4 Jamadiul Awal 646 H (25 Ogos 1248 M) tentera Salib ketujuh dari Perancis di bawah pimpinan Louis IX mula bergerak ke sebelah timur. Mereka telah menemui kegagalan dalam peperangan al-Mansurah dan Louis IX telah dijadikan tawanan tentera Islam.

2. Pada 10 Jamadiul 1373 H (15 Januari 1954 M) gerakan Ikhwan Muslimin telah diharamkan oleh Jamal Abdul Nasir dengan menggunakan resolusi dari Parlimen Mesir. Pengharaman ini berlaku setelah gerakan Ikhwan Muslimin dianggap oleh kerajaan sebagai parti politik yang berusaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

3. Pada 12 Jamadiul Awal 1386 H (29 Ogos 1966 M) Mahkamah Tinggi Mesir mengeluarkan arahan menjatuhkan hukuman gantung ke atas tujuh orang anggota gerakan Ikhwan Muslimin. Tuduhan yang dikenakan ke atas mereka adalah membentuk gerakan bersenjata untuk menumbangkan kerajaan sedia ada. Empat daripada mereka diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup. Manakala tiga yang lain dijatuhkan hukuman gantung. Mereka adalah Sayyid Qutb, Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fattah Ismail.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

4. Pada 13 Jamadiul Awal 1402 H (17 mac 1982 M) al-Imam al-Syeikh Jad al-Haqqu Ali Jad al-Haqqu dilantik menjadi al-Imam al-Akbar Syeikh Azhar ke 42. Beliau dilahirkan di Daqahliyah, Mesir. Belajar di al-Azhar dan bekerja di bidang perundangan sesudah itu. Pernah menjadi Mufti dan Menteri Hal Ehwal Agama Mesir sebelum menjawat jawatan terakhirnya sebagai Syeikh al-Azhar.

5. Pada 17 Jamadiul Awal 1411 H (6 Disember 1990 M) Mahfuz Nahnah menubuhkan harakah Mujtama’ Muslim di Algeria.

6. Pada 24 Jamadiul Awal 1425 H (11 Julai 2004 M) ditubuhkan Persatuan Ulama’ Antarabangsa di London. Persatuan ini dianggotai oleh ulama’-ulama’ dan pemikir-pemikir Islam dari seluruh dunia. Ditubuhkan untuk menjadi sumber rujukan umat Islam di dalam masalah fiqh, ilmu dan pengetahuan. Diketuai oleh Dr Yusof al-Qardhawi

sumber

Selamatkah kita di Mesir?

04 May 2010

Minggu lepas digempari kes orang malaysia pasal isu zakat ,pelajaran, dan lain2.minggu ni pula degempari dengan kes orang arab plak...

kes 1:
kes yang berlaku di walidain-kes pencabulan wanita malaysia di mesir
kes ini berlaku pada waktu petang dan mangsa adalah akhawat malaysia yang berjalan menuju ke mahattah bas di hujung walidain.pemangsa adalah orang arab berpakaian sweater nipis dan bercermin mata hitam.pada awalnya akhawat itu berjalan seperti biasa dari belakang rumah dak2 selangor,namun apabila jauh daripada pandangan (dalam lingkungan 1.2 kilometer dari tempat permainan bola pelajar2 selangor diwalidain) ,akhwat itu dikejar oleh seorang lelaki arab separuh umur.
namun Allah melindungi kedua2 akhawat itu dengan adanya bas no 1 yang datang ..alhamdullilah ,selamat...

kes 2:
PENCURI yang ambik mp3 di DE cafe....dah ditangkap dan seorang lagi lari:kul 10.50malam:arab(muka simsar):barang curian:mp3:lokasi:DE dia ada tombol pintu :untuk ugut/alatan senjata

kes yang semalam timbul akibat dari kecuaian / bersahaja dalam sesuatu perkara..pencuri baru lepas pau koperasi rumah terengganu dan pau orang pahang sebelum tu..dan..target slpas itu mat'am selangor...namun nasib tak menyebelahi beliau...beliau ditanya apa yang berada di tangan,naun tak mahu diberitahu.kesudahannya,beliau ditangkap oleh sekumpulan pelajar yang berada disitu..dan pecuri dibawa ke balai pada pukul 1 pagi waktu mesir dan disoal siasat.

Nuhasabah diri kita kenapa berlakunya kes ini?
Kenapa Allah mahu kita lihat depan mata kita perihal kes ini?
Adakah kita seorang yang mengetahui isu2 semasa di mesir ini?
Renungkan bersama : SETIA BERSAMA UKHUWAH

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket