Secret resepi syubhah?

31 May 2011
 
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011



Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
Sumber: PPIM
sumber:kafesantai

Motivasi diri...

22 May 2011
Alamakkk!!!! pekse nak dekat dah..macam mana ni?apa aku nak buat ni?
perkara biasa bila nak menghadapi imtihan...nak buat macam mana ..masa tetap berlalu..kita kenalah berusaha dengan sepenuhnya..biarlah usaha kita seiring dengan doa dan tawakkal...

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali. Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,

"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"

Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".



Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".

"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.



Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.

Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".



Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.

Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".



Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.

Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".





Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.

Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".



Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.

Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".



Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.

Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".



Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.

Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".



Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.

Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)



Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (58:11)



belajar , belajar dan terus beramal...doakan sesama muslim yang lain

Sham Kamekaze terima hidayah

Casing Ipad Terbaek!!




Memperkenalkan Extreme Sleeve™ by G-Form. Ianya sleeve paling TERBAEKKK!! yang anda boleh beli bagi memastikan keselamatan iPad anda. Iamya dibuat dari busa Poron XRD yang mengeras bila terdapat impak besar. Sekaligus memberi perlindungan yang lebih jika dibandingakan dengan casing biasa. Pereka Extreme Sleeve menegatakan iPad anda boleh tahan dihentak bola bowling jika memakai barangan mereka. Bold claims! Ia juga kalis air. Harga sebuah Extreme Sleeve G Form ialah USD 60 dollar dan boleh dibeli disini.

Anjing perang Amerika

Anjing sudah lama digunakan oleh tentera Amerika dalam peperangan. Biasanya tugas mereka ialah mengesan bahan letupan. Tahukah anda kerjaan Amerika pernah membelanjakan beberapa billion dollar untuk mencipta alat mengesan bom. Tetapi bila dibandingkan dengan seekor anjing, alatan menghidu artificial ini masih tak sebagus anjing. Last-last US Army went back to the dogs. Ini namanya projek gali lubang tutup

knuffingen miniature airport at miniatur wunderland

15 May 2011


'knuffingen' miniature airport, newly opened at miniatur wunderland in hamburg, germany


hamburg's 'miniatur wunderland', the world's largest model railway exhibit, has just officially opened 'knuffingen airport',
a computer-controlled miniature airport replete with moving cars and trains, working lights, and airplanes that continually
take off and land in the space.



measuring 150 square meters (1615 square feet), the airport has been under development since may 2004,
at a cost of approximately 150,000 working hours and 3.5 million euros (4.8 million USD).
the results feature the realistic taxiing and flight of a fleet of 40 airplanes, alongside trains, cargo vehicles
that navigate the runway-lit environs of the control center and airport. the planes are run on two metal rods,
propelled by a cable drag chain. as with the rest of 'miniatur wunderland', navigation on land is accomplished
through a

Stay FOKUS....

fokus dengan apa yang ada didepan mata..jangan rasa pelik dengan apa yang tidak mustahil untuk kita nak buat..gunakan sepenuhnya untuk mengejar impian dengan tidak meninggalkan syarak...ud'uni binnajah...amin~

Dakwah seorang Muslim

14 May 2011
Video dibawah memgambarkan sifat seorang muslim yang patut kita contohi..apabila orang berniat jahat..balaslah ia dengan kebaikkan.sehiggakan perompak itu mahu masuk islam disebabkan pertolongan peniaga memberikan wang kepadanya..video teksi dibawah disebabkan kejujurannya dia dihadiahkan dengan konsert free..

Sifat yang semestinya ada pada seorang muslim..ikhlas - taubat - jujur -sabar - amanah . Allah tidak menjadikan sesuatu yang tidak mampu untuk manusia mengatasinya..semuanya mudah bagi Allah untuk menyelesaikan .. kun fayakun (maka jadilah )

"Kesusahan menjanjikan ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melepasinya.."

"Zaman Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam berdakwah ke taif..baginda dilempar dengan cacian maki hamun hatta dengan balingan batu..dengan berkat kesabaran baginda , Islam tersebar sehingga ke pelusuk dunia ...subhannallah"
Bukankah kita ada peranan?Kita ada tujuan?Kita ada kekuatan berseorangan?

Bergerak tidak perlu seorang..hendaklah kita bergerak dengan orang lain..Mulakanlah dari dirimu , keluargamu , masyarakat disekelilingmu dan negara umumnya..
Moga Allah muliakan kita dengan keizzahan islam dan matikan kita dalam keadaan yang baik (husnil khatimah)..amin~



HAMAS, FATAH ke Kaherah Sabtu ini bentuk Kerajaan

12 May 2011
Laporan jam 12.06 tengahari, Palestin/Mekah
Jam 11.06 pagi, Mesir

Gaza is located in the Palestinian territories 
GAZA - Salah Bardawil, anggota Biro Politik HAMAS menyatakan gerakan HAMAS dan FATAH akan beredar ke Republik Arab Mesir pada hari Sabtu ini untuk membentuk Kerajaan baru yang dipimpin golongan teknokrat.

Ketika pertemuan dengan mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Gaza cawangan selatan, beliau menjelaskan bahawa sebuah Jawatankuasa Arab terdiri dari Negara Mesir, Qatar dan beberapa lagi buah Negara Arab telah dibentuk untuk memantau perlaksanaan hasil dari persetujuan yang telah ditandatangani HAMAS dan FATAH di Kaherah. Berikutan itu, beliau memuji peranan Negara-negara Arab dan Mesir yang menjayakan usaha baik pulih.

Pemimpin HAMAS itu turut mengatakan bahawa peranan besar revolusi Mesir telah menyempurnakan usaha baik pulih hubungan dalaman Palestin, sambil menjelaskan bekas pemerintah Mesir, Muhammad Housni Mubarak meletakkan penghalang ke atas usaha baik pulih Palestin demi keuntungan kepentingan peribadi dengan menolak pemerhatian(cadangan dan seumpamanya) HAMAS ke atas cadangan Mesir.

Secara tidak langsung, beliau menyebut bahawa kajian membentuk badan keselamatan Palestin akan dijalankan semula sebelum pilihanraya akan datang. Jelas lagi, badan keselamatan Palestin yang ada sekarang di Tebing Barat dan Semenanjung kekal sepertimana biasa.

Tambahan lagi, sebuah Jawatankuasa Kerjasama HAMAS-FATAH akan ditubuhkan bagi mengembalikan tugas kepada mereka yang kehilangan kerja tanpa mengganggu-gugat tenaga kerja yang ada sekarang serta menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa naik taraf sosio-masyarakat dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang memantau permasalahan dan kesan pergolakan konflik(perpecahan).

Berhubung pengawasan Kerajaan baru, Kata Salah Bardawil, "sebaik sahaja Kerajaan baru terbentuk, Majlis Legislatif Palestin akan bertindak dan mengawasi Kerajaan kerana itulah peranannya, diikuti dengan kaji selidik keadaan ahli-ahli parlimen Palestin yang berada dalam tahanan rejim penjajah." Sumber 11/05/2011, web berita safa.ps
sumber : map2street.blogspot.com

Indeks Pencemaran Udara di Pelabuhan Klang di Tahap Tidak Sihat

alt Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang semalam.
Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.
Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana :
  •  Banting (96)
  •  Kuala Selangor (85)
  •  Petaling Jaya (82)
  •  Shah Alam (86)
  •  Nilai (88)
  •  Kuala Lumpur (84)
  • Cheras (76)
  •  Putrajaya (71)
  •  Port Dickson (82)
  • Seremban (74)
  •  Bandaraya Melaka (81)
  • Bukit Rambai (85)
  • Muar (78)
  • Larkin Lama (54)
  • Pasir Gudang (52)
  •  Balok Baru (61)
  • Indera Mahkota (54)
  • Jerantut (57)
  • Tanjung Malim (66)
  •  Keningau (54)
  • Kota Kinabalu (57)
  • Labuan (55)
  • Bintulu (72)
  • Limbang (53)
  • Miri (52)
  • Samarahan (56)
  • Sibu (61)
  • Tanah Merah (52)
Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah
  • Kota Tinggi(46)
  • Jalan Tasek, Ipoh (35)
  • Seri Manjung (37)
  • Kangar (33)
  • Perai (37)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) (25)
  • Sandakan (35)
  • Alor Setar (34)
  • Tawau(42)
  • Kuching (43)
  • Kemaman (40)
- Kuala Lumpur, 12 Mei 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Sumber imej : Google Image

p/s: banyakkan minum air..ambil wuduk(solat) dan pakaitopeng muka selalu.^_^

Gambar Selepas Revolusi

11 May 2011
"aku orang mesir
aku yang akan membina negaraku"
batu di sepanjang jalan (warna bendera mesir)
Bas 2 tingkat di Iskandariah
"kita semua sayang mesir
sama-sama kita bina"
"Semoga Allah memeliharamu Mesir"
Restart egypt
"sama-sama kita bina untuk mesir"
"banyak yang kita perlu buat tapi KERANA NEGARA KITA jangan ditangguhkan"
wahai tuhan...peliharalah mesir..
dengan bangganya.. AKU ORANG MESIR"
bangunan kerajaan Hosni yang dibakar

creadit to hazwan zambry ^_^

COklat MALAYSIA di MESIR?

hanya di mesir..coklat buatan orang mesir..
harga tidaklah mahal mana..dalam le 0.50 je...tapi rasanya tak terperi..pedih jugak laa mata ni bila makan...tak sedap(sebab ramai yang komplen macam tu)
"Nak kata macam galaxy(mustahil), nak kata macam cadbury (mustahil) macam coklat masri(orang mesir) yang kebanyakkan made in china..haha(joke)"

Untuk sesiapa nak beli coklat ini...naik bas tunggu sampai orang datang atau beli di kedai yang memasarkannya..sebab ianya limited..so susah nak cari..hehe

FAHAMILAH AQIDAH ANDA

10 May 2011
Video ni memang best..apabila orang islam menerangkan  jawapan yang sebenar berkenaan dengan agama kristian...Namun apa yang mereka(agama kristian ) belajar tidak sama dengan hakikat sebenarnya...pengarang kitab bible pon terkeliru...

Soalan lain apabila ditanya jesus anak tuhan ,adakah jesus adalah tuhan?jawapannya tidak(Richard) tapi pada penerangan kitab bible jesus anak tuhan..takkan takde ikatan kekeluargaan?

Apabila ditanya berkenaan dengan Islam...Richard jawab : semuanya berdosa dan mereka membawa masalah pada semua orang...penolakkan yang teruk berkenaan dengan agama islam..moga Allah bukakan hidayah bagi mereka..

"Dakwah kita tak sama dengan agama kristian...kita ada Allah , Rasullullah , sahabat dan ulama-ulama...kita berpandukan Alquran dan As sunah..."

Allah itu esa , Al Quran itu Mukjizat Allah , Rasullulah itu utusan Allah yang maksum , sahabat dan ulamak adalah pewaris nabi...kita?umat nabi MUHAMMAD KHATIMUL ANBIYA

Jadi berpegang teguh dengan tauhid yang satu ..Moga kita mendapat redhanya didunia dan akhirat..amin~

Modern Japanese Capsule Hotel

09 May 2011
inilah kepintaran jepun..memikirkan masa depan untuk menghuni di tempat yang terlalu padat , sehinggakan mereka memikirkan 9 hours hotel untuk mengatasinya..
"Tapi kalau ianya ada diMalaysia...patutkah?bagi saya ia patut dilakukan di kawasan yang padat dan tempat yang selalunya orang bermusafir...contohnya MASJID ^_^...lebih mudah orang yang bermusafir mengatasi masalah penempatan dan kesulitan wang...ok tak? ^_^"

Welcome to the 9 Hours Hotel where you can spend the night sleeping in one of 125 small little capsules called hubs that are only large enough for a person to lie down in for $80. They are quite popular in Japan for commuters who have a need to stay in town overnight. This one is located in Kyoto.

The 9 h capsule hotel and all amenities were designed by Fumie Shibata of design studio s, which she founded in 1994. with her team, she defined the elements necessary for a 'minimal transit space' in big cities in japan. The product designer has been pursuing the 9h project as a creative director for 3 years.

Buckminster Fuller said:
"Our beds are empty two-thirds of the time. Our living rooms are empty seven-eighths of the time. Our office buildings are empty one-half of the time. It's time we gave this some thought."

While we spend almost a third of our life in bed, we spend most of it sleeping. In urban centers there are often issues of light, noise, ventilation and privacy. Perhaps sleeping pods are not such a bad idea.












PMRAM mendoakan kejayaan buat pelajar qiraat dan buuth

08 May 2011




examkool.jpgKAHERAH, 7 Mei - Barisan Kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT Hewi PMRAM 2011 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Qiraat dan pelajar Di Maahad Buuth.

Di samping itu, PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa-mahasiwa bagi mempertingkatkan hubungan bersama Allah Taala, memperbaiki hubungan sesama sahabat handai, memperbanyakkan muhasabah diri dan ibadah kerohanian yang lain. Perkara ini bertepatan dengan konsep tawakal yang sentiasa diterapkan kepada ahli PMRAM bagi menghasilkan generasi Rabbaniyah yang unggul.

Oleh itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli bagi sama-sama mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita yang sedang dan akan menghadapi imtihan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW "Perumpamaan orang mukmin itu daripada sudut kasih sayang adalah seumpama satu jasad yang apabila sakit satu anggota badan, maka seluruh anggota lainnya akan turut merasa sakit dan berjaga malam."


sumber

Jenayah mesir meningkat?

07 May 2011

Tidak dinafikan.jenayah di Mesir memang meningkat dari semasa ke semasa..Lagi-lagi apabila tiada tampuk pemerintahan sehingga bulan September tahun ini.Polis kini sudah mula beroperasi seperti biasa bagi membendung masalah jenayah yang melanda.

Namun ia tidak menjadikan bahawa pelajar tidak perlu dihantar bagi menimba ilmu yang Allah kurniakan di bumi Anbiya'.banyak ulama-ulama lahir di negara mesir dan idola sepanjang zaman . Syeikh Kutub,Syeikh Yusuf Qardawi , Sya'rawi dan lain-lain .ini membuktikan Azhar (Mesir melahirkan ramai tokoh terbilang dalam pengajian islam mahupun perubatan)
"Kini berita diakhbar banyak menceritakan tentang PMRAM(Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)
tentang keselamatan..TAHNIAH!!! buat PMRAM kerana mengambil berat dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bumi Mesir.Namun jangan pula ada maksud kedua yang menjadikan pelajar yang ingin belajar di MESIR terhenti niat untuk menimba ilmu disini."

Jangan berputus asa , Istiqamah dalam membuat kebaikkan , Allah akan membalasnya ganjaran didunia dan akhirat kelak..

Dalam Mihrab Cinta


Kisah yang memberikan banyak pengajaran buat semua muslim dan muslimat..
Pengajarannya:
1)Allah sentiasa menerima taubat hambanya
2)jangan tergoda dengan godaan syaitan samaada halus atau kasar(manusia)
3)rezeki baik dan buruk semuanya Allah dah tentukan
4)sifat sabar menghadapi dugaan adalah sifat yang Allah sangat suka disisi hambanya..bahkan anda akan mendapat lebih baik daripada seadanya
bawah ini adalah sinopsis yang ada dalam cerita DALAM MIHRAB CINTA-->

DALAM MIHRAB CINTA is the new Indonesia movie who tells about Syamsul (Dude Harlino) youth committed 20 years of studying in a boarding school in Kediri, leaving a fairly comfortable life. Here he met with Zizi (Meyda Sefira) daughter of the owner of boarding schools for help when he had been robbed on the train, the incident made them so close.At this boarding Syamsul expelled for allegedly stealing from his own best friend slander Burhan (Boy Hamza).

SIAPA IKON KITA?

05 May 2011
http://www.upload.ee/image/1316497/jnifHk.jpg
Siapa yang tidak kenal dengan Justin Bieber?
satu dunia dah kenal akan dia...
namun apakah kita kenal akan pembawakkan misi dia?
setiap lagu yang dibawakannya bertemakan janji,cinta dan semangat,namun adakah janji cintanya akan dilaksanakan?

Kata2 manis yang dilemparkan memenangi hati para bidadari..senyumnya menawan hati....perwatakkannya menjadi ikutan muda mudi..

Apabila saya mendengar lagu Bieber ni...terdetik dalam hati...adakah aku akan jadi macam dia?adakah aku akan .memberikan janji manis untuk si dia?adakah aku akan menagih simpati seperti dia?dan adakah aku akan mendapat duit dari sumber sepertinya?dan adakah aku akan mati dalam agama ISlam yang ku cintai?

Semua ini akan terjawab...jangan menjadikan emosi sebagai tanda ukur dan jawapan ini...tanya iman didada...adakah rezeki yang Allah beri selari dengan redhaNya?adakah bercouple dengan gadis tanpa ikatan syariat akan memberi jaminan pada kehidupan akan datang?

"Kita ada ikon kita...MUHAMMAD KHATIMUL ANBIYA'..NABI YANG ALLAH utuskan kepada semua umat..dialah yang menggegarkan dunia tanpa sempadan ..dikalangan musuh Allah amat takut apabila mendengar Nama baginda"

Nabi Muhammad ikon ILMU , PEMERINTAHAN ,Ketenteraan , AGAMA , PERIBADI ,Pakar Psykologi , pakar Perubatan ,Pakar kemasyarakatan dan lain-lain...

Kini adakah umat islam masih lagi kenal akan NABI MUHAMMAD?
Adakah masih kenal kepintarannya memerintah kota madinah?
memerintah ketua angkatan perang?
sifat peribadi beliau yang sangat lemah lembut dan peramah pada semua orang?
menjadi ikon sumber ilmu ?
pakar psykologi?
pakar perubatan?
dan lain-lain

Kita ada hiburan kita..kalo Justin Bieber dari kecil menyanyi,main drum..hiburan kita ALQURAN mukjizat Allah yang akan memberikan ketenangan apabila mendengarnya,memberikan hidayah bagi mereka yang ingin mempelajarinya dan ianya akan berkekalan sehingga hari kiamat.

"Seandainya bieber memberikan janji manis motivasi,kecintaan dan lain-lain..Mukjizat Allah lebih hebat dan tak terkira lebih daripada itu.bahkan memberikan sinar pada mereka yang menghafaz dan membacanya.."

Zaman dulu zaman mukjizat terdahulu jika ingin bertaubat..kena bunuh diri..anda harus beruntung pada zaman nabi Muhammad taubat kita diterima dengan kita tidak melakukan dan mengulangi kesalahan yang sama..
kita bukan zaman jahiliah..kita ada akal untuk berfikir yang baik dan yang buruk..orang tua ada pengalaman yang terbaik bagi kita..AlQuran dan sunnah menjadi sumber rujukan kita..insyaAllah Allah bersama kita..

Serangan baru untuk rakyat Mesir?Nauzubillah

03 May 2011

Berita diambil di akhbar harian metro..selepas sahaja osama meninggal dunia..ayman akan dijangka mengambil alih pemerintahan al qaeda..namun apakah taktik yang sebenar orang amerika dan sekutunya israel?

Lihat gambar sebelah...Ayman dijangka ketuai Al Qaeda..keterangannya semuanya berkaitan dengan Mesir...ini akan menjadikan Mesir negara seterusnya misi ketenteraan amerika bagi melindungi israel daripada menerima azab/serangan apabila akan diumumkan untuk gaza dibuka untuk rakyat palestin..

Semua yang berkaitan dengan mesir diberitahu secara terang tanpa berlapis...semua yang berkaitan dengan Ayman bakal ketua al qaeda..belajar,keturunan,anak kepada siapa & lain-lain..

ini akan menjadi titik tolak pertama mesir bakal diserang oleh Amerika dan sekutu laknatnya Israel..

Bukan itu sahaja..ini menjadikan bahawa ikhwan muslimin mendapat ancaman yang serius sebelum pilihanraya akan datang..

Mesir akan mengadakan pilihanraya pada bulan 9 2011..sekarang Mesir diperintah oleh pemerintahan askar namun adakah mesir bakal diserang sewaktu pemerintahan ini atau selepas terlantiknya pemerintahan yang akan datang?

Solat hajat bagi untuk rakyat muslimin keseluruhannya..sebab ini adalah agenda yahudi untuk tidak menaikkan individu atau kumpulan islam menjadi sebuah negara yang menggunakan Alquran dan Hadis sebagai sumber perundangannya...dan ini memberikan ancaman yang teruk pada negara kafir laknatullah

"Buat media..jangan menjadi dalang kepada agenda yahudi..kelak anda akan diazab oleh Allah atas perbuatanmu.."

Ternyata Lambang dan Logo Yahudi Israel ada di Komputer Anda

Setiap dari kita yang menggunakan perisian Microsoft Office akan menyimpan lambang dan logo Yahudi Israel di dalam komputer.


Whooila menemukan dan mendedahkan lambang tersebut serta menyerahkan kepada budi bicara anda samada ingin mengekalkannya atau menghapuskannya dari komputer anda.

Laporan penuh


Tahukah bahwa ada lambang yahudi di komputer anda ? mari memeriksanya. cara adalah sebagai berikut :


My Computer kemudian klik pada My Computer diikuti dengan memilih
lokal disk C:


- Program files
- Microsoft Office
- media
- cagcat10


Nama gambar adalah : j0285926.wmf


Anda akan mendapatkan gambar seperti dibawah ini :



Gambar gabungan lambang israel dan menorah (lilin kemenangan yang juga ditemukan di lambang Mossad)

Terserah kepada anda. Mahu menghapusnya atau tidak gambar itu..

Yang jelas seperti terlihat pada gambar diatas, latar belakangnya adalah bintang serupa lambang yahudi. Dan kemudian ditimpa dengan gambar lilin kemenangan (lilin menorah). Dambar lilin ini juga ditemukan pada logo organisasi intelejen Mossad milik israel.




Ternyata Lambang dan Logo Yahudi Israel ada di Komputer Anda

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket