Wallpaper 1

31 October 2010


Carta organisasi BKASM 2010/2011

Kenyataan Rasmi KPT Mesir

30 October 2010

PDF Print E-mail
KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir.

Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini:

1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK.

2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatan ahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir.

3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya.

4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu.

Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut -
penuntut Terengganu Mesir,
sesi 2010/2011.


sumber

Al Azhar minta musnahkan MAKAM LU'LUAH

29 October 2010


Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here

DUBAI (Farraj Ismail)
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb (gambar) untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai (gambar).



Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.


Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.

Baghai(menteri perlancongan IRAN) melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).




Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.

Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.


Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.

Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."


(Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)

Calon Gabenor NY tolak masjid Ground Zero

calon gabernor dari parti Republik asal New York, Carl Paladino telah menandatangani kontrak politik untuk menyokong sekelompok pekerja pembinaan yang menentang pembangunan pusat komuniti Islam dan Masjid yang diusulkan berada di dekat lokasi Ground Zero(GZ).

Mengenakan topi projek, Paladino membuat perjanjian dengan menandatangani kontrak politik sambil berdiri dengan beberapa pekerja bangunan di seberang jalan dari lokasi World Trade Center Rabu kemarin (27/10).

Ia mengatakan jika terpilih, dirinya akan menggunakan kuasa yang tersedia baginya untuk menghentikan plan pembangunan masjid yang akan dibangun beberapa blok dari lokasi ground zero.

Paladino mengatakan ada "banyak, banyak alternatif untuk menghentikan projek ini,

Para pendukung pembangunan proyek ini mengatakan bahwa islamic center yang nantinya dibangun akan terbuka untuk semua orang, tidak hanya untuk Muslim.

sumber

Afganistan dr Iskandar Zulkarnain-Rusia-Amerika

Jika kita sekarang mendengar Afghanistan, yang terbayang adalah perang dan penjajahan. Afghanistan yang memiliki penduduk majoritinya Muslim ini memamg mempunyai sejarah panjang dengan peperangan. Bahkan boleh dibilang, Afghanistan, perang tidak pernah berhenti.

Afghanistan adalah wilayah tua yang dulu pernah dikunjungi oleh Iskandar Zulkarnain atau rujukan Barat menyebutnya sebagai Alexander The Great, atau iskandar Agung. Iskandar Zulkarnain menguasai daerah tersebut pada kira-kira tahun 312 SM. Raja Macedonia tersebut memperluas wilayah kekuasaannya mulai Afghanistan sampai ke Mesir dan Morocco. Sehingga Mesir yang ibu kotanya Coiro dulu bernama Alexandriya, karena Alexander Agunglah yang membangun kota Coiro atau dalam bahasa Arab Qoirah tersebut.

Setelah itu, pada abad ke 12 Afghanistan pernah diserang tentara Mongol dibawah kekuasaan Gengis Khan. Setelah itu, dalam beberapa waktu berikutnya, Afghanistan jarang diperhatikan orang lagi karena wilayah bergeografikan bukit. Afghanistan perlahan-lahan menjadi negara yang terpinggir.

Wilayah Afghanistan dekat dengan laluan perdagangan dunia, laluan Sutra, Melalui kota Khyber Pass di Timur Afghanistan, dari China ke Yunani, oleh sebab itu Afghanistan menjadi negara yang ramai dikunjungi orang yang sambil berdagang.

Pada Masa sebelum perang Dunia I Afgahnistan dibawah ke Khalifah Abassyiah dan Turki Uthmani. Memasuki era Perang Dunia II, Khalifah Turki Uthmani runtuh dan Turki jatuh ke tangan Barat yang bergabung dengan kekuatan gabungan Jerman, Italia, Turki dan Jepun melawan Sekutu Amerika Serikat, dan UniSoviet dan Inggeris.

sehingga akhirnya pihak Gabungan dikalahkan pada Perang Dunia II, dan negara yang kalah tidak diperbolehkan menguasai daerah jajahan.Kawasan Afghanistan yang pada mulanya dikuasai Turki, terpaksa jatuh kepada UniSoviet.

Sejak Perang Dunia berakhir, banyak wilayah jajahan berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Tetapi lain dengan Afghanistan, ketika dikuasai Turki, Afghanistan tidak merasa terjajah bahkan membangun bersama dan merasa bersaudara. Tetapi tidak ketika dibawah Uni Soviet. Afghanistan diperlakukan sebagai budak dan kaum terjajah. Dan sejak itu Afghanistan memperjuangkan kemerdekaan negaranya.

Sampai masa perang dingin berlangsung, wilayah ini berjuang untuk mendapatkan kemerdekaannya dari UniSoviet. Perjuangan rakyat Afghanistan dalam memperoleh kemerdekaannya dikenal dengan kelompok Mujahidin.

Tahun 1994, kaum Mujahidin Taliban muncul di depan umum dengan kempennya anti-Corrupt, dan menegakkan syari’ah Islam, dan dikenal tegas dalam menegakkan Islam.

Simpati masyarakat lebih tertuju pada Taliban yang berjanji akan menegakkan Islam apabila mereka mahu mendukungnya dalam berbagai hal termasuk pelayanan kesihatan.

Pada tahun 1996 Taliban mampu menggulingkan pemerintahan Presiden Robbani dan Hekmatyar dan mengatur pemerintahannya sendiri, di bawah pimpinan Mullah Umar.

Pada tahun 2001 Tentara Amerika Serikat menyerang Kota Kabul dan kota itu hancur lebur. perang saraf AS ke Afghanistan bermula dari tuduhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang memimpin Taliban. Osama bin Laden dan Mullah Umar tidak pernah ditemukan oleh Amerika Serikat pada pertempuran tersebut sehingga kini .


sumber

Jubli Perak SAMT KUALA KUBU BHARU

28 October 2010

bersyukurlah: 2 Pemuda Afrika Pergi Haji Naik Basikal


Kabba


Semangat dua Pemuda muslim asal Afrika Selatan ini untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dijadikan teladan . Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menaiki basikal. Percaya atau tidak ?

ternyata, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mengungkapkan kebahagiannya begitu masuk ke kota Tabuk, sempadan negara Saudi. "Akhirnya kami sudah menunaikan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di bagian tata kota di Cape Town mengungkapkan, menunggang basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu saja sangat meletihkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada tanggal 7 Februari. Mereka bersepeda menyusuri negara-negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Suriah dan Yordania untuk mencapai perbatasan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami bisa saja menggunakan pesawat tapi ini adalah impian kami, untuk berangkat haji dengan cara berbeza. Kami memilih basikal , karena hobi kami berdua berbasikal," tukas Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 sampai 100 kilometer. Mereka beristirahat di masjid-masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian melanjutkan perjalanan selepas salat Subuh. Selama di perjalanan mereka bertemu dengan banyak orang yang membantu dan bersikap baik pada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka terkejut ketika tahu bahwa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah karena banyak orang yang menawarkan kami makanan," tutur Caimcross.

Selama di perjalanan, mereka berjalan di kawasan yang sulit seperti pegunungan yang memerlukan tenaga lebih untuk menaikan basikal mereka.masalah lainnya adalah bahasa. "alhamdullilah, kami masuk ke negara-negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melewati Suriah dan Jordania,"kata Caimcross.

"Masyarakat di sanna' juga kagum apabila mengetahui kami melakukan perjalanan ini untuk impian kami menunaikan ibadah haji," sambungnya.

Caimcross juga mengungkapkan rasa harunya karena banyak orang yang menawarkan bantuan berupa uang dan memberikan apa yang mereka butuhkan, karena keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk membiayai haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melalui 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami masalah serius. "Paling cuma mengganti tayar basikal dan membetulkan rantai pedal, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross mengatakan, melakukan perjalanan haji bersepeda memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan beragam orang dari berbagai negara. "Kami sudah biasa berdakwah, terutama saat kami istirahat pada malam hari," katanya.

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan Syariah Islamiah. Caimcross punya keahlian di bidang pembangunan kota karena ia pernah ikut latihan dan sekarang bekerja di sebuah perusahaan pembangunan. Sedangkan Harun pernah kuliah di Jurusan Ekonomi.

Keduanya belum menikah dan hobi berolahraga. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan mendaki gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat.
sumber

Bagaimana muslim Checnya bangkit?


Pada tahun 2004, Presiden Chechnya, Ahkmad Kadyrov, Chechenization Kremlin, dibunuh, dan puteranya Ramzan Kadyrov mengambil alih kekuasaan. Ramzan jatuh lebih jauh daripada ayahnya: kelompok-kelompok hak asasi manusia menuduh dia melakukan penyiksaan, penculikan, dan pembunuhan, terhadap para pembangkang, baik di dalam ataupun di luar Chechnya.

Pada saat yang sama ia (Ramzan) membawa perdamaian untuk republik yang bermasalah itu; polis mula mengenal moral dan ia mewartakan code pakaian Islam.

Membicarakan kebangkitan Islam di Chechnya kita selalu tak akan pernah menghilangkan nama Ramzan Kadyrov. Bersama rakan-rakannya yang sangat ia percaya, ia mulai membangun Chechnya yang sudah hancur. Para pengusaha membantu memberikan dana untuk menggaji para mufti di Chechnya.

Menurut Ramzan, hal ini diperlukan di Chechnya, karena tanpa guru Islam, siapapun tidak akan pernah berhasil menciptakan ketertiban. “Unit ketenteraan kami tidak akan pernah bisa menang melawan musuh(terrorist) tanpa agama (Islam).” Ujarnya.

Sebenarnya seperti apa reformasi Islam di Rusia? Di Moskow, jika seorang perempuan menutup semua bagian tubuhnya karena ia seorang Muslimah, maka ia akan dicurigai sebagai terorist atau seorang pengebom berani mati. Polis memeriksa dokumen para wanita Muslimah yang melecehkan mereka.

Ramzan berpikir bahawa saat ini pendidikan di Russia sudah terlalu liberal. Di Russia, anak-anak harus diberi condom di sekolah. Para mahasiswa di universita Rusia secara rasmi diperbolehkan merokok, sedangkan universita adalah sebuah rumah pengetahuan, bukan untuk mempamerkan beg Dolce & Gabbana.

Alkoholisme adalah masalah yang mengerikan di Rusia. Tingkat kelahiran juga sangat rendah. Bayangkan, Cina tidak mengizinkan warganya untuk melahirkan lebih dari satu anak, sementara di Rusia, perempuan sebaliknya dibayar untuk memiliki anak lagi.

Sementara, di Chechnya ada yang bernama Pusat Pengembangan Spiritual dan Moral. Di tempat inilah, para pemerintah Checnya mengerjakan orang dengan pendidikan tinggi. Mereka tidak memukul atau memarahi orang, mereka hanya memperingatkan orang-orang terhadap ekstremisme dan kecanduan dadah

Sebaliknya, Ramzan dituduh bahwa ia memerintahkan orang-orangnya untuk menembakkan paintballs pada wanita yang tidak memakai jilbab. “Seseorang ingin mengkambing hitamkan saya dengan mengatakan saya berada di belakang (menyuruh) dalam serangan paintball,” bantah Ramzan. Faktanya, banyak wanita berjalan di sekitar Grozny hari ini tanpa menutup diri dengan jilbab.

Lalu, apalagi yang dilakukan oleh Ramzan untuk membuat wanita Chechnya mengenakan jilbab? “Saya selalu mengingatkan para perempuan terhadap apa yang telah Allah perintahkan, hal yang sederhana bagi seorang wanita untuk sampai ke surga: dia harus menutupi tubuhnya, rambut dan tangannya, mengenakan jubah panjang, shaum, salat, dan setia kepada suaminya. Mimpi saya bahawa semua wanita Chechnya harus memakai jilbab.”

Lantas bagaimana dengan reaksi Moskow? Ternyata, untuk saat ini menjadi merdeka hanya menimbulkan masalah yang banyak. “Saya tidak ingin Chechnya merdeka dari Rusia. Satu-satunya hal yang saya minta dari (Moskow) adalah kebebasan bagi saya untuk memerangi para penjahat. Mereka adalah musuh rakyat dan musuh-musuh Islam,” tegas Ramzan. (sa/newsweek)

sumber

Wahai gadis muda,Engkau semakin tua


Kehidupan manusia sentiasa bergerak ke hadapan, tanpa melihat ke belakang dan masa itu tidak boleh berundur. Sekiranya kalam itu sudah tertutur, tidak mampu untuk ditarik balik. Sekiranya perbuatan itu sudah terlanjur, juga tidak mampu untuk ditarik balik. Wahai gadis muda, engkau semakin hari semakin tua. Engkau tidak mampu menahan masa daripada terus bergerak sepertimana engkau tidak dapat menahan bumi ini daripada beputar.

Engkau juga tidak mampu menahan matahari daripada terbit atau tenggelam. Semua inilah yang menggerakkan masa itu. Kehidupan muda hanya sementara, dan kecantikan semasa muda itu akan hilang dengan cepat. Sekiranya engkau merasakan umur 22 tahun itu ialah paling cantik, ia akan hilang apabila engkau berumur 23 tahun. Tempoh kecantikan itu hanyalah setahun.

Adakah engkau merasakan kecantikan itu berterusan? Wajah muda itu tidak selamanya begitu. Engkau tidak dapat menahan umur itu daripada meningkat. Engkau tetap akan tua, atau mati ketika masih muda. Apakah bekalan engkau ketika itu? Wajah muda engkau? Segalanya langsung tidak berguna. Muka itu tetap dimakan ulat, dan badan itu tetap dimamah tanah.

Sekiranya engkau diberikan umur oleh Allah supaya dipanjangkan lagi, muka muda itu pasti akan hilang dan digantikan dengan muka tua. Sekiranya engkau berusaha mengekalkannya, engkau hanya muda pada cermin, sedangkan tubuh engkau tetap mengakui bahawa engkau adalah orang tua yang terasa muda.

Walaupun begitu, petua untuk mengekalkan muda itu tetap ada. Walaupun umur itu semakin tua, iman itu tidak pernah tua. Bahkan ia semakin tebal dan matang. Iman itu tidak akan berkurangan disebabkan kurangnya umur, tetapi ia kurang disebabkan kurangnya amalan. Kalau engkau hanya gilakan kecantikan dengan mengenakan pelbagai lotion, ia akan hilang dengan mudah. Tetapi sekiranya kecantikan itu kurniaan Allah dan ia dihiasi oleh iman di dalam diri, ia akan kekal selamanya.

Carilah kecantikan yang sebenar. Ia tidak ada pada lotion yang bertimbun, tetapi ia milik Allah Yang Maha Cantik, dan Allah sukakan benda yang cantik dengan Iman. Tetapi, engkau jangan lupa wahai gadis muda, walaupun hari ini engkau merasa engkaulah orang paling cantik pada pandangan manusia yang buta, Allah mampu menghilangkannya dengan cepat.

Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila mengalami kemalangan dan mengubah mukanya. Seorang gadis cantik pada mata manusia, apabila terkena penyakit kulit, terus mengubah mukanya. Tetapi, sekiranya ia mempunyai iman, dia masih cantik dan terus cantik pada pandangan Allah, dan Allah berkuasa untuk mencantikkan rupanya kembali!

Oleh itu, sekiranya engkau tidak mahu mencantikkan diri dengan iman, engkau akan hodoh disebabkan dosa. Kecantikan pada pandangan manusia yang buta itu akan hilang sekelip mata, dan Iman di dalam hati itu bukanlah diukur dengan mata manusia yang buta itu, dan inilah kecantikan sebenar.
sumber

Kuda Terbesar Di Dunia Seberat 1500 kg

27 October 2010



Miss Thompson, who owns a farm in Tupperville, Ontario, measured 10-year-old Poe at 20.2 hands – or 80.8 inches.

The current world record holder, Remington, from Princeton in Texas, measures a mere 80 inches.

Miss Thompson, herself just 5ft 3in, said: “We want to get the Guinness guys here as soon as possible.

“We have known for a while that he could be the tallest horse in the world, we just need to get the official documents that the people in London want to see.

“Poe is 20.2 hands and I know that Remington is 80 inches tall, so that means that Poe has him beat.”

Poe weighs 3000lb (1.5 tons), stands 10 feet tall with head raised, and consumes two bales of hay, 10lb of grain and 75 gallons of water each day.

The huge Clydesdale used to work as a dray horse in London, Ontario, pulling a cart filled with crates of beer. Now Miss Thompson displays the equine giant to amazed onlookers.

She said: “We take him to fairs across Lambton County.

“He is extremely popular, but his size always means people keep a cautious distance from him - although they shoudn't, as he is a real puppy.

“But he does sometime forget his strength and drags me along if he wants to play or go chasing something that has caught his attention.”

sumber

keputusan Imtihan Qabul mengejutkan semua pihak

KAHERAH, 25 Oktober – Keputusan Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Universiti al-Azhar bagi sesi pengajian 2010/2011 telah pun dikeluarkan oleh pihak Universiti al-Azhar secara rasminya hari ini selepas semakan untuk kali kedua dilakukan atas permintaan pelbagai pihak. Namun keputusan tersebut tidak banyak berlaku perubahan sebagaimana sebelum daripada ini.

“Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini sempat membuat analisa penuh keputusan tersebut. Dan apa yang mengejutkan kita pada hari ini ialah bilangan pelajar yang lulus hanyalah 307 orang (41.43%) berbanding jumlah yang gagal iaitu seramai 350 orang (47.23%)daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan itu seramai 741 orang. Jumlah tersebut tidak melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar ”.ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Dan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar tahun lepas ternyata keputusan pada tahun ini sangat merosot. Pada tahun lepas hanya 5 orang pelajar sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut “.

Namun begitu kita mengharapkan agar semua pelajar dapat menerima keputusan tersebut dan terus berada di sini kerana peluang untuk menuntut ilmu masih lagi terbuka luas “.Tambah beliau lagi.

Berikut merupakan keputusan penuh yang dikeluarkan di peringkat PMRAM sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

sumber

Salah laku JPMK-PMRAM hantar Memo

26 October 2010
Semalam 24 oktober, sekitar jam 10.30 pagi PMRAM telah menghantar memorandum kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, En. Saiful, tentang tuntutan mahasiswa terhadap salah laku Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, yang telah banyak menyusahkan mahasiswa. Beberapa keping gambar boleh dilihat di bawah ini. Tahniah.









sumber

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM

25 October 2010
www.pmram.org

Anda Berpotensi Jadi Gila Dengan Avatar Dan Maya 3D

Salah satu web untuk menyertai alam maya.. dan mencipta kawan dalam bentuk avatar


Di dalam artikel ini, saya ingin mengajak kepada semua pembaca untuk memahami erti AVATAR yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini. Dari segi kebiasaannya, kita mengenali avatar sebagai :

Individu yang hidup di alam maya.


Pengenalan

Iaitu, seseorang itu boleh mencari kawannya di alam maya dengan hanya menyertai beberapa web berkenaan. Bahkan, avatar ini boleh dipilih, dikenali dengan nama dan cara kehidupan, dan sebagainya.

Manakala alam maya 3D yang saya maksudkan di sini ialah alam lain yang hidup di dalam komputer, yang menjadi tempat kediaman avatar. Sepertimana yang telah disebutkan, avatar adalah “kawan yang dicari dari alam maya”, atau dengan kata lain, mencari pasangan atau kenalan dengan manusia kartun!

Sebelum ini, saya pernah menyiarkan berita tentang seorang perempuan yang seolah-olah gila setelah menjadi peminat setia avatarnya. Artikel tersebut telah disiarkan di dalam blog ini bertarikh 13 Jun.

Di dalam web berkenaan, ia membuka peluang untuk kita mencari kawan di alam maya, dan mencipta dunia di alam maya ini. Kita boleh mencipta alam maya kita tersendiri, dan bebas melakukan apa sahaja di alam maya tersebut. Bebas untuk hidup, mencari pasangan, bekerja dan hidup seperti dunia sebenar.

Asal Usul Avatar

Kenapakah istilah avatar digunakan? Apabila anda mengkajinya, anda akan mendapati bahawa istilah avatar merujuk kepada kepercayaan hindu. Di bawah ini adalah artikel yang diambil dari Wikipedia :

Avatar (Sanskrit: अवतार, avatāra) dalam agama Hindu adalah inkarnasi dari Tuhan. Tuhan turun ke dunia, mengambil suatu bentuk dalam dunia material, untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan, menegakkan dharma dan menyelamatkan orang-orang yang melaksanakan Dharma/Kebenaran.

Krishna sebagai perantara Tuhan Yang Maha Esa dalam Bhagawad Gita bersabda:

"Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata abhyutthānam adharmasya tadātmanam srjāmy aham paritrānāya sādhūnām vināśāya ca duskrtām dharma samsthāpanarthāya sambavāmi yuge yuge" (Bhagavad Gītā, 4.7-8)

Maksud: Manakala kebenaran merosot dan kejahatan merajalela, pada saat itulah Aku akan turun menjelma ke dunia, wahai keturunan Bharata (Arjuna) untuk menyelamatkan orang-orang saleh dan membinasakan orang jahat dan menegakkan kembali kebenaran, Aku sendiri menjelma dari zaman ke zaman

Mungkin anda mengatakan bahawa, ini adalah avatar lain, dan avatar di alam maya adalah istilah yang berbeza. Tapi, saya cuba mengajak para pembaca untuk meneliti bahawa “maksud penggunaan avatar adalah sama”.

Avatar adalah inkarnasi daripada tuhan, yang turun ke bumi dengan menyerupai bentuk material. Manakala avatar yang kita fahami di alam maya adalah individu yang seolah-olah hidup di alam maya, boleh berbual, boleh di bawa berjalan-jalan dan sebagainya.

Bahaya Avatar Dan Maya 3D, Kaitan Dengan Idealisme

Kenapa saya katakan ia adalah satu unsur yang bahaya? Pada pandangan saya, ia sangat berkaitan dengan pemikiran Idealisme, yang mengatakan bahawa alam ini hanyalah cetusan minda. Di bawah ini adalah maklumat asas tentang pemikiran ini :

Pemikiran Idealisme ialah pemikiran yang mengatakan bahawa semua kewujudan ini adalah di dalam pemikiran semata-mata. Ia bercanggah dengan Pemikiran Realisme yang mengatakan bahawa alam ini wujud secara realistik. Manakala Pemikiran Idealisme meletakkan semua yang wujud ini, tidak lebih melainkan apa yang terdapat di dalam akal.

Golongan ini berhujah dengan pancaindera yang mengalirkan ion untuk disampaikan ke otak. Maka, semua kewujudan ini hanyalah berada di otak semata-mata. Ia terbentuk dengan dua asas, iaitu

1. Negatif : Iaitu menolak kewujudan fizik secara hakikat.

2. Positif : Iaitu berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah ruh dan akal semata-mata.

Maka, mereka meletakkan kewujudan ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh pancaindera dan ia terletak di otak. Tiada sebarang kewujudan di luar otak, dan segala-galanya hanyalah aliran elektrik yang disampaikan oleh pancaindera.

(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)


Kesimpulan

Alam Maya yang dicipta dengan kewujudan avatar adalah salah satu unsur untuk menyesatkan manusia daripada berpijak di bumi yang nyata. Manusia akan merasakan bahawa kebahagiaan itu terletak di dunia maya, yang lebih tenang, mudah mencari kawan, mampu mendengar masalah dan sebagainya.

Dunia yang berada di hadapan kita seolah-olah tidak wujud, dan pemikiran Idealisme cuba untuk menanamkan kepercayaan bahawa alam di hadapan kita tidak wujud! Yang wujud hanyalah cetusan minda yang memaparkan segala gambaran alam di hadapan otak. Maka, kita akan merasai bahawa dunia ini tiada, melainkan imaginasi.

Antara bahaya avatar dan maya 3D ini, ia boleh menyebabkan seseorang itu gila. Gila disebabkan mindanya telah menolak kewujudan alam realiti. Maka, mereka akan berpijak dengan dunia maya yang kosong dan tak wujud. Mereka akan kehilangan identiti sebagai manusia, apabila mereka sudah terikat dan bersama dengan avatar-avatar mereka.

Apabila dikaji tentang kepercayaan Hindu, mereka mendakwa bahawa avatar adalah tuhan yang turun ke dunia material. Manakala avatar yang kita kenali adalah “kawan dari alam maya”. Hakikatnya maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Iaitu, manusia mampu mencipta dunianya sendiri.

Iaitu, manusia mampu mencipta suasana, halaman rumah, kemewahan, kehidupan, pasangan dan semuanya dengan hanya menggunakan internet atau software-software tertentu. Hasilnya, mereka akan menjadi gila, disebabkan kepercayaan mereka bahawa dunia maya yang tidak wujud itu, sebagai wujud dan realiti. Atau mereka menganggap bahawa dunia maya itu sebagai realiti dan kehidupan di sana adalah kehidupan yang bahagia.

Herodotus menulis: "Apabila kehidupan terlalu membebankan, kematian merupakan suatu perlindungan yang dicari"

Antara akibat daripada idealisme, mampu menyebabkan seseorang itu merasa bahagia untuk membunuh diri! Ini kerana dia sudah tidak nampak kewujudan alam realiti dan semata-mata berpegang dengan alam maya 3D yang sememangnya tidak wujud!

Contoh yang paling mudah, anda biasa bermain permainan FPS (First Person Shooter). Ketika anda bermain, adakah anda menganggap bahawa askar yang menyerang itu wujud? Sudah pasti tidak. Tetapi konsep avatar cuba menanam di dalam pemikiran kita mengatakan bahawa ianya wujud dan realistik!

sumber

Bandar atas Kapal?

saya telah menerima email yang difoward-fowardkan. Beberapa keping gambar yang menyiarkan tentang kapal Oasis yang nampak gah di atas air. Seperti sebuah bandar yang sedang bergerak di atas air. Lengkap dengan rumah pangsa, gim, luncur air, restoran, taman permainan dan macam-macam. Sila lihat pada gambar




































sumber

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket