Tuduhan Pegawai JPMK terhadap DPM TANTA

24 April 2010



edpmt.org-klik disini

pmram.org-klik disini

direktori BADAN PERNGURUS PMRAM BARU


klik disini

Eid Milad

17 April 2010

moga Allah memberkati perjalanan hidupmu wahai orang yang kusayang
^_^


Pilihanraya PMRAM 2009

08 April 2010

: HARI PEMBUANGAN UNDI ::

HARI : SABTU
TARIKH: 10 APRIL 2010
MASA: 9.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT: RUMAH SELANGOR HAYYU 'ASYIR




SILA BAWA BERSAMA ANDA :
KAD PMRAM @ PASPORT





PASTIKAN ANDA LAYAK UNTUK MENGUNDI
( SILA RUJUK SENARAI DAFTAR PEMILIH YANG TERKINI)




UNTUK MAKLUMAT LANJUT;

SILA HUBUNGI PENGARAH SPR PMRAM 09 :

USTAZ RAFZAN RAZAK DI TALIAN 011-4527822

KAMAL ARTATUK-Pejuang Agama atau wanita

05 April 2010

masih ada yang tak faham bagaimana KEJATUHAN EMPAYAR UTHMANIAH JATUH...
klik disini untuk baca artikel kehebatan pemikiran BARAT ini

dan ini artikel blogger sebelum ini
klik disini untuk membaca Kekejamannya terhadap Agama Islam

Kejatuhan Empayar Abbasiyah

Sejarah kejatuhan Kerajaan Islam Bani Abbasiyah pada 1258M adalah antara sejarah umat yg sukar dilupakan ialah kejatuhan Baghdad, ibu negara Islam pada ketika itu di tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu serta pembunuhan kejam (genocide) yg dilakukan.

Seorang penganut Syiah bernama Muayyidin Alqami telah dilantik oleh Khalifah al-Mu'tasim sebagai perdana menterinya. Di bawah pentadbiran Alqami beberapa dasar yang pelik dan luar biasa telah dilaksanakan. Alqami telah menjalankan dasar mengurangkan jumlah pasukan tentera pertahanan Baghdad. Ramai askar-askar, tentera berkuda telah dilucutkan jawatan mereka tanpa sebab yg munasabah. Langkah Alqami mengurangkan bala tentera Baghdad sangat menghairankan. Ahli-ahli sejarah kemudiannya telah menuduh Alqami sebagai pengkhianat yg telah menyebabkan kematian Khalifah al-Mu'tasim dan penduduk Baghdad.

Khalifah sungguh bernasib malang kerana mempunyai menteri yang cuai dan khianat. Khalifah telah dinasihatkan oleh Alqami supaya tidak risau dan tidak berbuat apa-apa kerana ancaman dari Mongol ini bukanlah ancaman yg serius. Oleh itu, tiada langkah-langkah konkrit dilakukan walaupun ancaman Mongol telah hampir. Seramai 200,000 gerombolan kafir musyrik Mongol, diiringi oleh bajingan-bajingan Kristian dari Georgia, Nestoria dan Armenia,
dan kumpulan Syiah ghulat, sedang bergerak mara ke arah Baghdad. Unsur-unsur pengaruh Kristian dalam tentera Hulagu telah menarik ramai Kristian dari Georgia dan Armenia untuk menyertainya. Tentera Hulagu juga disertai oleh ramai penganut-penganut Syiah yang ingin melihat Khalifah Islam dari golongan mazhab Ahli Sunnah tumbang dan digantikan dengan mazhab Syiah.

Sekali lagi Alqami memainkan peranan yang licik yang akhirnya telah menghancurleburkan Baghdad. Alqami telah menyakinkan Khalifah bahawa Hulagu sudah bersedia
untuk berdamai. sedangkan dalam masa yang sama dia telah membuat pakatan sulit dengan Hulagu untuk mengkhianati Khalifah al-Mu'tasim. Begitulah balasan yang diberikan
oleh Alqami kepada khalifah yang telah melantik dan menaruh kepercayaan penuh kepadanya.

Akhirnya pada Febuari 1258, Khalifah al-Mu'tasim, diiringi oleh pembesar-pembesar dan ulama-ulama keluar dari kota untuk berjumpa dengan Hulagu. Mereka tidak menyedari maut sedang menunggu. Maka, setiap ulama dan pembesar telah dipancung semuanya. Khalifah al-Mu'tasim dan kelurganya menjadi tawanan Hulagu. Pada masa yang sama kota Baghdad telah dimasuki tentera Mongol dan bermulalah satu siri keganasan dan kekejaman yg tiada taranya dalam sejarah manusia.

Hampir seluruh penduduk kota Baghdad yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam. Atas permintaan isteri Hulagu, orang-orang Kristian telah dibebaskan dari pembunuhan. Penduduk yg menganut syiah juga telah selamat dari pembunuhan kerana campur tangan Khwaja Nasiruddin Tusi, seorang penganut syiah. Oleh kerana itu, tentera-tentera Mongol tidak membunuh dan menyiksa penduduk-penduduk Kristian dan syiah.

Mengikut satu riwayat, Khalifah al-Musta'sim telah dirantai, diejek dan dibiarkan kebuluran. Kemudian khalifah dibawa ke hadapan Hulagu dalam keadaan lapar. Hulagu kemudiannya mengeluarkan emas harta rampasan dari istana Khalifah sendiri. Dia memberi emas itu kepada khalifah dan memerintahkan agar khalifah memakan emas itu.

Khalifah memprotes, "Bagaimana saya akan makan ketulan emas? Tak ada siapa yg boleh makan emas!".
Hulagu menjawab dengan sinis, "Jika kamu tahu emas tak boleh dimakan, mengapa tidak menghantarnya padaku. Jika kamu berbuat begitu, nescaya sudah tentu kamu sekarang ini masih dalam istana kamu, makan dan minum tanpa risau!"

Tajudin Ibn al-Subki mengisahkan bahawa "...Telah menjadi kepercayaan umum bahawa jika darah Khalifah jatuh ke bumi, suatu bencana besar akan melanda dunia." Maka Hulagu pun menjadi serba salah, akan tetapi Khwaja Nasiruddin Al-Tusi mencadangkan supaya dibunuh saja khalifah tanpa menumpahkan darahnya ke tanah. Dengan itu khalifah digulungkan di dalam permaidani dan dipijak, ditendang sehingga meninggal dunia.

Begitulah takdir menyedihkan yg menimpa khalifah Islam Abbasiyyah yg terakhir di Baghdad. Pembunuhan beramai-ramai di Baghdad berlangsung selama lebih sebulan. Mereka yang terselamat ialah mereka yang dapat mencari tempat persembunyian.

Dengan kehendak Allah, selepas itu lahirlah Khalifah Muzaffar Saifuddin Qutuz yang memerintah bumi Mesir mencabar keangkuhan tentera Mongol. Akhirnya tentera Mongol yang terkenal ganas, berani dan tidak pernah kalah itu telah ditewaskan oleh Khalifah Muzaffar dalam peperangan yang amat mashyur iaitu peperangan A'in Jalut pada 25 Ramadhan 658H bersamaan 6/12/1260M. Peperangan bermula selepas orang Islam sembahyang Jumaat iaitu selepas para khatib mendoakan kejayaan Sultan Muzaffar dalam khutbah mereka.

Allahu Akbar wa Lillahilhamdu.

Rujukan "Serangan Mongol ke atas Dunia Islam" oleh Ahmad Termizi Yaacob.

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket