TARAWIH DI BULAN RAMADHAN

28 August 2009


ERTI TARAWIH
duduk bersenang-senang atau beristirehat
solat terawih bermaksud solat dengan rasa tenang dan kelapangan hati selepas solat fardu isya'.biasanya duduk berehat selepas mengerjakan empat rakaat solat terawih sebelum menyabungkan semula

Sejarah solat tarawih
daripada Jabir b Abdullah :maksudnya
"Rasulullah s.a.w telah bersolat dengan kami di bulan ramadhan lapan rakaat dan witir.maka pada malam berikutnya kami berkumpul di masjid dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu subuh.kemudian kami masuk dan menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan rasullullah solat bersama kami.maka baginda bersabda : sesungguhnya aku takut ia(solat tarawih) diwajiblkan keatas kamu"
sejarah ini menunjukkan bahawa solat tarawih tidak difardukan tetapi disunatkan kerana baginda takut ia akan memberatkan umat sekalian.

Solat tarawih zaman Khalifah Umar Al-Khattab

pada zaman khalifah umar Al Khattab ramai yang solat tarawih,bermakna mereka meraikan bulan ramadhan Kareem tetapi dalam masa yang sama mereka berimamkan banyak imam mengikut kelompok masing-masing.melihat amalan itu Saidina Umar berkata : "aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimamkan kepada seorang imam yang baik bacaannya"seterusnya mereka menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka'ab.

Waktu solat terawih

waktu yang dikhususkan untuk umat islam mengerjakan solat terawih ialah selepas selesai solat fardu isya' serta sunat-sunatnya hinggalah terbit fajar

Kelebihan bulan Ramadhan

kelebihan di bulan ini sangat banyak,terutamanya digandakan pahala sebanyak-banyaknya,diturunkan 1001 malam iaitu malam lailatul qadar .malam yang dijanjikan Allah bagi mereka yang beribadat diberi ganjaran pahala seperti beramal beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun,dan lailatul wadar juga malam dimana Al-quran diturunkan .dan sebagainya

Salam RAMADHAN

25 August 2009
selamat menjalani ibadah puasa ...

moga puasa pada tahun ni mendatangkan 1000 kebaikan dan menghindari banyak kemungkaran..apa2 pon puasa tahun ni memang bermakna bagiku setelah sekian lama berada di perantauan.biasa laa sy ni bukan orang berada..jadi balik pon tak menentu.

apa-apa pon moga tahun ni juga akan memberi erti buat sahabat-sahabatku yang berada di mesir dan seluruh dunia..
kullu Am waantum Bihair..jazakallah khair jaza'
assalamualaikum..

Sekolah Rawang sekarang...

21 August 2009



rumah putih sekarang



carta organisasi guru SAMER






bukit yang ditarah dan tesco akan dibuat sebelah SAMER






assalamualaikum buat sahabat2ku yang pernah belajar di Sekolah Rawang(SAMER)..20 hb ogos sempatku berjalan ke sekolah SAMER..jumpa dengan Ust Hidir-Ust Haidir-Ust Nizam-Ust Hamdan-Ust Khairudin-Ust Amin dan lain-lain.

sebak rasa hati ni pabila jumpa guru-guru yang pernah mengajar..namun kedatanganku bukan disia-siakan..saya dijemput untuk memberikan tazkirah berkenaan dengan Mesir dan Pembelajarannya sebelum menunaikan waktu solat zohor..terasa diri ini dilayan seperti mana duyuf(tetamu) yang lain...alhamdullilah saya memberikan pengalaman sepanjang berada di Mesir ,walaupun tak banyak moga-moga ada yang tergerak hati untuk menyambungkan pengajian ke Mesir kelak.

sempat juga saya berjumpa dengan pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mereka ini kirim salam kepada Guru Praktikal mereka -Ust saifullah..kenal gak diorang ni..popular gak Ust Pacak ye...hehe

selepas solat saya beredar menggunakan kereta baru kepunyaan Syafeeq Ishak yang datang juga ke Samer.alhamdullilah jauh juga perjalanan,berjumpa dengan Ahnaf di Selayang , Syafiq (4.2) di Uia dan terus ke Masjid India untuk solat Magrib secara berjemaah..

alhamdullilah sampai rumah dalam jam 9.30 malam..

moga-moga pertemuan dirahmati Allah dan perpisahan ini dipelihara Allah S.W.T...amin

BAKTISISWA - Keluarga angkat (anjuran BKASM)

18 August 2009
forum perdana
dan pabila pengarah berucap..hehe


watak2 yang stylorr...hehe








banner BAKTISISWA -Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)













tok sidang makan epal






bengkel solat






bubur lambuk yang sedap....










melayan budak2 kecik








kehilangan Asri Rabbani secara mengejut..al-fatihah

13 August 2009

H1N1-semakin parah

09 August 2009
KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi (H1N1) kian membimbangkan apabila sembilan lagi kematian dicatatkan semalam menjadikan keseluruhan jumlah kematian akibat penyakit itu setakat ini meningkat kepada 27 kes.

Dalam kes terbaru, dua dari- padanya berlaku di Sabah melibatkan seorang wanita obes, 24, dan seorang lelaki warga emas berumur 74 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita obes itu meninggal dunia pada 5 Ogos lalu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ranau pada 1 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Sementara itu, warga emas terbabit yang juga penghidap jantung kronik meninggal dunia pada 6 Ogos lalu, tiga hari selepas mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama.

Lelaki itu dikatakan baru mengalami demam sehari dan berdepan dengan kesuka- ran bernafas sejak sebulan lalu.

Kes lain pula merujuk seorang pelajar wanita, 20, yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos lalu dan meninggal dunia di bilik asra- manya, lima hari kemudian.

Selain itu, wabak tersebut turut meragut seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Mangsa ke-9 yang terkorban ialah seorang wanita mengandung berumur 25 tahun di sebuah hospital pakar di Johor Bahru pada pukul 1.30 pagi semalam.

Wanita itu disahkan meninggal dunia akibat pneumonia dan kegagalan pelbagai organ badan.

EGYPT-MESIR

07 August 2009





perarakan mansuhkan ISA-KRONOLOGI

01 August 2009
3.00 Petang: Di SOGO, 10 orang ditahan polis, hampir kesemuanya anggota Unit Amal PAS, termasuk ketua Unit Amal PAS Pahang. Peguam PKR Sivarasa Rasiah turut ditangkap polis.

Orang ramai dari Masjid Negara dikepung oleh FRU di bulatan Jalan Parlimen.
Orang ramai kini mula berhimpun di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dan pimpinan PAS memberikan ucapan.

Dataran Merdeka dipenuhi oleh anggota polis dan petugas-petugas media.
2.40 Petang: Di SOGO, orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek kini bergabung dengan orang ramai di depan kompleks Sogo menjadikan jumlah kesemuanya melebihi 50,000 orang. Malah ada menganggarkan kehadiran di semua lokasi memghampiri 100,000 orang. Jalan menghala ke Dataran Merdeka dikepung oleh pasukan polis dan mereka melepas gas pemedih mata.

Orang ramai yang berarak dari Masjid Negara yang ingin ke Dataran Merdeka juga dihalang oleh polis dengan gas pemedih mata.

Orang ramai kini berhimpun di tepi kompleks Pertama. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik dan Dr Syed Azman Syed Ahman Nawawi, Penasihat DAP Lim Kit Siang, pimpinan KeADILan Tian Chua dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim turut berada di sini.

Polis mula menyerbu dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang orang ramai daripada berarak ke Dataran Merdeka. Orang ramai mula mencari perlindungan di bangunan Sogo dan MARA, sementara pihak polis menambahkan bilangan anggota dan kekuatan mereka. Trak-trak FRU dan trak water cannon berkawal di Stesen LRT Bandaraya.

2.00 tengah hari: Di SOGO, 2 orang lelaki dari parti PKR ditangkap oleh polis kerana memakai lencana Mansuhkan ISA dan ia menimbulkan sedikit kekecohan. Pegawai Khas MB Kedah, Yusrin Zakri Adnan dan bapanya Hj Adnan Din ditahan polis. Orang ramai mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kira-kira 5,000 orang bertembung di Jalan TAR dan mula berarak ke Dataran Merdeka.
Di MASJID NEGARA, Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu bahawa setakat ini 157 orang telah ditangkap. Orang ramai mula berarak ke Dataran Merdeka dipimpin oleh Dr Hatta Ramli tetapi diminta bersurai oleh polis. Namun mereka meneruskan perjalanan. Kira-kira 5,000 orang sedak berarak.
Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. 3 orang lelaki telah ditangkap secara aneh oleh pasukan apabila mereka dikehendaki bergambar bersama T'shirt lambang ISA. Polis membuat benteng dan mengarahkan orang ramai segera beredar. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.
Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.
Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.
Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.
Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.
Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.
Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.
Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan._
harakah_daily

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket