Ketika Cinta Bertasbih 2 kembali bergegar

19 January 2010
kali ini cerita yang diplot dalam KCB2 memang menarik,bagi penulis ,banyak perkara yang ingin disampaikan melalui cerita ini.Diantaranya adab keluarga,adab meminang,adab menziarahi org sakit,adab bersama KIYAI (tuk guru) dan macam macam lagi.Yang kedua,Sentiasa menjadikan Allah tempat merujuk bagi muslimin dan muslimat.Yang ketiga jangan sesekali menggunakan perkataan kalau,andai, dalam perbualan seharian kerana ia umpama melawan takdir yang Allah beri pada manusia. Moga-moga penonton dapat mengambil banyak kebaikkan dan sentiasa bermuhasabah diri setiap masa.

Download link
(AVI 1.17 GB)

part 1 - http://www.mediafire.com/download.php?nknlxemxgod
part 2 - http://www.mediafire.com/download.php?iebruh4nndn
part 3 - http://www.mediafire.com/download.php?nzglduwnzz1
part 4 - http://www.mediafire.com/download.php?nzjngqmtmwl
part 5 - http://www.mediafire.com/download.php?o54edzujjmy
part 6 - http://www.mediafire.com/download.php?tyyhmmnz1hm
part 7 - http://www.mediafire.com/download.php?dmxmndontmy
or
part 1 - http://www.megaupload.com/?d=410IF3R8
part 2 - http://www.megaupload.com/?d=5VHQCS1V
part 3 - http://www.megaupload.com/?d=SD4EOAQ0
part 4 - http://www.megaupload.com/?d=BWKZW0B3
part 5 - http://www.megaupload.com/?d=4GRXR1XX
part 6 - http://www.megaupload.com/?d=EZ2IRFK0
part 7 - http://www.megaupload.com/?d=5OG00JN8
*password=www.downloadbox.org
or
(RMVB 360 MB)
part 1 - http://www.mediafire.com/?zdiejwztukc
part 2 - http://www.mediafire.com/?tgl2mzwmfjo
part 3 - http://www.mediafire.com/?4zmzg50e5w2
part 4 - http://www.mediafire.com/?n5zm4ztwzti
or
(MKV 455 MB)
http://www.kraetiv.net/2010/01/ketika-cinta-bertasbih-2-2009-mkv.html

sumber:http://music-sdrkamil.blogspot.com/search?updated-max=2010-01-17T01%3A30%3A00%2B08%3A00&max-results=10

SALAM IMTIHAN KEPADA SEMUA..

12 January 2010
Imtihan datang lagi...imtihan menguji kesabaran dan kesenangan ,apabila datangnya bencana apakah kita hanya berharap padaNYA?apakah diwaktu senang kita alpa denganNYA?

Firman Allah dan apabila hamba-hambamu bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah)bahawasanya aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku.Maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahku)dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,agar mereka sentiasa dalam kebernaran
-Al-baqarah -186
-

semoga Allah perkenankan doa sahabat-sahabat sekalian di waktu peperiksaan samada di dunia dan akhirat kelak..amin

Renugan untuk menjadi pelajar cemerlang
jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu kecuali dia mengajak kamu menghilangkan 5 perkara dan menanam 5 perkara :
  1. ia meninggalkan RAGU dan menanamkan rasa KEYAKINAN
  2. ia menghilangkan RIYA' dan menanam IKHLAS
  3. ia menghilangkan RasaCINTA DUNIA dan menanam rasa ZUHUD
  4. ia menghilangkan rasa SOMBONG dan menanamkan rasa RENDAH DIRI
  5. ia meninggalkan Permusuhan dan menanamkan Persahabatan
kitab minhaj abidin

Sihir Dosa besar ke-3

05 January 2010


Golongan sihir telah muncul sejak zaman Nabi Sulaiman dan zaman Nabi Musa ‘allaihi salam hatta lagi apabila nabi berdakwah kepada golongan atau kaumnya beliau ditentang oleh golongan Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan.lalu dihalangi dan dicabar akan seorang nabi dengan sihir firaun.seperti yang pernah diceritakan sebelum ini apabila ular ahli sihir Firaun dimakan oleh ular Nabi Musa yang sangat besar
Kerana orang yang mensihir adalah orang kafir,Firman Allah S.W.T :Surah Baqarah 102

Dan adapun syaitan adalah penolong bagi golongan sihir ini dalam mengajar mereka. Firman Allah S.W.T pada Harut dan Marut: rujuk :Surah Baqarah 102

Sesungguhnya perbuatan sihir adalah haram bagi muslim.Dan barangsiapa yang mengamalkan sihir hukumannya akan Bunuh sampai mati kerana dia kufur dengan Allah.Sabda Nabi S.A.W : jauhilah 10 bencana dan dinyatakan dalam 10 itu sihir dan besabda Nabi s.a.w : Hukuman penyihir adalah dipenggal dengan pedang(bunuh) . Sahih dari kata Jundub
Semua golongan tidak terkecuali dari terkena sihir.Ada diriwayatkan bahawasanya Nabi pernah jatuh sakit akibat disihir oleh seorang wanita.Sebab itulah nabi memesan umatnya supaya bunuh penyihir kerana dia boleh memudaratkan semua orang

Sihir ada bermacam-macam cara . Ada sihir pengasih,sihir santau tuju,santau langkah,sihir memutuskan memutuskan saudara(silaturrahim),sihir bunuh.Firman Allah dalam kitabnya:103 penyihir boleh memutuskan hubungan suami isteri.kebanyakkan doktor di dalam dunia tidak mengetahui sama sekali apabila orang yang disihir sakit datang pada mereka.penulis apabila mengatakan ini kerana ini adalah kajian tersendiri penulis.pernah dijadikan kisah apabila datang pesakit berjumpa doktor,mereka pasti akan menyatakan sejak bila berlaku.pasti pesakit akan menyatakan tidak tahu.secara tiba-tiba.pastikan sekiranya berlaku hal begini,penulis menasihatkan agar berjumpa dengan yang pakar dalam bab rawatan Islam.dimalaysia ada rawatan yang dapat menyembuh penyakit terkena sihir atau penyakit jin dengan menggunakan ayat alquran.dalam hadis daripada Ali b Abi talib rasullulah bersabda ''sebaik-baik ubat adalah alquran''-riwayat tarmizi
''Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut''-riwayat Ibn Rahuwiyah daripada Ali

Di Malaysia kini semakin menular akan bomoh,pawang dan lain-lain.apabila meihat cerita sahaja mereka menjadikan pawang atau bomoh sebagai Idol atau Hero kerana mereka mempunyai kuasa yang dapat menyembuh orang terkena makhluk ghaib.perkara ini menular sehingga dalam pemikiran anak-anak yang masih kecil.adakah ini yang diajar oleh nabi muhammad kepada umatnya?adakah nabi diutuskan kepada umat akhir zaman untuk bersuka ria,berhibur dan lain-lain?dan sedarlah wahai umat islam yang nabi sayang ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau menyebut ''Ummati Ummati Ummati''

Rujukan:
Al - Qurann
Hadis Nabawi
Kitab dosa-dosa besar.

Psykologi manusia..

Bagaimana anda mengetahui keadaan sahabat2 ada?ketika mereka marah,gembira,suka,duka,geram,gelisah...
Anda dapat meramalkan bagaimana sifat sahabat anda yang berada disebelah?adakah mereka berada ditahap yang paling baik atau berada di tahap yang sangat teruk yang boleh mengganggu gugat orang lain dan tidak mustahil suatu hari nanti dia untuk memberi kesan yang mendalam terhadap manusia yang lain...
Jadi..kenali sahabat anda melalui mimik muka mereka..
1)Apabila muka berkerut - jaga bahasa anda kerana beliau sanggup memaki anda,mereka mungkin memikirkan sesuatu yang sangat perlu dijelaskan dan perlu diselesaikan..
2)Senyumannya tidak nampak gigi - berhati - hati kerana ada kemungkinan anda diperhatikan dari segi fizikal mahupun mental dan ada kemungkinan bahawa mereka anda dihargai ketika mendapat keputusan itu.
3)Senyumannya menampakkan gigi - anda semestinya disanyangi oleh sahabat anda.dan lebih disayangi apabila anda seorang yang mampu berkata -kata ,atau bergelak ketawa bersama - sama.tetapi anda perlu menghormati sahabat anda dan sentiasa berjaga- jaga dengan setiap tutur kata,jangan melampau - lampau ketika berbicara
4)Memandang anda dengan tatapan yang tajam - mungkin anda sedang dianalisis dan dan ada kemungkinan bahawa sahabat anda tidak mahu ditegur pada ketika itu.
5)Berkata-kata tanpa melihat orang yang dipertutur - anda mungkin tidak dihargai @ tidak mahu ditegur kerana sahabat anda seolah-olah berkata seorang..dan berkemungkinan sahabat anda sedang berjaga-jaga dengan anda..mungkin kerana tidak senang dengan anda...paling elok sekiranya berlaku hal begini , muhasabah diri dan lebih kadang kala sahabat anda malu dengan anda kerana sifat dan peribadi anda.
6)Apabila bertutur sahabat anda memalingkan muka anda - anda sama sekali tidak mahu ditegur kerana masalah yang anda buat atau sesuatu kesulitan yang dibuat oleh anda tidak disenangi dan tidak dimaafi
7)Apabila bertutur,sahabat anda menutup mata sebelah -segala percakapan yang anda kata adalah suatu yang enteng disisi anda..bukan suatu yang penting.dan ada kalanya dia sedang bergurau senda dengan anda.
8)Apabila sahabat anda menutup mata ketika bercakap - waktu ini pastinya sahabat anda tidak mahu diganggu sepenuhnya kerana ingin fokus pada urusan yang penting atau hendak masuk tidor
9)Bercakap dengan perlahan- sahabat anda sangat menghormati anda kerana kebaikan dan sopan santun anda
10)Bercakap sambil tersipu-sipu-sahabat anda sangat menyukai anda
11)Muka kepenatan(pucat)-sahabat anda sedang letih,jadi perkara anda yang patut buat adalah memuji atau mengurut sahabat anda..
12)Bercakap dengan menunduk kepala-sangat pemalu dan dan perlukan perhatian

Walaubagaimanapun,penulis membawa kisah Rasullullulah ketika mana Rasullullah dicaci dan diherdik oleh masyarakat yahudi ketika di Mekah,adakah Rasullulah membalas herdikan dan cacian dengan cacian juga?atau Rasullullah membalas dengan senyuman dan kebaikan?
Rasullullah bersabda:'Jagalah Allah(agama Allah) nescaya Allah akan jaga kamu'
Allah berfirman:'sesunggunguhnya Rasullulah itu satu contoh yang baik ' dan kajian orang bukan Islam juga menjadikan Rasullulah adalah orang pertama contoh ikutan kerana sifat mulianya terhadap orang lain.

Apa-apapun semua ini adalah kajian sendiri,Allah lebih mengetahui dan Moga Allah permudahkan segalanya dan moga ini memberi manfaat pada semua.Wallahu 'alam

HARI ASYURA

27 December 2009

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.





The Arrival satu kebenaran?

15 December 2009

The Arrival adalah salah satu filem arahan Abdullah Hasshem yang mana dia mengkaji filem ini dari serata dunia.kisah dalam filem ini menggambarkan bagaimana orang yahudi (freemansori)ingin mengawal dunia dengan mengadakan orde baru,mengawal manusia melalui sistem dajjal (freemanson) bahwasanya mereka menjadikan dajjal sebagai tujuan utama dan firaun didedikasikan dengan membina piramid di mana-mana sahaja hatta di negara-negara islam contohnya Dubai,Malaysia ,Mesir dan lain-lain.

Hal ini juga terbukti apabila presiden Pertama Amerika George Washington adalah perdana menteri pertama yang membawa dakyah Freemanson,perkara ini dapat dilihat apabila 1 dolar amerika dicetak dengan gambar piramid.dan diatasnya mempunyai 1 mata (Dajjal).simbol ini melambangkan bahwasanya dajjal yang melihat manusia dan mengawalnya.

Logo jata bagi sesebuah negara juga di ambil dari Freemanson ini.simbol-simbol ini mengungkapkan asal usul Bani israel british.pada jata negara Britisih ini terdapat nya singa berkitab mengaum dan unicorn memegang perisai melambangkan bangsa Israel,moto "Dieu et mon droit" bermaksud "tuhan dan hak saya" menunjukkan hak suci dan takhta yang kekal.dan logo atau jata ini banyak dipamerkan diluar kotak-kotak rokok contohnya malboro,LM,Benson &hedges,Dallas,Shelton,Casino,Nacional,dan lain-lain.dan simbol ini juga kelihatan di kebanyakkan negara Burkingdom,Australia,Scotland,Amerika Syarikat,Canada dan lain-lain.apakah semua ini kebetulan?

Dan secara tidak langsung adakah anda tahu siapa yang menaja sepenuhnya gerakan ini?ya..STARBUCK adalah syarikat yang sentiasa bersama gerakan Freemanson ini sehinggakan dia mendapat banyak penghargaan dari Israel,terutamanya"Penghargaan 50 tahun rakan zionis Israel"

Mari kita lihat bagaimana pula carta organisasi gerakan Freemanson ini.

1. Dajjal

2. 13 payung makhkota-terkaya didunia dan keluarga paling berpengaruh

3. Kominiti 300-terkaya didunia dan kerabat paling berpengaruh

4. Pusat pemikir meja bulat(termasuk PBB)

5. Kawalan kewangan dunia(IMF,bank pusat dan lain-lain)

6. Kawalan dan sumber dunia(termasuk minyak ,kad kreadit dan lain-lain)

7. Kawalan penduduk dunia(keagamaan ,media,agama dan pendidikan)

8. Dan semua rakyat adalah hamba kepada semua diatas(penghutang,pekerja,cukai dan lain-lain)

Semua ini juga dapat dilihat apabila kerajaan merosakkan instituisi keagamaan,jika kita lihat di Malaysia bagaimana mahkamah syariah dipinggirkan dan seolah-olah tiada kuasa sama sekali.contohnya apabila kes penjagaan anak,Murtad,pertubuhan yang menolak agama,pengakhirannya berlakulah kes Rasul Melayu,Ayah pin,kes zakat di Selangor,penderaan,khalwat,kes anak luar nikah.Inilah akibatnya apabila undang-undang negara melebihi Allah dan Rasulnya.

Freemanson ini juga mengawal segala yang ada dengan menggunakan media ,kerajaan , surat khabar dan lain-lain.rancangan ini sangat berkesan dengan merosakkan akhlak anak,intitusi kekeluargaan dengan satu fahaman baru Individualism dan Enjoy.Fahaman ini yang akan membuatkkan seseorang itu tiada matlamat hidup.Ini dapat dilihat apabila orang Jepun jika tidak dapat sesuatu akan berasa kecewa dan bunuh diri.Seandainya umat islam bersifat begini ,apakah peranannya untuk hidup didunia?Adakah dia mencari kehidupan duniawi semata-mata dan meninggalkan ukhrawi seadanya.Sebab itu Islam menggalakkan carilah rezeki didunia dan jangan lupa diakhirat kelak kerana Allah dan menjanjikan samada syurga atau neraka..dan ini yang menjadikan kita supaya beringat di dunia dan akhirat.

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket