gaji 3000?boleh ke survive kat Malaysia?

31 August 2011
Oh! Itu pun kalau gaji RM3000 
sumberhttp://www.ohpelik.com/

hard disk zaman dulu 1980an


Oh! Cakera keras 10MB bernilai USD3398 
hardisk ni 10mb je...sekarang dah jadi murah malah tak nampak 10mb dah...sampai hilang pon tak kisah....manusia2

jom search google yang lain
http://www.askapache.com/seo/languagecountry-specific-google-search-engines.html

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin



BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR (BKASM)

24 August 2011
video-video persatuan Selangor Mesir







fakta tentang somalia...DONATE FOR SOMALIA!!

20 August 2011


fakta setiap 4 minit kanak-kanak somalia mati

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD dibuktikan oleh astronomi Amerika

14 August 2011

Mukjizat yang paling besar sehingga ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap terjaga keasliannya. Di dalam Quran terdapat rahsia sains moden.

Selain itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah haram dan dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan ajaran Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.

Selain itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Muhammad saw dengan izin Allah swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita mencari kebenarannya.

Benarkah peristiwa menakjubkan Rasulullah dengan izin Allah membelah bulan 14 abad yang lalu betul-betul terjadi? Apapun yang datang dari Allah dan Rasulnya, masuk akal ataupun tidak, kita tidak boleh untuk menafikan kebenarannya. Semoga fakta ini boleh menambah keyakinan kita terhadap sebuah kebenaran. Kebenaran yang mutlak dari-Nya.

"Sungguh telah dekat hari kiamat, dan bulan pun telah terbelah" 
(Q.S. Al-Qamar: 1)

Ayat Al-Qur'an di atas ini telah menyebabkan seorang insan memeluk Islam.


Ini Adalah Kisahnya

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar


Dalam temu bual di televisyen bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggeris bertanyakan soalan kepadanya, adakah ayat dari surat Al-Qamar (ayat di atas) memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar telah menjawabnya seperti di bawah ini:

Mengenai ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sebelum ini saya pernah mengadakan pembentangan di Universiti Cardiff, dan para peserta yang hadir datangnya dari pelbagai bangsa dan agama, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tajuk diskusi ketika itu adalah mengenai mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, "Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi [Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah] mengandung mukjizat secara ilmiah ? Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah dirungkaikan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak dapat menjagkaunya.

Mengenai terbelahnya bulan, perkara itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad s.a.w sebagai bukti kenabian dan kerasulannya sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat itu disaksikan oleh setiap orang yang melihatnya pada masa itu. Andainya perkara itu tidak tertulis di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah, tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani dan percaya akan kejadian tersebut. Walaubagaimanapun kejadian bulan terbelah itu memang benar terkandung di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Dan memang Allah ta'alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun menceritakan semula kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah ini berlaku sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang dapat membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan ? Mereka menjawab: Cuba membelah bulan, .."

Rasulullah berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad supaya mengarahkan telunjuknya ke bulan. Selepas itu Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulat itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir boleh saja "menyihir" orang yang ada disekelilingnya tetapi tidak dapat menyihir orang yang tidak berada ditempat kejadian. Mereka menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan untuk mendapatkan kepastian. Maka orang Quraisy pun segera menuju keluar dari kota Mekkah untuk menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. 


Ketika datangnya rombongan pertama yang menuju ke Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu yang aneh terhadap bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan antara keduanya dan kemudian kembali bercantum."

Gambar Hiasan


Maka sebahagian dari mereka beriman, dan sebagian lainnya tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya:

Sungguh, telah dekat hari kiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling sambil berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus berlaku", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka.

Ini adalah kisah yang benar, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, seorang muslim warga Inggeris berdiri dan memperkenalkan diri, "Saya Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain. Bolehkah saya menambah sedikit mengenai apa yang kita bincangkan tadi?"

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: "silakan."

Daud Musa Pitkhok berkata, "Saya pernah meneliti agama-agama lain (sebelum memeluk Islam) dan salah seorang rakan muslim menunjukkan sebuah terjemah dan makna-makna Al-Qur'an. Saya amat berterima kasih kepadanya dan saya membawa terjemah itu pulang ke rumah. Ketika saya menyelak-nyelak terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, saya terbaca sepotong ayat, telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah.

Saya berfikir seketika, adakah ayat ini masuk akal? Adakah mungkin bulan boleh terbelah dua dan kemudian bercantum kembali? Kalaulah benar, kekuatan apakah yang dapat melakukan perkara itu?. Saya berhenti dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Akan tetapi Allah Maha Mengetahui tentang tahap keikhlasam hamba-Nya dalam mencari kebenaran. Tidak lama selepas itu saya menonton bual bicara di televisyen. Bual bicara itu berlangsung diantara host seorang Inggeris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS.

Ketiga-tiga pakar angkasa tersebut menceritakan tentang kos kewangan yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke angkasa, padahal pada waktu  yang sama dunia sedang mengalami masalah kebuluran, kemiskinan, wabak penyakit dan peperangan. Host pun berkata, "Kalaulah dana itu digunakan untuk mengamankan dunia ini, tentulah lebih berguna". Ketiga-tiga pakar itu membela diri dengan membela projek angsa lepasnya sambil berkata, "Projek angkasa lepas ini akan membawa kesan yang sangat positif kepada kehidupan manusia dalam bidang perubatan, industri, dan pertanian. Jadi dana kewangan tersebut bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi ianya dalam rangka pembangunan dan kemajuan kehidupan manusia.

Projek yang menelan jutaan dollar


Perbincangan selepasnya berkisar tentang angkasawan menjejakkan kakinya di bulan, dimana penerokaan angkasa raya ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar fakta itu, host begitu terkejut dan berkata, "Dana begitu besar digunakan dan dibuang oleh AS hanya untuk  mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, tujuannya tidak semata-mata mendarat di bulan tetapi kami mahu mengkaji kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri." 

Selepas mendengar penerangan mereka, host Inggeris itu bertanya, "Jadi apa yang kamu temui selepas kajian dijalankan"

Mereka menjawab, "Terbukti bulan pernah terbelah pada masa dulu, kemudian kembali bercantum. 

Host rancangan bertanya lagi, "Bagaimana kamu semua yakin terhadap kejadian itu?" 

Mereka menjawab, "Kami dapat tahu dari penemuan dan kajian ke atas batuan-batuan dan kami dapati yang batuan tersebut terpisah di permukaan bulan sehinggakan ke dalam (perut) bulan. Selepas itu kami meminta para pakar geologi untuk merungkai misteri ini, dan mereka mengatakan bahawa perkara ini tidak mungkin terjadi kecuali jika bulan pernah terbelah dan bercantum semula".

Mendengar penjelasan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain itu berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah berlaku pada diri Muhammad s.a.w 1400-an tahun yang lampau. AS menggunakan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih hanya untuk memastikan kebenaran isi kandungan Al-Quran. Agama Islam ini tidak mungkin salah. Saya membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan saya membaca surat Al-Qamar. Itulah kisah awal saya menerima dan memeluk Islam.

Semua mukjizat yang terjadi adalah atas dasar kehendak Allah swt itu sendiri, bukan kerana keinginan Muhammad saw seorang tetapi atas dasar bantuan Allah swt. Sama halnya yang terjadi terhadap Nabi Isa (Jesus), bahawa beliau boleh menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan orang buta dan lain-lain. Semua itu adalah atas dasar kehendak Allah swt.

KHAWATIR - SUBHANALLAH!! Rancangan yang membuka minda membantu MUSLIM yang lain

11 August 2011
Cerita yang dikelolakan oleh pengacara masyhur di televisyen arab (al KHAWATIR)
kali ini ia menceritakan kesamarataan gigi(kesamaan kehidupan) gigi ini diibaratkan dengan kesamarataan.manusia menginginkan gigi yang samarata.begitu juga dengan kehidupan harian


Episode ini menceritakan kesusahan dan kepayahan rakyat yang paling susah didunia,MESIR(egypt)akibat daripada tiada pembelaan , kos kehidupan yang tinggi , pekerjaan yang kurang .Mereka tinggal di satu rumah yang dihuni 14 orang,rumah yang mempunyai satu tandas , selimut yang digunakan selama 11 tahun , rumah yang beratapkan sampah dan debu dan dapur yang tiada tingkap.Bahkan pengacara menangis apabila melihat orang tua yang umurnya 70 tahun menghuni sekian lama dalam keadaan daif dan miskin.

Beliau menyelesaikannya dengan memperkenalkan pertubuhan kebajikan arab saudi yang akan membantu membina rumah baru yang bakal dihuni oleh keluarga tersebut.Alhamdullilah,pembinaannya siap dan dapat dihuni dengan selesa bahkan dengan duit ini beliau dapat membuat tempat pejalan kaki dihadapan rumahnya..Barakkalah fik

Pengacara ini juga membezakan rumah yang paling miskin diantara Egypt , Oslo dan Denmark .subhanaAllah.ini menunjukkan bahawa negara Arab lebih miskin daripada negara yang lain.beliau menekannya bahawa KERAJAAN dibina adalah untuk membantu RAKYAT dalam segala hal bukan menyusahkan sepertimana beliau (pengacara) merakamkan kalam penduduk
"Negara, tempat tinggal yang menjaga maruahku dan menjaga kehidupanku"
boleh tengok rancangan ini di bulan ramadhan http://andalusiah.com/articles/31367

Pembongkaran disebalik Penghina ISLAM

08 August 2011
akhirnya GaySec telah pun membongkar siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenarnya bagi sesiapa yang belum tahun Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau
dan Alhamdulillah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini

dikatakan orang ini aktif di
  • Malaysian Apostate FB Group
  • Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
  • Friendlyatheist.com
apabila makcik nie online dia akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar beliau bersama-sama dengan Marina Mahathir

dan ada banyak lagi bukti tentang dia nie yang korang leh baca kat laman GaySec mereka menyediakan slideshow yang lengkap dengan segala bukti yang korang leh tengok sendir
aku tak tau apa yang akan mereka-mereka buat setelah tau siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara ini kerana ramai ingin tahu siapa dan sekarang ini sudah terbongkar
namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Hajjah Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di fb Gaysec
[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.
so kalau korang lah, apa korang nk buat setelah tahu siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara ni? dan terima kasih sekali lagi kepada pihak GaySec :)
p.s untuk berita lanjut korang leh layari lamanhttp://www.gaysec.org/ kalau takleh korang leh cuba ini http://www.scribd.com/doc/61799442/Hajjah-Sitt-Al-wuzara2 tq :P

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket