Kehilangan Seorang Azhari

24 January 2009
beginilah kesedihan di pagi imtihan yang kedua terakhir...sedar-sedar pagi-pagi sebelum pegi kuliah,berborak dengan kawan terengganu dia kata orang meninggal..tanya lah orang mana?dia kata orang malaysia.terkejut kawe dengor..hanya ucapan INNALILLAH WA INNALILLAHHIRRAJIUN..moga-noga rohnya dicucuri Rahmat dan bersama orang Beriman..
mesej yang disampaikan oleh kawan kawan pula begini.
"Al fatihah..24 Januari-Seorang mahasiswa tahun satu kuliah Usuludin Kaherah, saudara Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21 meninggal dunia di sini malam tadi. Beliau berasal dari Terengganu merupakan pelajar yang baru tiba di Mesir bagi sesi pengajian tahun lepas. Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi pagi ini memberitahu, Allahyarham yang menetap di Asrama Rumah Terengganu,Hayyul 'Asyir menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ustaz Shafizi lagi, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit Tibi. Allahyarham juga mempunyai abang di Mesir iaitu Ustaz Hambali. Sehingga pagi ini, jenazah masih berada di Hospital 'Ain Syam dan akan diuruskan serta dikebumikan hari ini."

MISI SELANGOR KE GAZA!!

19 January 2009
17hb Jan yang lalu rombongan Yayasan Aman serta rombongan dari MALAYSIA telah datang dan bertolak dari MESIR ke GAZA dalam misi menyelamatkan rakyat Pasletin.Seramai 5 orang dari malaysia (dari YAYASAN)dan seramai 6 orang dari pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.. walaupun mereka tidaklah sebegitu ramai tapi usaha mereka amatlah diperlukan di GAZA yang mana GAZA sekarang kerugian 1.7 bilion infrastruktur dan tiada bekalan makanan dan bekalan air..

Penerusi YAYASAN yang turut serta dalam misi tersebut memohon doa dari sahabat-sahabat agar misi ini berjaya sampai ke GAZA dan menolong rakyat palestin.Kata Beliau "Walaupun sumbangan kami hulurkan tidak begitu banyak namun kebersamaan kita bersama rakyat PALESTIN memperjuangkan tanah air sendiri dari pencerobohan Yahudi laknatullah"
dan insyaAllah rombongan kedua akan bertolak pada minggu ini bersama kontena ke Palestin..

Jadi apa tindakkan anda untuk rakyat Palestin?
BOIKOT?
DERMA?
JIHAD?
atau DOA?

Hadis nabi yang bermaksud:"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangan(kuasa),jika tidak mampu, ubahlah dengan percakapan dan jika tidak mampu , ubahlah dengan hati.itulah selemah-lemah Iman.."au kama qall

TAHUKAH ANDA PALESTIN KINI TINGGAL BEGINI...

13 January 2009




jadi apa usaha anda..
BOIKOT segala keluaran dan Syarikat yang menyokong YAHUDI LAKNATULLAH..
coca cola,MC Donald dan yang sewaktu dengannya..BARAKAH,LUx Ariel dan lain2
BOIKOT TETAP BOIKOT!!!usaha anda Islam amat hargai..peace PALESTINE

Keistimewaan Hari Asyura

03 January 2009
Dalam bulan-bulan islam ,terdapat satu hari yang bersejarah dan paling mulia dalam bulan islam iaitu hari ayura.pada hari ini dianjurkan untuk umat islam untuk berpuasa seperti yang disabdakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w “seAfdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa asyura “. Hari asyura hanya terdapat dalam bulan Muharram bagi umat Islam.
Dalam hadis lain rasullah ditanya pada puasa hari asyura, rasullullah bersabda “ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu”.Riwayat Muslim
Daripada Hafsah Ra bahawa dia berkata : Empat jenis ibadah yang tak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w : Puasa hari Asyura ,Puasa sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah ,Puasa tiga hari setiap bulan dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan “riwayat Bukhari dan Muslim.
Kelebihan bulan ini ialah diciptakan Adam alaihi salam, diselamatkan Nabi Allah ibrahim dari api yang membakarnya ,Allah membelah laut untuk menyelamatkan Nabi Allah musa, diselamatkan Nabi Allah Yusuf alaihisalam dari perigi yang dalam ,Allah menganugerahkan Nabi Sulaiman alaihisalam dengan kerajaan yang hebat memerintah dunia , dan banyak lagi peristiwa yang berlaku pada bulan ini.semoga Allah memberkati usaha kita dalam mengerjakan ibadah kepadanya..amin

Pages

Follow Us

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya
v>

Laman Web IPTA Dan IPTS Di Malaysia

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket