TARAWIH DI BULAN RAMADHAN

28 August 2009


ERTI TARAWIH
duduk bersenang-senang atau beristirehat
solat terawih bermaksud solat dengan rasa tenang dan kelapangan hati selepas solat fardu isya'.biasanya duduk berehat selepas mengerjakan empat rakaat solat terawih sebelum menyabungkan semula

Sejarah solat tarawih
daripada Jabir b Abdullah :maksudnya
"Rasulullah s.a.w telah bersolat dengan kami di bulan ramadhan lapan rakaat dan witir.maka pada malam berikutnya kami berkumpul di masjid dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu subuh.kemudian kami masuk dan menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan rasullullah solat bersama kami.maka baginda bersabda : sesungguhnya aku takut ia(solat tarawih) diwajiblkan keatas kamu"
sejarah ini menunjukkan bahawa solat tarawih tidak difardukan tetapi disunatkan kerana baginda takut ia akan memberatkan umat sekalian.

Solat tarawih zaman Khalifah Umar Al-Khattab

pada zaman khalifah umar Al Khattab ramai yang solat tarawih,bermakna mereka meraikan bulan ramadhan Kareem tetapi dalam masa yang sama mereka berimamkan banyak imam mengikut kelompok masing-masing.melihat amalan itu Saidina Umar berkata : "aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimamkan kepada seorang imam yang baik bacaannya"seterusnya mereka menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka'ab.

Waktu solat terawih

waktu yang dikhususkan untuk umat islam mengerjakan solat terawih ialah selepas selesai solat fardu isya' serta sunat-sunatnya hinggalah terbit fajar

Kelebihan bulan Ramadhan

kelebihan di bulan ini sangat banyak,terutamanya digandakan pahala sebanyak-banyaknya,diturunkan 1001 malam iaitu malam lailatul qadar .malam yang dijanjikan Allah bagi mereka yang beribadat diberi ganjaran pahala seperti beramal beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun,dan lailatul wadar juga malam dimana Al-quran diturunkan .dan sebagainya

0 comments:

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket