HARI ASYURA

27 December 2009

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.





The Arrival satu kebenaran?

15 December 2009

The Arrival adalah salah satu filem arahan Abdullah Hasshem yang mana dia mengkaji filem ini dari serata dunia.kisah dalam filem ini menggambarkan bagaimana orang yahudi (freemansori)ingin mengawal dunia dengan mengadakan orde baru,mengawal manusia melalui sistem dajjal (freemanson) bahwasanya mereka menjadikan dajjal sebagai tujuan utama dan firaun didedikasikan dengan membina piramid di mana-mana sahaja hatta di negara-negara islam contohnya Dubai,Malaysia ,Mesir dan lain-lain.

Hal ini juga terbukti apabila presiden Pertama Amerika George Washington adalah perdana menteri pertama yang membawa dakyah Freemanson,perkara ini dapat dilihat apabila 1 dolar amerika dicetak dengan gambar piramid.dan diatasnya mempunyai 1 mata (Dajjal).simbol ini melambangkan bahwasanya dajjal yang melihat manusia dan mengawalnya.

Logo jata bagi sesebuah negara juga di ambil dari Freemanson ini.simbol-simbol ini mengungkapkan asal usul Bani israel british.pada jata negara Britisih ini terdapat nya singa berkitab mengaum dan unicorn memegang perisai melambangkan bangsa Israel,moto "Dieu et mon droit" bermaksud "tuhan dan hak saya" menunjukkan hak suci dan takhta yang kekal.dan logo atau jata ini banyak dipamerkan diluar kotak-kotak rokok contohnya malboro,LM,Benson &hedges,Dallas,Shelton,Casino,Nacional,dan lain-lain.dan simbol ini juga kelihatan di kebanyakkan negara Burkingdom,Australia,Scotland,Amerika Syarikat,Canada dan lain-lain.apakah semua ini kebetulan?

Dan secara tidak langsung adakah anda tahu siapa yang menaja sepenuhnya gerakan ini?ya..STARBUCK adalah syarikat yang sentiasa bersama gerakan Freemanson ini sehinggakan dia mendapat banyak penghargaan dari Israel,terutamanya"Penghargaan 50 tahun rakan zionis Israel"

Mari kita lihat bagaimana pula carta organisasi gerakan Freemanson ini.

1. Dajjal

2. 13 payung makhkota-terkaya didunia dan keluarga paling berpengaruh

3. Kominiti 300-terkaya didunia dan kerabat paling berpengaruh

4. Pusat pemikir meja bulat(termasuk PBB)

5. Kawalan kewangan dunia(IMF,bank pusat dan lain-lain)

6. Kawalan dan sumber dunia(termasuk minyak ,kad kreadit dan lain-lain)

7. Kawalan penduduk dunia(keagamaan ,media,agama dan pendidikan)

8. Dan semua rakyat adalah hamba kepada semua diatas(penghutang,pekerja,cukai dan lain-lain)

Semua ini juga dapat dilihat apabila kerajaan merosakkan instituisi keagamaan,jika kita lihat di Malaysia bagaimana mahkamah syariah dipinggirkan dan seolah-olah tiada kuasa sama sekali.contohnya apabila kes penjagaan anak,Murtad,pertubuhan yang menolak agama,pengakhirannya berlakulah kes Rasul Melayu,Ayah pin,kes zakat di Selangor,penderaan,khalwat,kes anak luar nikah.Inilah akibatnya apabila undang-undang negara melebihi Allah dan Rasulnya.

Freemanson ini juga mengawal segala yang ada dengan menggunakan media ,kerajaan , surat khabar dan lain-lain.rancangan ini sangat berkesan dengan merosakkan akhlak anak,intitusi kekeluargaan dengan satu fahaman baru Individualism dan Enjoy.Fahaman ini yang akan membuatkkan seseorang itu tiada matlamat hidup.Ini dapat dilihat apabila orang Jepun jika tidak dapat sesuatu akan berasa kecewa dan bunuh diri.Seandainya umat islam bersifat begini ,apakah peranannya untuk hidup didunia?Adakah dia mencari kehidupan duniawi semata-mata dan meninggalkan ukhrawi seadanya.Sebab itu Islam menggalakkan carilah rezeki didunia dan jangan lupa diakhirat kelak kerana Allah dan menjanjikan samada syurga atau neraka..dan ini yang menjadikan kita supaya beringat di dunia dan akhirat.

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket